RAMBUT yang masih basah dilap beberapa kali bersama langkah yang menuju ke katil. Alice labuhkan duduk di atas permukaan lembut tersebut bersama tangan yang masih mengelap. Seketika kata-kata Ray padanya sebentar tadi kembali bermain di fikiran.
"Aku nak kau kerja dengan aku."
"Aku akan terima maaf kau. Tapi dengan syarat."
"You must work for me."
Tangan Alice terhenti daripada mengelap rambut tatkala mengingatkan akan hal tersebut. Terlalu banyak persoalan yang berada di benak otaknya tika ini.
Antaranya pastilah tentang mengapa Ray ingin mengambilnya bekerja? Sudahlah terlalu tiba-tiba. Sudah terlupakah lelaki itu bahawa dia punca akan mengapa baju lelaki itu kotor? Tidak menyesalkah dia jika nanti dia akan bersikap sama seperti tadi?
Alice kerutnya dahinya tatkala dia masih tidak memahami apa motif sebenar Ray. Bukanlah dia ingin ragu-ragu tetapi bukankah mereka berdua tidak begitu mengenali antara satu sama lain?
Mungkinlah mereka ada terserempak beberapa kali secara tidak sengaja tetapi mustahillah jika Ray ingin bersikap baik padanya semudah itu. Mereka berdua tidaklah begitu rapat untuk Ray menolongnya sehingga setara ini.
Helaan nafas terbit dari bibir Alice apabila dia tidak menjumpai walau satu pun jawapan daripada segala persoalannya. Sesungguhnya lelaki bernama Ray itu terlalu sukar untuk dia jangka.
Hembus nafas, kepala digelengkan berkali-kali. Segala persoalan tersebut cuba dibuang dari kotak fikiran. Dia tidak mahu lagi terus berfikir.
Bangun dari duduk, tuala di tangan disangkutkan pada wooden rack. Sempat dia sikat rambutnya buat beberapa ketika sebelum tubuh dibaringkan di katil. Mata dipejamkan, cuba untuk tidur.
Tapi patutkah dia terima sahaja tawaran kerja tersebut?
Mata Alice kembali tercelik tatkala persoalan itu membelah fikiran. Bibir digerakkan ke kiri dan ke kanan menandakan dia sedang buntu untuk terus berfikir.
"Terima.. Tak terima.. Terima.. Tak terima.." Jari-jemari dimainkan bersama perkataan yang sama diulang berkali-kali.
Dan sehingga dia tertidur dengan sendirinya, dia masih tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat.
"THAT'S all for today. Meeting dismissed." Usai berkata sedemikian, terus sahaja Ray melangkah bangun meninggalkan bilik mesyuarat.
Berpusu-pusu para pekerja turut sama keluar dari bilik mesyuarat tersebut termasuklah Badrina sendiri. Ipad di dalam pegangan ditatap bagi melihat coretan info penting yang Ray pinta.
"Badrina."
Badrina yang ketika itu baru sahaja ingin melangkah kembali ke mejanya berhenti melangkah. Susuk tubuh Ray yang berada tidak jauh darinya dipandang lama.
"Come in." Ujar Ray ringkas lalu masuk ke dalam biliknya.
Bersama dahi yang berkerut, tetap sahaja Badrina melangkah masuk ke dalam bilik Ray. Tidak dilupakan, buku notanya turut dibawa bersama.
"Yes, Encik Ray?" Soal Badrina sambil berdiri di hadapan Ray bersama senyuman.
"Pihak HR ada maklumkan apa-apa tak soal iklan private housekeeper yang kita iklankan semula tempoh hari?" Soal Ray berterus-terang.
Badrina diam dahulu sebelum dia menggeleng. "Tak ada, Encik Ray. Kenapa tu?"
"Saya nak awak bagitahu pihak HR untuk turunkan semula iklan tu." Arah Ray senada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
