10

22.3K 809 94
                                        

TAN SRI ALIAS memperbetulkan tali lehernya buat kali terakhir seraya melangkah keluar dari bilik. Briefcase yang berada di atas katil dicapai lalu kakinya mula menuruni anak tangga.

"Abang!" Melihatkan bayangan Tan Sri Alias yang sudah melangkah turun, Ungku Faizah segera menyeru suaminya.

Berkerut dahi Tan Sri Alias mendengarkan suara isterinya yang kedengaran gelisah itu. Langkahnya kian dilajukan apabila isterinya itu mengisyaratkannya ke sana.

"Kenapa ni?" Soalnya tatkala dia sudah tiba dia meja makan.

"Abang baca ni." Ungku Faizah segera menyerahkan kepingan kertas yang berada di tangannya pada Tan Sri Alias.

Wajah Tan Sri Alias berkerut sedikit namun tetap sahaja kertas itu dicapai sebelum barisan ayat yang tertulis pada kertas itu dibacanya.

Lis minta maaf sangat dengan apa yang dah jadi. Lis tahu Lis salah dengan mama dan papa. Jadi Lis minta izin untuk keluar dari rumah ni sekejap untuk tenangkan diri. Lis tak pergi mana-mana pun. Cuma Lis minta bagi Lis masa ya.

Tan Sri Alias menghela nafas beratnya usai selesai membaca isi kertas tersebut. Secara tiba-tiba ada rasa ralat yang bertandang di hatinya bersama rasa bersalah atas apa yang telah terjadi. Mungkin jika dia tidak terlalu emosi tempoh hari, anak gadisnya tidak akan meninggalkannya dan rumah ini.

Ungku Faizah yang mula perasan akan reaksi suaminya itu hanya kekal mendiamkan diri. Jangan kata yang suaminya itu menyesal pula akan tindakannya tempoh hari?

"Kenapa Lis keluar dari rumah ni, abang? Ini kan rumah dia juga?" Ungku Faizah mula bersuara dengan nada yang dibuat-buat sedih.

Tan Sri Alias pandang wajah isterinya. Bahu Ungku Faizah diusapnya perlahan. "Ini semua salah abang. Kalau abang tak marah dia, mungkin Lis takkan tinggalkan kita." Ujar Tan Sri Alias perlahan.

"Abang pujuklah Lis balik semula ke rumah ni. Kalau Lis tak balik, mungkin Fai akan tanggung rasa bersalah ni sampai bila-bila." Suara Ungku Faizah kedengaran begitu dramatik.

Tan Sri Alias angguk kepalanya. "Yelah. Nanti abang akan cuba pujuk Lis balik semula. Tapi buat masa sekarang ni kita bagi dia masa dulu untuk bertenang ya, sayang?" Lembut sekali nada Tan Sri Alias berkata-kata.

Tidak mahu tidak, Ungku Faizah menganggukkan sahaja kepalanya. Meskipun dia tidak betah mahu menunggu, tetapi mustahil untuk dia katakan hal itu pada suaminya.

"Kalau macamtu abang pergi kerja dululah." Tan Sri Alias kembali mencapai briefcasenya yang berada di atas meja.

"Abang taknak sarapan dulu?" Soal Ungku Faizah prihatin.

"Tak apalah. Abang tak ada selera." Geleng Tan Sri Alias.

Ungku Faizah mengangguk lagi sebelum mengiringi langkah suaminya. Senyuman palsunya terukir di bibir bersama lambaian tangan tatkala kereta Tan Sri Alias sudah keluar dari perkarangan rumah.

"Abang tak ada selera.." Kata-kata Tan Sri Alias diajuk kembali dengan mimik muka yang tidak berpuas hati. Tubuhnya kembali dipusingkan untuk menuju ke dapur.

"Tak ada selera konon! Cakap ajelah taknak makan sebab anak dia tak ada dekat rumah ni!" Amuk Ungku Faizah bersama biji mata yang diulingkan ke atas.

"Yang budak tak sedar diri tu pun satu! Beria nak keluar rumah bagai. Nak tenangkan fikiran konon." Kali ini amuknya berubah arah kepada Alice pula. Tidak puas hati rasanya apabila Alice memilih untuk keluar dari rumah.

"Habistu sekarang ni siapa yang nak buatkan sarapan? Anak bertuah dua orang tu awal-awal lagi dah keluar. Ada orang gaji, pergi lari rumah pula. Lama-lama aku yang stresslah!" Ungku Faizah menderam kegeraman buat kesekian kalinya sebelum dia meninggalkan kawasan dapur itu.













Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang