BAB 41

4.2K 174 0
                                    

MAJLIS persandingan berjalan lancar di rumah keluarga Ulfa. Majlis berlangsung dengan meriah kerana Ulfa adalah anak bongsu dalam keluarga. Hari ini aku dan Ulfa berbaju pengantin berwarna hijau.

Selesai semua acara majlis kami, aku dan Ulfa menghantar keluarga aku ke kereta. Along menghampiri aku.

" Jadi suami tu elok-elok. Jaga isteri, jaga rumahtangga, jangan fikir negatif, dan jangan sesekali jumpa along tentang masalah keluarga angah. Along tak nak dengar apa-apa nanti," pesan along. Dia menepuk bahu aku.

" Jaga isteri elok-elok. Kalau mama dapat dengar angah buat sesuatu tak elok, siaplah angah nanti." Mama sudah warning dari awal lagi.

Aku hanya mengangguk. Akhirnya keluarga aku sudah kembali ke rumah masing-masing.

Sewaktu ingin masuk ke rumah aku ternampak Wafiq yang masih setia berada di bawah khemah. Tinggal beberapa orang je lagi tetamu yang belum balik termasuk Wafiq. Mamat ni tak reti nak balik ke? Aku mengarahkan Ulfa untuk masuk dulu ke dalam rumah sementara aku menapak menghampiri Wafiq.

" Hai, Wafiq."

" Hey.. you. Tahniah dan selamat pengantin baru," ucapnya.

" Terima kasih."

" Akhirnya doktor Ulfa menjadi milik you. Tak sangka you berjaya juga dapatkan Ulfa. Kiranya you dah menanglah ni melawan cinta pertama Ulfa tu," katanya.

Mata aku tegak memandang Wafiq. Aku nampak Ulfa tertoleh-toleh dari dalam rumah melihat kami yang sedang bercakap.

" Mungkin dia dah jodoh i agaknya," kata aku.

" I ingat you tak dapat Ulfa. Kalau tak dapat memang i dah berniat nak pikat dia balik sampai dia sukakan i," usik Wafiq.

Aku pukul bahu dia. Dia cuma ketawa.

" You jangan berani lagi nak pikat isteri i lepas ni. Kalau tak bersepai gigi you nanti," ugut aku.

Wafiq terus menutup mulut rapat. Tahu pun takut.

" I kan friend Ulfa..."

" I takut friend tu bertukar jadi boyfriend je."

Bukan boleh percaya Wafiq ni sebab sebagai seorang lelaki aku tahu dia masih menyimpan perasaan pada isteri aku tu. Disebabkan cinta tak terbalas, barulah dia sanggup menjadi kawan kepada Ulfa.

" You janji dengan i. You akan bahagiakan dia sampai bila-bila."

" I promise. I will always make her happy until my last breath." Janji aku pada Wafiq. Aku takkan sesekali mempersia-siakan Ulfa. Susah untuk aku dapatkan dia. Takkanlah senang-senang aku nak lepaskan dia.

Wafiq tersenyum lebar bila aku dah berjanji dengan dia. Dalam tak sedar Ulfa dah berada di tepi aku.

" Rancak sangat berborak you all berdua ni. Ada topik menarik ke?" tanya Ulfa polos.

" I just borak-borak biasa je dengan your husband," kata Wafiq pada Ulfa.

Dalam tak sedar dekat 1 jam jugak kami berborak. Wafiq mula beransur pulang. Aku memandang Ulfa di sebelah.

Kami sama-sama melangkah menuju ke dalam rumah. Tangan aku sudah melekat di pinggang Ulfa. Aku terus meraih tubuhnya sehingga dia terdampar di dada aku yang bidang.

" Eh! Janganlah tunjuk sweet sangat kat sini. Malulah sikit dekat orang lain," bebel Ulfa. Dia cuba meleraikan tangan aku yang masih berada di pinggangnya. Namun, langsung tak bergerak. Kekuatan aku dan kekuatan dia berbeza.

The Loyal Hunter : Maleeq Uqail Where stories live. Discover now