11

16.7K 642 4
                                        

TANGAN yang basah dilap menggunakan tisu yang dicapai dari atas peti ais. Mangkuk yang dibasuh tadi pula diletakkan kembali ke rak sebelum Alice melangkah ke meja makan.

Mug yang masih berbaki air turut diambil lalu Alice melangkah menuju ke ruang tamu. Duduknya dilabuhkan di atas sofa lalu tangan mula menghidup televisyen.

Kring! Kring!

Deringan telefon yang berbunyi buatkan Alice mengerutkan dahinya sebelum volume televisyennya diperlahankan. Telefon bimbit dicapai lalu nama yang terpapar pada skrin buatkan mata Alice bercahaya.

"Assalamualaikum, Kak Bibah." Suara Alice kedengaran ceria menyapa terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam. Ini Alice kan?" Kak Bibah bersuara dari hujung talian.

"Ya! Ini Alice."

"Tentang job yang Lis minta tu, Kak Bibah minta maaf sangat. Dah penuhlah."

Mendengarkan ujaran Kak Bibah, automatik senyuman Alice mati. Riak wajahnya mendung, kecewa akan berita tersebut.

"Kalau job lain ada tak, kak? Lis urgent sikitlah nak guna duit." Alice mencuba nasib.

"Hm.. ada tu ada. Tapi bukan under Kak Bibah la." Balas wanita itu.

"Habistu under siapa?" Tanya Alice berminat.

"Under kawan Kak Bibah. Katanya dia perlukan beberapa orang crew juga." Terang Kak Bibah.

"Crew untuk apa tu, kak?"

"Part-time waitress."

Seketika Alice terdiam. Otaknya mula berfikir sama ada dia mahu mengambil atau tidak peluang yang sudah tersedia ini.

"Maaf Lis tanya tapi bila?" Tanya Alice lagi.

"Malam ni."

Sekali lagi Alice terdiam. Nampaknya dia harus membuat keputusan sekarang juga. Kerana peluang seperti ini tidak akan datang kali kedua.

Lagi pula, Aspalela juga tidak tahu akan hal ini. Risau pula dia untuk melakukan hal seperti ini sendiri memandangkan selama ini Aspalela sentiasa menemaninya.

Pun begitu..

"Bolehlah, akak. Lis nak job tu." Ujar Alice akhirnya.

"Baik, Alice. Nanti venue dan masa akan maklumkan semula di WhatsApp ya." Alice menganggukkan kepalanya terhadap balasan Kak Bibah meskipun wanita itu tidak mampu melihatnya.

"Okey, Kak Bibah. Terima kasih sekali lagi."

Panggilan telefon kemudiannya dimatikan. Bersandar pada sofa, Alice hela nafas. Secara tiba-tiba ada rasa tidak yakin yang menyapa memikirkan bahawa dia akan bekerja seorang diri pada malam ini.

Namun setelah menimbang tara hampir kesemuanya, Alice kembalikan yakinkan diri semua bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Anggap sahaja Aspalela turut ada bersamanya meskipun temannya itu tiada.

Ting!

Telefon bimbit Alice berbunyi lagi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej daripada Kak Bibah.

King Empire
6:30 pm sharp
Jangan lambat.

Alice hela nafas buat yang kesekian kalinya setelah membaca isi mesej tersebut. Sungguhkah dia mahu lakukan hal ini?

"Sudah Alice. Jangan banyak fikir. Just do it."

Suara-suara sumbang yang mengacau bilaukan fikirannya ditolak ke tepi. Yang dia tahu, malam ini dia harus lakukan yang terbaik.










Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang