ALICE melangkah keluar dari sebuah kedai runcit bersama plastik beg di tangan. Oleh kerana dia sudah lama tidak mengasah bakat memasaknya, hari ini dia memutuskan untuk menjadi chef di rumah.
Lagipun semenjak dia tinggal bersama Aspalela, belum pernah lagi dia masakkan untuk temannya itu. Kata Aspalela tidak perlu susahkan diri untuk masak. Sementelah terkadang dia memang akan bawa pulang makanan lebihan dari kafe.
Pusing ke kiri dan ke kanan, Alice mula melintasi jalan. Langkahnya kini dibuka menuju ke kompleks komersial yang berada di seberang. Kata Aspalela, terdapat jalan pintas dari sini yang menghubungkan taman perumahan mereka dengan bandar.
Sedang Alice sedar berjalan di deretan bangunan tersebut, matanya tertancap ke arah susuk tubuh seseorang yang begitu dikenalinya. Mata dipincingkan, langkah pula diperlahankan bersama tubuh yang disorokkan sedikit.
"Hana, tunggulah I!"
"Taknak! You lambat sangat!"
Mata Alice membulat besar tatkala wajah dua gerangan tersebut berjaya dicamnya. Itu adalah kakaknya! Ungku Farhana. Dan lelaki itu.. Khairul! Lelaki yang pernah datang ke rumahnya.
Melihatkan batang tubuh mereka berdua sudah selamat masuk ke dalam sebuah bangunan, Alice kembali melangkah menuju ke bangunan yang sama yang mereka berdua masuk.
Budget Inn Hotel.
Terkelip-kelip mata Alice apabila dia sedar bahawa bangunan yang mereka berdua masuk itu ialah bangunan hotel. Dahinya naik berlapis, seolah-olah dapat membaca mengapa kakaknya dan teman lelakinya itu berada di situ.
"Adik,"
Bahu yang terasa disentuh secara tiba-tiba itu amat mengejutkan Alice. Automatik tubuhnya berpaling, matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya.
"Maaf kalau saya buat adik terkejut." Lelaki itu segera memohon maaf. "Tapi dari tadi saya nampak adik berdiri dekat depan ni. Adik ada cari sesiapa ke?"
Alice yang sedang mengusap dadanya itu kembali memandang lelaki tersebut. Dia terdiam buat beberapa ketika sebelum dia menggeleng laju. "Tak ada."
Dahi lelaki itu berkerut sedikit namun akhirnya dia kembali tersenyum. "Tak apalah kalau macamtu, adik. Maaf sekali lagi ya." Lelaki itu ukir senyum lalu sebelum dia masuk ke dalam bangunan hotel yang sama.
Hela nafas, Alice turut sama melangkah pergi dari situ. Risau pula dia jika Ungku Farhana atau Khairul sendiri yang keluar dan melihatnya.
"THANK YOU again, Dato'. See ya." Ray bangun seraya berjabat tangan bersama Dato' Hanif. Badrina turut sama bangun dan menundukkan tubuh tatkala pandangan Dato' Hanif beralih ke arahnya.
Ray labuhkan duduknya buat sementara sebelum kopi yang masih berbaki disisipnya perlahan. "Is that all for today, Badrina?"
Badrina mengangguk laju akan persoalan Ray padanya itu. "Betul, Encik Ray. Dato' Hanif will be your last meeting and that's all." Ucap Badrina bersama senyuman.
"Okay then." Ray kembali meletakkan cawan di atas meja sebelum dia berura-ura untuk bergerak bangun.
"Eh, Encik Ray nak pergi mana?" Soal Badrina secara tiba-tiba.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
