🎵.𖥔 ݁ 23.˖🎶๋࣭ ⭑

340 34 2
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜MISTERI NAMJA✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜MISTERI NAMJA✮⋆˙💿

Seperti meerkat yang ingin tahu, Seoyung menjengah leher sejak tadi mencari kelibat sahabat baiknya. Semenjak menerima notifications dari Instagram sejak itu Seoyung panas punggung kerana tidak sabar.

Untuk ke sekian kalinya, jari telunjuk Seoyung hold skrin dimana IG story Arona terpampang. Mata dia tidak lepas dari zoom in dan zoom out belakang kepala lelaki misteri yang menjadi feed story Arona.

Berani betul Arona merahsiakan hal sepenting ini dari dia!?

Bawah bibir digigit geram. Dia betul-betul rasa familiar dengan belakang kepala ini. Tapi siapa? Kenapa tiada seorang pun yang terlintas dalam kepalanya ketika ini. Seoyung berkerut kening ketika bergelut hendak menggunakan otaknya yang sudah berkarat kerana dah lama tak digunakan untuk berfikir kecuali berangan.

"Kau tenung lama skrin tu, boleh tembus lama-lama tau tak..." suara itu menegur dari samping tidak semena.

Melompat terkejut dari duduknya, Seoyung pantas memaling kepala ke tepi seat kosong kanan lalu di sapa dengan kehadiran gadis berbaju knitten pink cair yang di padankan bersama jean putih.

HA!

"Rona. Ini apa? "tunjuk Seoyung akan skrin telefonnya tanpa menunggu Arona settle down dulu.

Sambil membetulkan kerusi, sambil tu Arona pandang skrin telefon Seoyung. Setelah menyedari apa yang ditunjukkan dia buat muka seakan tidak tahu apa-apa.

Dah agak dah apa perkara yang buatkan sahabatnya ini seperti cacing kepanasan.

" Apa tu? "soal Arona dengan innocent.

"Kau tak nampak apa ni?"

"Apa dianya..."

"Hey., jangan buat-buat tak tahu ya. Aku nampak gambar lelaki dalam Instagram story kau. Siapa lelaki ni?" tanya Seoyung sambil tunding jari ke skrin telefon tidak sabar. Sampai hati Arona berahsia dari dia!

"Oh, gambar tu....lelaki tu hanya kawan aku la."

"Kawan huh? Macam semacam aje. Kau pasti hanya kawan?"

"Aku serius. Kita orang cuma kawan. Aku tahu ianya nampak seakan kita orang ada relationship tapi betul...kawan aje."

"Kau tahu, aku ni tak dungu. Aku boleh beritahu ada something yang berlaku antara kau dan lelaki ni kan? Yalah tak pernah-pernah kau post tentang lelaki dalam Instagram kau selama ni, and suddenly notification pop up beritahu ada lelaki misteri drive kau ke kampus dalam story IG kau? "

HAIH!"Aku serius la... Kita orang cuma kawan aje. "Arona hampir hendak menyentap pada Seoyung dek kejengkelan dibuat perangai tidak mahu berundur Seoyung itu. Tak nampak ke dia taknak berbual lebih mengenainya.

"Hmm... "Seoyung mengecilkan mata kecurigaan ketika menilik wajah innocent Arona di sebelahnya dalam-dalam." Baik kau jujur dengan aku. Ada sesuatu antara kau dengan lelaki dalam gambar ni kan? Sebabnya kalau ikut nature kau ni, lelaki ngurat pun kau buat tak ingin, inikan lagi Senior Jinhyuk yang tak henti-henti cuba ambil hati kau tu pun kau buat tak hirau. Kalau kau dah post macam ni, comfirm la something serius berlaku antara kau dengan lelaki ni ya tak? "

Hela nafas kesal lepas dari Arona letih digesa begitu dengan Seoyung. Serius, dia menjangka akan reaksi ni dari Seoyung.  Tapi tak sangka pulak betapa terganggunya dia kerana tindakan Hajoon ni. " Sudah la. Bila aku kata tak ada apa-apa maknanya memang tak ada apa-apa. Okay? "

"So maknanya kau dah ada orang lain? Sebab itu kau reject Senior Jinhyuk? "

"Aku dah beritahu kan, yang aku dengan lelaki dalam gambar tu tak ada apa-apa. Boleh kita berhenti bercakap tentang hal ni?"

"Okay.. Okay... aku cuma nak pastikan semuanya baik-baik aje untuk kau. Kalau tak ada apa-apa tak apa la. Tapi kalau betul kau ada kekasih baik kau beritahu Senior Jinhyuk lebih awal supaya dia tak berharap pada kau... Kau sendiri tahu berapa lama dia kejar kau kan. " pesan Seoyung.

Arona tidak membalas tetapi dia mengangguk sebagai respon kepada Seoyung. Bukannya sekali dah berulang kali dia beritahu hal sama pada Jinhyuk. Hanya lelaki itu aje yang susah nak mengerti apa maksud 'berhenti'. Letih betul. Harap-harap lepas Jinhyuk nampak gambar Hajoon, lelaki tu akan berhenti menganggu dia.

Tidak lama menunggu, beberapa minit kemudian pensyarah kuliah pada pagi itu pun masuk ke dewan kuliah. Arona dan Seoyung jalani kelas itu selama sejam tiga puluh minit. Tamat saja kuliah Arona dan Seoyung bergerak ke bengkel kerja untuk meneruskan kerja design mereka yang tertangguh.

Terima kasih atas kesudian Buddies untuk baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terima kasih atas kesudian Buddies untuk baca. 🙇

54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now