BANGUNAN Imperial yang tersergam di hadapan di mata dipandang agak lama. Tika ini entah kenapa Alice berasa teragak-agak untuk masuk meskipun ini bukan kali pertama dia berada di sini. Mungkin sahaja dia sedikit gentar kerana sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, dia bukan lagi sekadar seorang tetamu namun seorang pekerja tetap Imperial Lux.
Berbekalkan kekuatan yang ada, Alice kini kembali meneruskan langkahnya yang terhenti. Bibir turut sama mengukirkan senyuman, cuba melawan debaran di dada yang menggila. Kaunter pertanyaan menjadi hala tujunya.
"Assalamualaikum. Nama saya Alice. Saya ada temu janji dengan Encik Ray." Ujar Alice penuh sopan saat dia tiba di kaunter pertanyaan.
Camelia segera mengangkat wajahnya buatkan pandangannya dan juga gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu beradu. Seketika pandangannya berubah skeptikal bersama kening yang terangkat tatkala melihatkan ke arah pakaian gadis tersebut.
"Sorry tapi atas urusan apa ya?" Soal Camelia dengan nada yang tidak begitu senang. Susuk tubuh gadis itu juga dipandang atas bawah beberapa kali.
"Atas urusan—"
"Alice."
Bicara Alice automatik terhenti bersama tubuh yang dipusingkan ke tepi tatkala namanya diseru. Tidak jauh daripadanya, kelihatan susuk tubuh Ray yang sedang berdiri tegak bersama tangan yang disolek ke dalam poket.
Dan secara tiba-tiba, dada Alice berdetak laju apabila langkah Ray kian menghampirinya. Pandangan Ray ketika itu turut sama menghala ke arah Alice sebelum jari telunjuknya diangkat ke arah gadis itu.
"You.. follow me," arah Ray pada Alice dengan nada yang mendatar. Terus sahaja Alice menganguk faham dan sudah bersedia untuk membontoti lelaki itu.
Pandangan Ray kini beralih pula pada Camelia yang tiba-tiba sahaja mengukir senyuman. "And you.. make sure you done your work right." Nada Ray berubah tegas serta-merta buatkan Camelia menelan liurnya payah sebelum dia turut sama mengangguk.
Ray kemudiannya kembali meneruskan langkahnya dan diikuti oleh Alice dari belakang. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua dan hanya diselangi dengan bunyi pintu lif yang terbuka beserta bunyi derapan langkah kaki Ray yang begitu mara ke hadapan.
Bunyi lif berdenting lembut menandakan mereka telah tiba di tingkat 40. Ray menjadi orang pertama yang melangkah keluar sementara Alice pula menarik nafas perlahan sebelum dia turut sama mengikuti langkah Ray.
Badrina yang ketika itu baru sahaja melangkah keluar dari pantri bersama segelas kopi mengerutkan dahinya tatkala dia lihat bayangan gadis yang bersama Ray itu. Itu bukankah gadis yang sama yang bekerja sebagai part-time waitress di majlis King Empire? Apa yang gadis itu lakukan di sini?
Ray menolak pintu biliknya dan mempersilakan Alice untuk melangkah masuk. Dengan langkah yang teragak-agak, Alice akhirnya melangkah masuk bersama mata yang memandang ke sekeliling bilik tersebut.
Besar dan cantik. Itulah kata-kata yang bermain di fikirannya sebaik sahaja dia selamat melabuhkan duduknya pada sebuah kerusi.
Ray turut melabuhkan duduknya di hadapan Alice bersama tangan yang mencapai sebuah fail dari dalam laci. Fail tersebut kemudiannya diletakkan di hadapan Alice buatkan pandangan Alice teralih ke arah fail di hadapannya.
Personal Housekeeper.
Mata Alice menganalisa satu-persatu perkataan yang tertulis pada fail tersebut sebelum pandangannya terangkat menghadap Ray.
"Dalam fail tu dah tertulis segala skop kerja dah peraturan yang perlu kau patuh."
Alice kemudiannya mencapai fail tersebut dan menyelak helaian demi helaian bagi melihat skop kerjanya seperti yang diperkatakan oleh Ray tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
