ALPHARD putih yang sudah selamat terparkir di hadapan lobi Imperial itu buatkan hampir kesemua para pekerja mula bersedia dan mengambil tempat. Masing-masing sudah bersedia untuk menyambut kedatangan Dato' V, merangkap tetamu terpenting mereka pada hari ini.
Ray kekal menunggu di tangga bersama Badrina yang berdiri di sebelahnya. Pintu kereta yang perlahan-lahan terbuka mula memperlihatkan sosok tubuh Dato' V. Lelaki itu turut mengukirkan senyumannya sebaik sahaja dia selamat turun daripada kereta.
"Welcome back to Malaysia, Dato'." Ray mula menghampiri Dato' V bersama tangan yang dihulurkan pada lelaki itu.
"Oh my man, Ray! I'm also blessed to be back in Malaysia." Bahu Ray ditepuk-tepuk beberapa kali. Mereka berpelukan buat seketika sebelum pandangan Dato' V terhala ke arah semua pekerja Imperial yang sedang berbaris dan berhenti pada Badrina kemudiannya.
Tangannya dihulurkan pada gadis cantik itu untuk bersalaman dan Badrina menyambutnya dengan senyuman. Pasti gadis di sebelah Ray ini adalah pembantu peribadinya.
"You have a very good taste in finding a secretary." Puji Dato' V tatkala dia kembali memandang Ray. Bibir Badrina mula mengukir senyuman apabila dipuji sebegitu rupa.
Ray kemudiannya menjemput Dato' V untuk masuk ke dalam. Karpet merah yang terbentang dan dihiasi dengan sedikit perhiasan pada barisan karpet beserta setiap pekerja di posisi masing-masing cukup buatkan Dato' V tersenyum senang. Tidak dia sangka bahawa Imperial masih sudi menerima kedatangannya pada ketika ini.
Satu-persatu wajah para pekerja Imperial ditatap oleh Dato V dan hampir kesemua menunduk hormat pada lelaki itu. Masih ada yang dia kenal dan ada juga wajah-wajah baru yang tidak pernah dilihatnya.
Namun di dalam banyak-banyak wajah yang diperhatinya, wajah seorang gadis yang berdiri di penghujung karpet mula mendapat perhatian Dato' V. Langkah perlahannya mula dibawa ke situ manakala Ray dan Badrina pula kekal mengiringi langkah lelaki itu.
"And she.. she's also beautiful." Dato' V berhenti betul-betul di hadapan Alice seraya mengukir senyuman luar biasa. Wajah Alice ditatap bagai tidak mahu lepas buatkan wajah Ray sedikit berubah.
Sejujurnya dia tidak begitu gemar dengan tingkah laku Dato' V yang satu ini. Desas-desus ada mengatakan bahawa Dato' V merupakan seorang 'mata keranjang' meskipun beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang isteri.
Alice kekal tersenyum dan menundukkan tubuhnya sedikit tatkala pandangan Dato' V masih kekal padanya. Meskipun ada sedikit rasa tidak selesa yang bertandang namun dia cuba untuk mengekalkan senyumannya agar dapat menghormati kedatangan lelaki itu.
Dato' V mula tersenyum senget seraya mengangkat tangannya untuk bersalaman tatkala pandangannya dan gadis itu bersatu. Namun tatkala Alice terang-terangan menolak daripada bersalam dan sekadar menundukkan tubuhnya bersama tangan yang diletakkan pada dada, wajah Dato' V berubah buat seketika.
Badrina yang turut melihat reaksi itu sudah mengulingkan biji matanya ke atas. Tak habis-habis nak acah alim!
Dato' V kembali menarik tangannya ke bawah dan menyeluknya ke dalam poket. Bibirnya kembali tersenyum namun senyumannya kali ini lebih kepada senyuman nakal. Smirk.
"So.. what's your name?" Dato' V mula menyoal.
"Alice, Dato'." Alice mula memperkenalkan dirinya.
Terjongket kening Dato' V mendengarkan suara Alice. "Alice. I love that name. So beautiful and.." Dato' V memperlahankan sedikit suaranya. "Sexy." Bisik lelaki itu sambil menunduk.
Alice mengekalkan reaksi wajahnya sebelum kembali tersenyum pada Dato' V. Dato' V kembali pusingkan tubuhnya ke belakang dan automatik bibir Ray kembali mengukir senyuman manis.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romans[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
