12

16.9K 783 116
                                        

MAJLIS yang gilang-gemilang itu sungguh gah dan meriah dengan kehadiran demi kehadiran orang-orang ternama dari serata tempat.

Dari kejauhan, kelihatan Ray dan juga Badrina beriringan bersama di dalam persalinan yang sedondon melangkah masuk ke dalam dewan. Cahaya lampu kristal yang berkelipkan turut sama mengiringi langkah mereka berdua.

Melebar senyuman Badrina ketika itu tatkala kedengaran pujian demi pujian oleh tetamu-tetamu lain tentang dressnya yang begitu cantik dipadankan dengan sut yang tersarung pada tubuh Ray.

"Ray, finally you come!" Tegur Raja Raqib terlebih dahulu sebaik sahaja dia lihat susuk tubuh Ray melangkah ke arahnya.

Ray menarik senyuman lalu tubuh Raja Raqib dipeluk erat. "How are you, uncle? Sihat?" Soalnya sebaik sahaja pelukan dileraikan.

"Macamnilah, Ray. Sihat orang tua. And how about you? Makin hensem uncle tengok." Raja Raqib senyum mengusik manakala Ray sekadar tersenyum.

"Ray sihat. Alhamdulillah."

Raja Raqib menepuk bahu Ray sebelum matanya tertancap melihat ke arah Badrina yang sedari tadi berdiri di sebelah Ray.

"So, siapa dekat sebelah ni? Bakal isteri ke?" Tanya Raja Raqib bersama kening yang terangkat. Melebar senyumannya tatkala dia menjeling ke arah Badrina.

Ray segera menggelengkan kepalanya. "Eh bukan. She's my new secretary. Badrina."

Badrina menundukkan badannya sedikit ke bawah tatkala namanya disebut. "Nice meeting you, Raja." Bibir Badrina melengkung senyuman manis.

Raja Raqib kemudiannya mengangguk-angguk kepalanya. Bibirnya turut membalas senyuman Badrina itu.

"Eh! You both jemput duduk, jemput makan." Tersedar akan kelekaannya, Raja Raqib segera menjemput Ray dan Badrina untuk duduk.

"Alright, uncle. Thank you, again." Ray menyentuh bahu Raja Raqib untuk meminta diri dan diikuti oleh Badrina.

"Jay, please show them their seat. Don't forget to serve them as well." Pinta Raja Raqib pada salah seorang pekerjanya.

Jay mengangguk kepalanya seraya bergerak mengiringi Ray dan Badrina ke tempat duduk mereka.










SELURUH kawasan dewan yang padat dengan pelbagai jenis orang yang tidak dia kenali buatkan Alice sedikit gugup. Berdirinya dia di penjuru dewan bersama mata yang meliar ke seluruh pelosok, berbagai aksi manusia yang tiba dapat dilihatnya.

Jujur dia katakan, dia tidak menyangka bahawa majlis pada malam ini akan sepadat ini. Dadanya sedari tadi berdegup kencang dek kerana tidak biasa akan situasi yang seperti ini.

Dahulu pun ketika dia Aspalela berkhidmat di bawah Kak Bibah, mereka tidak pernah menerima jemputan lebih dari 50 orang. Tetapi tadi tatkala Puan Rihanna memberitahunya bahawa tetamu pada malam ini melebihi 100 jemputan, dia hanya mampu tersenyum mengangguk.

"Alice!"

Alice segera berpaling tatkala namanya diseru. Pusingkan tubuh, terlihat Kak Za, salah seorang kitchen staff sedang mengarahkannya untuk ke sana.

"Ya, Kak Za?"

"Makanan semua ada lagi tak?" Soal Kak Za bernada serius.

"Bahagian yang Lis jaga semua ada lagi, Kak Za." Balas Alice laju.

Kak Za angguk kepala. "Bahagian Farah pula?"

Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang