17

20.3K 772 42
                                        

PINTU penthouse milik Ray ditutup kembali usai Alice melangkah masuk ke dalam. Langkah dihala terus ke dapur, bersedia untuk memulakan tugasan seperti biasa. Hari ini merupakan hari kedua dia bekerja di sini namun sepertinya dia sendiri sudah terbiasa dengan tugasannya.

Rambut yang terurai sedikit ke hadapan diselitkan ke celah telinga sebelum dia mendekati kawasan sinki. Sehelai kain lap yang tergantung dicapainya dan tanpa membuang masa, dia memulakan sesi mengemasnya dengan mengelap permukaan dapur terlebih dahulu.

Segala barangan yang berada di dapur itu diangkatnya dan disusun dengan lebih kemas. Begitu juga dengan barangan yang berada di dalam kabinet atas. Semuanya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kawasan tersebut turut dibersihkan.

Selesai bahagian tersebut, Alice beralih pula ke arah meja makan. Kerusi yang sedikit terkeluar ditolak masuk ke dalam lalu permukaan meja dilapnya perlahan.

Namun tatkala Alice baru sahaja ingin mengangkat tudung salji yang turut berada di atas meja tersebut, matanya menangkap helaian kertas yang terselit di bawahnya. Bersama dahi yang berkerut sedikit, helaian kertas itu tetap dicapainya.

Terima kasih untuk masakan semalam. Tapi lepasni tak perlu masak lagi.
- Ray

Wajah Alice automatik berubah sebaik sahaja tulisan di atas kertas itu selesai dibacanya. Helaan nafas terbit di bibirnya bersama fikiran negatif yang menghuni fikirannya.

Entah-entah masakannya tidak menepati citarasa lelaki itu yang buatkan Ray melarangnya untuk masak lagi? Tetapi tidak pula Ray berkata apa-apa mengenai masakannya, bukan?

Geleng kepala, fikiran negatif seperti itu cuba dibuang dari fikirannya. Lagipun hari ini merupakan hari keduanya jadi dia tidak boleh biarkan fikiran itu mematahkan semangatnya.

Helaian kertas tersebut kemudiannya dilipat lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Kain lap dari atas meja dicapai dan Alice kembali menyambung kerjanya.

















TAWA Ungku Farhana terhambur kuat mendengarkan kata-kata yang baru sahaja terbir dari bibir Khairul. Kepalanya tergeleng-geleng bersama isyarat mata yang buatkan Khairul akhirnya turut tertawa.

"Suka sangat tu, sayang," ujar Khairul dengan sengihan nakal.

"You lah! Siapa suruh ingatkan pasal tu," marah Ungku Farhana bersama senyuman yang tertahan.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada pintu yang kedengaran buatkan Ungku Farhana segera memberi isyarat sebentar pada Khairul lalu telefon tersebut disorokkan di bawah bantal. Tubuhnya segera dibaringkan lalu matanya dipejamkan.

Seketika pintu bilik Ungku Farhana terkuak lebar memperlihatkan susuk tubuh Ungku Faizah di hadapan pintu. Pandangannya penuh skeptikal tatkala matanya tertancap pada susuk tubuh anak gadisnya.

"Hana tak payah pura-pura tidurlah. Mama boleh dengar dari bawah suara Hana tadi," kata Ungku Faizah tanpa nada.

Mendengarkan kata-kata mamanya itu, Ungku Farhana berdecit kasar bersama tubuh yang kembali bangkit.

"Mama nak apa? Hana penatlah." Ungku Farhana menjeling mamanya.

"Kan tadi mama suruh Hana tolong mama vaccum ruang tamu. Tak dengar ke?" Ulang Ungku Faizah kembali akan arahannya pada anak itu sebentar tadi.

"Ish, Hana tak laratlah! Mama tahu kan Hana baru balik program." Nada Ungku Farhana naik sedikit meninggi. Kepala digeleng berkali-kali tanda dia tidak mahu.

"Orang kalau tak larat dia tidur. Bukannya gelak tak ingat dunia," perli Ungku Faizah. Bukannya dia tidak tahu dengan siapa anaknya itu berbual. Cuma dia malas sahaja untuk membangkitkan itu tersebut.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang