24

21.9K 784 69
                                        

MALAM sudah hampir berlalu namun mata Ray tetap berat dengan beban yang tidak terungkap. Angin dinihari menyentuh kulitnya tatkala dia kini sedang berdiri betul-betul di luar hotel, bersandar pada besi pagar yang terasa sejuk di tangan. Lampu jalan menerangi ruang hadapan bangunan namun fikirannya tetap kelam.

Tika ini, dia masih cuba menghadam kejadian yang berlaku beberapa jam tadi. Dato' V. Alice. Kesemuanya.

Kedengaran derap tapak kaki yang kian menghampiri namun Ray langsung tidak menoleh. Namun daripada ekor matanya, dia cukup mengenali dua orang gerangan tersebut. Carl dan Aspalela.

"Macam mana dengan Alice?" Soal Aspalela, nadanya penuh kebimbangan.

"Dia okey. She's resting right now." Jawab Ray tanpa nada manakala Aspalela pula sudah menghela nafas lega. Syukurlah jika Alice baik-baik sahaja.

"Apa yang jadi sebenarnya ni, Ray?" Carl pula mengaju soalan. Sungguh dia terkejut tatkala Kak Gee menelefonnya secara tiba-tiba dan memaklumkan tentang apa yang berlaku di Imperial sebentar tadi.

Ray kekal diam, tidak tahu bagaimana harus dia mulakan penceritaannya pada Carl.

Carl mencekak pinggang bersama nafas yang dihembus perlahan tatkala persoalannya tidak dijawab. "Okay. So now where's Dato' V?" Carl menukar soalannya.

Mendengarkan nama Dato' V yang disebut, Ray kembali mengetap rahang. Tangannya menggenggam kuat pagar besi sehingga buku-buku jarinya berubah putih.

"Polis dah bawa dia pergi." Keras nada Ray menjawab. Wajahnya juga turut sama berubah bengis.

Carl menghela nafas mendengarkan jawapan Ray. Gerak-geri temannya itu turut diperhati lama. Ray memejamkan matanya buat beberapa ketika sebelum pandangannya beralih pada wajah Carl di sebelah.

"I know this thing will happen, Carl. Aku dah agak." Suara Ray kedengaran rapuh. Kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali sebelum hembusan nafas kasarnya kedengaran.

"Okey okey. Relaks." Carl menyentuh bahu Ray, cuba menenangkan lelaki itu.

"Macam mana aku nak relaks? He messed with one of my employee! At my damn hotel!" Suara Ray bergema kuat seiring dengan bunyi hentakan kuat pada pagar besi tersebut.

Aspalela turut sama terkejut melihatkan perbuatan Ray sehingga bahunya terhinjut sedikit. Carl menelan air liurnya payah seraya berpaling menghadap Aspalela.

"Lela, awak masuk dalam dulu. Awak jalan straight aje ke dalam sampai jumpa bilik pengurusan." Ujar Carl pada Aspalela.

Aspalela kemudiannya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Carl dan Ray di situ.

Carl kembali mendekati Ray tatkala bayangan Aspalela tidak lagi kelihatan. Wajah kusut temannya itu menjadi tatapan mata sebelum sekali lagi bahu Ray disentuhnya.

"Kau kena tenang, Ray. Ya aku tahu benda ni melibatkan hotel but at least don't deal with the problem emotionally. Be professional." Ucap Carl perlahan.

Ray sekadar mendiamkan diri meskipun dadanya sedang berombak hebat.

"Plus, yang kena tu kan cuma Alice. She's literally nobody—"

Mata tajam Ray semerta menikam anak mata Carl walaupun belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya. "Nobody?"

"Yelah? Dia bukannya sesiapa kan? Kita pun bukannya tahu kalau-kalau dia yang goda Dato' V ke apa kan?" Nada Carl kedengaran begitu bersahaja tanpa sebarang rasa bersalah.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang