26

20.4K 797 28
                                        

MEREKA berdua melangkah turun daripada teksi sebaik sahaja ia berhenti betul-betul di hadapan banglo tiga tingkat milik Tan Sri Alias. Selesai membayar duit tambang dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut, Alice kekal berdiri tegak menghadap rumah tersebut.

Akhirnya setelah hampir sebulan sejak kali terakhir dia menjejakkan kakinya di rumah ini, dia kembali jua ke sini. Demi rasa rindunya pada insan yang bergelar bapa.

Meskipun dia masih belum dapat melupakan duka yang telah bersemadi di dalam dirinya selama dia berada di sini, dia harus akui bahawa banglo ini jugalah yang menjadi tempat dia berteduh saat matahari terik dan hujan lebat di luar.

"Lis,"

Seruan namanya beserta sentuhan pada lengannya buatkan Alice kembali tersedar. Wajahnya dipalingkan ke arah Aspalela yang pada ketika itu sedang memandangnya dengan riak wajah yang jelas risau.

"Kau okey?" Nada Aspalela kedengaran teragak-agak ketika menyoal.

Alice ukir senyuman lembut seraya mengangguk. "Aku okey. Jangan risau. Jom, masuk dalam." Balas Alice seraya dia melangkah menuju ke pintu pagar.

Aspalela mengerutkan dahinya sedikit. Jelas dia ragu-ragu dengan balasan Alice itu. Namun dia memilih untuk mendiamkan dirinya sahaja dan mengikuti langkah Alice daripada belakang.

Pintu pagar dibuka seraya Alice melangkah perlahan-lahan menuju ke kawasan rumah. Debaran di dada tak usah dikata. Sedari tadi lagi dia sedang untuk cuba memberanikan dirinya. Melihatkan Ford Ranger milik papa yang terparkir di dalam menambahkan lagi debarannya.

Tidak dilupakan juga tentang ibu tirinya iaitu Ungku Faizah. Wanita itu pasti akan berpura-pura gembira dengan kepulangannya yang jelas-jelas menunjukkan kepalsuannya di hadapan papa.

Pejamkan mata, Alice geleng kepalanya berkali-kali. Segala bayangan buruk yang berada di dalam fikiran cuba dibuang sejauh yang mungkin. Dia harus kembali ingat apa tujuannya pulang ke rumah ini.

Demi papa.

Ya, demi papanya.

Alice menelan air liurnya payah saat mengulang ayat tersebut berulang kali. Kakinya turut melangkah mendekati pintu utama bersama debaran yang kian menggila. Hela nafas perlahan, tangannya mula naik mengetuk pintu tersebut sebanyak tiga kali.

Sepi.

1 saat..

3 saat..

5 saat..

Alice palingkan tubuhnya ke belakang menghadap Aspalela. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang mengadu. Aspalela gelengkan kepalanya tanda tidak mengapa. Mata dialihkan pada pintu, mengisyaratkan gadis itu untuk mengetuknya sekali lagi.

Akur akan isyarat itu, Alice kembali menghadap ke arah pintu. Tangannya diangkat sekali lagi. Jika ketukannya kali ini tidak menerima sambutan, dia mungkin akan pulang dengan hati yang hiba.

Namun belum sempat Alice mengetuknya, pintu itu terbuka dari dalam buatkan mata Alice membulat, terkejut.

"Alice?!" Suara Ungku Firyani kedengaran begitu teruja tatkala melihat siapa gerangan yang berada di hadapan pintu mereka. Tanpa aba-aba, tubuh adiknya itu terus sahaja dipeluknya erat.

Seketika Alice terkedu tatkala Ungku Firyani memeluknya. Meskipun ini bukan kali pertama Ungku Firyani bersikap baik padanya, tetapi tetap sahaja dia masih belum mampu membiasakannya.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang