16

20.3K 847 49
                                        

"KENALKAN semua, personal housekeeper Encik Ray yang baru, Alice." Kak Gee mula memperkenalkan Alice pada sekumpulan pekerja di hadapan mereka. Bibir Alice mengukir senyuman tatkala pandangan mereka semua beralih padanya.

"Hai Alice. Nama saya Hani." Hani terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

"Saya pula Fatihah." Fatihah mengangkat kedua jarinya ke atas tanda pis.

"Saya Wana. Tapi bukan Wanna Ali lah." Sempat Wana berjenakan buatkan Alice tertawa.

"Kalau dia Wana, saya pula Zana. Orang selalu cakap kembar tapi sebenarnya bukan." Giliran Zana pula memperkenalkan dirinya.

"Nama I Dewi." Dewi tundukkan badannya sedikit ke bawah.

"Saya Putri." Putri tersenyum lebar ke arah Alice.

"Dan nama mak pula Ejat. Tapi semua dekat sini semua panggil mak aje." Nada Ejat yang kedengaran begitu lembut itu mengundang tawa semua orang termasuklah Alice. Nampaknya semua teman barunya baik-baik belaka.

"Hai juga semua. Nama Lis, Alice Dayana. Tapi boleh panggil Lis aje. Selamat berkenalan." Ujar Alice perlahan bersama senyumannya.

"Eh, Lis ada lesung pipitlah. Comelnya!" Wana terlebih dahulu menegur buatkan yang lain turut sama perasan.

"Bukan setakat comel je tapi cantik juga," balasan Hani itu mendapat anggukan mereka semua.

"Mak setuju cakap kau Hani. Dalam banyak-banyak housekeeper Encik Ray sebelum ni, Alicelah yang paling cantik sekali."

Alice hanya mampu terdiam bersama senyuman kekok tatkala mendengar pujian mereka semua padanya.

"Hesy, apa kau ni Jat?" Kak Gee menjegil mata pada Ejat tatkala dia lihat wajah Alice sudah berubah.

"Apa? Cakap je." Ejat mengulingkan biji matanya ke atas bersama tangan yang digerakkan lembut. Cakap pun salah ke?

Balasan Ejat itu Kak Gee hiraukan sebelum pandangannya beralih ke Alice di sebelah. "Kalau ada apa-apa yang Lis nak tanya, Lis boleh tanya kami semua sebab kita bekerja dekat department yang sama. Cumanya suites sahaja yang berbeza."

Alice mengangguk-angguk kepalanya faham atas info tersebut.

"Haah! Kalau nak tanya mak pun boleh. Mak boleh je nak ajar," sampuk Ejat secara tiba mengundang jelingan yang lain manakala Alice sekadar tertawa. Terhibur akan telatah Ejat.

"Kalau dah tak ada apa-apa lagi, semua boleh sambung kerja semula." Ujaran Kak Gee itu buatkan mereka semua mengangguk faham.

"Lis pula ikut Kak Gee, ya? Ada beberapa tempat lagi yang Kak Gee nak tunjukkan pada Lis dekat hotel ni." Alice mengangguk sambil tersenyum akan arahan Kak Gee itu. Sempat dia melambai ke arah mereka semua sebelum langkah Kak Gee itu dibontotinya.















LIF yang akhirnya berhenti pada tingkat 20 itu buatkan Ray segera melangkah keluar. Jam di tangan sedari tadi dikerlingnya bagi memastikan dia tidak akan lewat untuk lunch meeting selepas ini. Langkah Ray kini dilajukan sedikit menuju ke penthouse miliknya.

Setibanya Ray di hadapan pintu, kad akses yang masih berada di tangan sudah bersedia untuk diimbas. Namun belum sempat dia berbuat sedemikian, pintu penthousenya terlebih dahulu dibuka dari dalam dan memperlihatkan susuk tubuh seseorang.

Alice.

Alice yang ketika itu baru sahaja ingin melangkah keluar sedikit terkejut tatkala melihat Ray sedang berdiri di hadapan pintu.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang