KAMI semua berkumpul adik beradik di rumah mama dan papa. Hari ini keluarga kami berparty barbecue sempena kepulangan Ika dari luar negara. Si kembar aku sudah kecoh berlari bersama-sama dengan anak perempuan along. Kak long dan Ulfa berada di dapur tengah menyiapkan perapan untuk kami berbarbecue sebentar lagi.
Mama dan papa gembira melihat cucu-cucu mereka bermain. Aku pulak yang penat melihat mereka sebab hari-hari aku asyik menghadap perangai mereka berdua tu. Habis bunga mama dipetik buat main tetapi mama langsung tidak marah. Seingat aku kalau masa aku kecil dulu, memang kena piat telingalah bila aku usik pokok bunga mama. Mama sangatlah tidak adil. Dia lebih sayangkan cucu dari anak sendiri.
" Mama dan papa ingat hujung tahun ni mama dan papa nak pergi buat umrah," bagitahu mama.
" Alhamdulillah," ucap aku.
Aku menarik nafas kelegaan. Nasib baik hujung tahun ni bukan hujung bulan ni. Aku dah berhajat nak bawak mama dan papa sekali pergi ke Korea. Ika pun dah balik ke Malaysia, aku akan ajak dia sekali. Bolehlah Ika tolong menjaga si kembar aku tu. Susah nanti aku nak berhoneymoon dengan isteri.
" Along ingat hujung bulan ni along nak bercutilah papa," sampuk along.
" Cuti jelah. Along pun dah lama kan tak ambik cuti panjang?" soal papa.
Along terus angguk kepala.
Kacau betul along ni. Aku dah plan nak cuti jugak hujung bulan ni. Kalau aku dan along cuti, siapa yang nak jaga company tu? Pening pulak kepala aku memikirkannya. Along terus aku jeling.
" Kau dah kenapa angah jeling along pulak? Tak puas hati ke?" soal along sengaja nak mencari gaduh dengan aku.
" Angah nak cuti jugaklah hujung bulan ni. Angah memang dah plan pun. Along ambiklah cuti lain kali," cadang aku. Terpaksa aku buat muka kesian dengan harapan along akan mengalah dengan aku.
" Siapa cepat dia dapatlah," jawab along sambil tergelakkan aku.
Aku mendengus sakit hati dengan along. Dengan adik sendiri pun tak boleh nak mengalah. Konon abang terbaik sangat. Ishhh... geram aku!
" Angah dah booking ticket semua dah."
" Angah plan nak bercuti pergi mana?" tanya papa.
" Nak pergi Korea. Nanti mama, papa dan Ika ikut sekalilah," jawab aku.
" Uishhh... siap pergi Korea. Tapi, kenapa tak ajak along sekali?" soal along.
" Siapa nak jaga syarikat tu kalau kita dua-dua pergi?" Along ni dah hilang ingatan agaknya. Dia ingat aku dan dia tu pekerja biasa ke kat syarikat tu.
" Azlan kan ada," jawab along.
Aku menepuk dahi sendiri. Nasib kaulah Azlan dapat bos macam along.
" Habis tu along nak ikut sekalilah ni?"
" Ikutlah," jawab along sambil tergelak.
Aku hanya mengikut jelah. Kau ingat kau boleh lawan kehendak along tu. Kalau itu yang dia nak, tetap jugak dia dapatkan. Kiranya kali ni kami bercuti satu keluarga. Harap tak mengganggu plan asal aku dahlah.
*****
SUHU sekarang hampir -18 darjah celcius. Aku lihat anak-anak aku dah kesejukkan. Terus aku tambah baju di bahagian dalam dan baru aku sarungkan baju sejuk kepada mereka berdua. Hidung anak-anak aku dah mula kemerahan tapi mereka tetap seronok dengan cuaca sejuk begini.
Pagi tadi kami tiba di bumi Korea. Percutian kami sekeluarga akhirnya berjaya. Memang Azlan yang tolong take over company selama seminggu. Masam jugak muka Azlan pada awalnya kerana dia enggan tetapi bila along dah tawarkan tiga bulan gaji terus dia setuju.

YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
Ficción GeneralSERIES 1 Tuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kera...