"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Asyraaf. Matanya kekal fokus kepada pemanduannya itu.
"Kita pergi Ipoh Parade boleh? Aku nak cari barang hantaran untuk pertunangan aku." Pinta Aayaz penuh berharap.
"Jom." Setuju Asyraaf tanpa sebarang bantahan. Pemanduannya diteruskan menuju ke destinasi yang diminta oleh sahabatnya itu.
"Zeeq," panggil Aayaz secara tiba-tiba selepas mereka berdiam tidak sampai 5 minit.
"Hmm," sahut Asyraaf ringkas.
"Kau still taknak ubah status bujang kau ke? Kita ni dah makin tua, Zeeq. Dah 24 nak masuk 25 dah. Sampai bila kau nak hidup dalam dunia kegelapan ciptaan kau tu? Jangan terlalu lama berkurung didalam dunia kegelapan, keluar dan cari cahaya dan pelangi yang akan menemani dunia kita yang sekarang." Tanya Aayaz. Susah payah dia menyusun ayatnya supaya tidak menyakitkan sekeping hati milik Asyraaf Hazeeq bin Aisy Faleeq.
"Jodoh kita sudah pun ditulis dan ditakdirkan sebelum roh kita ditiupkan kedalam rahim si ibu lagi maka dia akan hadir tepat pada masa yang telah ditentukan. Bukan senang untuk kita mencari seseorang yang sesuai demi menyempurnakan kita jadi biarkan lambat tetapi ia mampu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kita." Balas Asyraaf lembut. Bukannya dia tidak mahu keluar daripada dunia gelap ciptaannya tapi kerana sampai ke saat ini dia masih tidak menjumpai cahaya dan pelanginya lagi.
"Tapi-"
"Kau dah jumpa jodoh kau, Yaz. Naila tu jodoh yang telah ditulis dan ditakdirkan untuk kau. Buktinya, perasaan cinta dimana kau tidak mampu untuk melupakan dan membuangnya daripada fikiran, hati dan hidup. Nama dan wajahnya sentiasa bermain dimata dan fikiran kau. Kehadiran dia membuatkan kau hendak terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan sesuai untuk dia. Buat kau mengejar lebih lagi amalan diakhirat dan buatkan kau lebih cintakan pencipta-Nya berbanding ciptaan-Nya." Cantas Asyraaf tanpa sempat Aayaz memulakan bicaranya.
"Bukan aku taknak keluar daripada dunia gelap ciptaan aku ni tapi sebab aku masih tidak menjumpai yang telah tertulis dan ditakdirkan buat aku. Hati aku masih tiada rasa cinta walaupun dah banyak perempuan yang aku pernah jumpa. Masa aku belum sampai, tak macam kau. Dan aku tetap akan teruskan hidup dalam dunia gelap ciptaan aku ni sampai dia datang. Sekurang-kurangnya dunia gelap ciptaan aku ni dah tak segelap dulu meskipun sedikit sahaja sinar cerah itu menembus. Semua kerana kehadiran korang yang mana ada disisi aku. Itu dah dah cukup buat aku sekarang." Tambah Asyraaf dengan nada sangat lirih dan sayu
Siapa je yang tidak mahu mencintai dan dicintai oleh seseorang. Dia juga mempunyai rasa itu tapi yang tepat buatnya masih belum ditakdirkan untuk hadir disisinya lagi. Masih banyak kekurangan yang perlu dia perbaiki saat ini. Dia tidak kisah dan tidak terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujangnya ini. Dia takut dia masih tidak kuat dan tidak layak untuk memegang status sebagai seorang suami yang juga merupakan ketua keluarga. Kerana dia tahu bertapa beratnya tanggungjawab bagi seorang suami saat sudah berkahwin nanti.
"Zeeq..." panggil Aayaz dengan rasa bersalah. Dapat dia rasakan apa yang dirasakan oleh sahabatnya itu. Perit!
"Aku ok. Jangan risau." Celah Asyraaf seakan-akan tahu apa yang ingin dikatakan Aayaz itu. Dia tidak terasa sedikit pun, itu semua hanya sekadar luahan tanpa perasaannya sahaja.
"Perlu ke kau berusaha untuk sentiasa kuat macamni? Kenapa kau taknak tunjuk kelemahan kau sekali pun? Kita ni manusia, Zeeq. Sekuat mana pun kita, akan tetap ada satu masa kita perlu menjadi lemah. Boleh nak jadi kuat selalu tapi tolong jangan terlalu berusaha sehingga semua tentang diri terabai." Tanya Aayaz sekaligus menasihati sahabatnya itu.
"Selagi mana aku mampu, selagi tu aku akan sentiasa berusaha untuk kuat. Aku tahu dekat mana tahap kemampuan aku. Ada sebab kenapa aku sentiasa berkorban peluang yang ada dan salah satunya sebab aku nak pulihkan diri sedikit demi sedikit dalam masa yang ada tu. Tak semestinya perlu singgah lama untuk pulihkan diri kerana kita tetap mampu pulihkan diri pada singgahan sebentar atau saat ada masa yang terluang disaat berjuang." Balas Asyraaf akan sebab kenapa sampai ke saat ini dia masih mampu terus menunjukkan sisi kuat tanpa sekalipun terhenti akibat sisi lemah.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
AcakCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...