23

17K 728 75
                                        

KEADAAN di grand ballroom Imperial pada malam itu berlabuh dengan sentuhan yang begitu elegan. Meskipun ia sekadar majlis kecil-kecilan, suasana tetap meriah serta dipenuhi dengan gelak tawa mesra para tetamu.

Cahaya keemasan daripada chandelier menggamit kemewahan, memperlihatkan majlis tersebut begitu eksklusif yang diadakan khas untuk menyambut kedatangan Dato' V, salah seorang bekas ahli lembaga pengarah Imperial Lux.

Di suatu sudut, Ray duduk bersama kumpulan ahli lembaga pengarah yang lain. Jemarinya melingkari gelas minuman yang hampir tidak disentuh. Perbualan demi perbualan yang bertukar seiring waktu berjalan sekadar didengarinya tanpa rasa ingin menyampuk walau sesaat.

Sesekali dia sekadar tersenyum tatkala fikirannya sudah jauh melayang. Kepala ditoleh ke kiri ke kanan, bebola mata juga melilau ke arah sekeliling tatkala bayangan seseorang langsung tidak kelihatan sedari tadi.

Di mana Alice?

"Cari siapa tu, Ray?"

Pandangan Ray kembali beralih tatkala namanya diseru sebegitu. Bibir kembali mengukir senyum melihatkan hampir semua diantara mereka sedang memandang ke arahnya.

"Badrina." Entah kenapa nama Badrina yang dia pilih untuk sebut bagi menjawab persoalan tersebut.

"Alahai CEO kita sorang ni. Secretary dia baru je pergi tak sampai berapa minit dah tercari-cari," tegur Doktor Marina sambil tersenyum mengusik.

Ray sekadar tersenyum kekok mendengarkan usikan tersebut tanpa sebarang rasa ingin membalasnya.

Kening Dato' V terjongket sedikit. "Oh, I see. So you and Badrina are having a secret relationship lah?" Dato' V palingkan tubuhnya menghadap Ray di sebelah. Riak wajahnya juga kelihatan seperti ingin tahu kesahihan berita tersebut.

"Kalau Dato' nak tahu, diorang berdua ni dari dulu memang selalu sangat berkepit. Dekat mana ada Ray, situ jugalah ada Badrina. Tak boleh berenggang langsung," sampuk Dato' Sri Alya pula buatkan Dato' V angguk-angguk kepalanya bersama senyuman usikan.

"Tapi masalahnya Dato', bila kita tanya, tak ada sorang pun yang nak mengaku." Celah Dato' Jamal pula buatkan mereka semua hamburkan tawa bebas.

Mendengarkan hal antara dia dan Badrina dibangkitkan buat entah kali keberapa, Ray hanya kekal tersenyum tanpa sebarang reaksi. Meskipun sudah berbuih mulutnya menidakkan hubungannya dan juga Badrina, mereka tetap memilih untuk mempercayai yang sedemikian. Jadi apa lagi yang boleh dia lakukan?

"Ah, patutlah masa I puji Badrina siang tadi, muka dia macam marah. I dah tersalah puji orang rupanya." Dato' V menambah pula perisa di dalam isi perbualan mereka dan sekali lagi tawa mereka berenam bergabung.

Ray hanya mampu menayang senyumannya tatkala dia tidak merasakan hal itu suatu hal yang kelakar. Sebaliknya dia sendiri sedang berfikir jika benar dia kelihatan marah sewaktu Dato' V memuji Badrina siang tadi.

Hiraukan sahaja perbualan mereka yang sudah bertukar buat kesekian kalinya itu, sekali lagi Ray menoleh kepalanya. Keadaan sekeliling yang agak padat itu amat menyukarkannya untuk mencari bayangan Alice yang dia sendiri tidak tahu ke mana.

Gelas di dalam pegangan akhirnya dibawa ke bibir dan disisipnya perlahan. Tidak mengapalah. Selepas majlis nanti dia akan kembali mencari gadis itu.














TETAMU yang sudah beransur pulang menandakan majlis pada malam itu sudah tamat dengan jayanya. Jam juga sudah menunjukkan pukul sebelas buatkan beberapa orang VVIP juga meminta diri untuk pulang.

Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang