06

20.8K 765 36
                                        

DARI kejauhan, keluarga besar Puan Sri Qadijah yang sedang bergelak tawa kegembiraan itu dipandangnya lama. Seronok benar dia lihat hubungan rapat diantara mereka semua. Tanpa Alice sedar, bibirnya kini turut sama melorek senyum.

Tika ini dia terfikir, alangkah seronoknya jika atuk, nenek dan mama masih ada sehingga kini. Sudah dapat dia bayangkan riuh-rendah kemeriahan mereka sekeluarga. Tambahan pula dengan sikap atuk yang gemar mengusik, tidak kering gusi dibuatnya untuk mereka ketawa.

Bayangan masa lalu yang terlintas di fikiran itu tiba-tiba menimbulkan rasa rindu pada mereka bertiga. Pejamkan mata, Alice tarik nafas dalam-dalam sebelum dia menghembusnya. Usai itu, pipinya ditampar beberapa kali bagi menyedarkan diri sendiri di mana dia sekarang.

Kau tengah kerja, Alice! Tak boleh mengelamun! Tak boleh!

Alice mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali tatkala otak sudah kembali waras. Susah betul nak kekal fokus bila sudah melibatkan emosi ini. Hish!

Aspalela yang baru sahaja menapak masuk ke dapur tika itu memincingkan matanya tatkala dia lihat Alice kini sedang berdiri di suatu sudut. Bersama tangan yang memegang kain, Aspalela dekati si teman.

"Alice." Aspalela menyeru nama Alice. Tangannya pula menyentuh bahu Alice perlahan buatkan Alice segera pusingkan tubuhnya ke belakang.

"Eh, Lela!" Alice sedikit terkejut melihatkan Aspalela kini di hadapan mata. Bibir mengukir senyum beberapa saat di hadapan gadis itu sebelum wajahnya bertukar serius. "Kenapa kau panggil aku? Ada kena buat kerja apa-apa ke?" Soalnya.

Aspalela geleng. "Tak ada pun. Semua benda dah settle. Baki pinggan tadi pun Abang Joe dah basuh."

"Lah, kenapa kau tak panggil aku? Susahkan Abang Joe je." Dahi Alice berkerut seribu. Rasa bersalah terbit di hatinya.

"Bukan taknak panggil. Abang Joe yang tak bagi. Dia cakap kau dah tolong banyak. Sampai pucatlah muka kau buat kerja tak berhenti." Balas Aspalela pula. Wajah Alice tika itu dipandangnya lama manakala Alice pula sekadar tersenyum kekok.

Teringat pula dia tadi saat salah seorang tuan rumah ini menegur mukanya yang pucat semacam. Tika itu dia sedang angkat bakul berisi pinggan. Niatnya ingin menolong Abang Joe tetapi terhenti tatkala ditegur sebegitu.

Itulah sebabnya kenapa dia berada di dapur ini. Gadis yang bernama Iffah itu menawarkannya air dan menyuruhnya duduk berehat. Tidak betah menolak, dia akhirnya menurut.

"Eh dia ni, orang tengah bercakap boleh pula dia mengelamun."

Sistem pendengaran Alice tika itu kembali berfungsi tatkala suara Aspalela berjaya menepis bayangan kejadian pagi tadi. Bibir Alice tika itu menyengih lebar melihatkan wajah Aspalela.

"Sorry. Kau cakap apa tadi?" Soal Alice.

"Aku tanya, dahi kau tu kenapa? Dari pagi tadi aku perasan. Besar semacam bengkaknya." Aspalela mengulang kembali soalannya sementara Alice pula sudah terdiam.

"Oh dahi ni," Alice sentuh dahinya. Bibir pula sudah mengeluarkan tawa yang begitu kekok sekali pada koklea telinga Aspalela.

"Aku terlanggar bucu semalam." Tipu Alice. Wajahnya jelas menunjukkan rasa bersalah namun dia tetap memilih untuk tidak jujur pada Aspalela.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang