BAB 27

118 5 0
                                    

"assalamualaikum sayang.. abang dah balik" Aryann mengunci pintu rumah mereka. Ketika itu jam menunjukkan 9:30 malam. 

"Sayang..?"

Sepi.

Aryann melangkah masuk ke ruang tamu sehinggalah ke dapur dan seterusnya ke bilik tidur mereka tetapi isterinya tetap tidak kelihatan.

"Sayang nak main sorok-sorok dengan abang ya? Alololo, keluarlah sayang.. abang balik ni, Biasanya sayang sambut abang"

Aryann masih mencari kelibat isterinya di seluruh kawasan rumah. Tetap tiada.

Aneh.

Tiba-tiba telefon Aryann berdering menandakan satu mesej baru telah diterima.

MOMMY

Assalamualaikum anak mommy, maaf kalau mommy lambat beritahu Aryann. Mommy cuma tak nak emosi Aryann terganggu di pejabat. Sebenarnya petang tadi Areesa di bawa ke Hospital kerana kemalangan.. dan doktor tak dapat nak selamatkan Areesa dan kandungan. Maafkan mommy sayang.. Mommy harap Aryann kuat ya, nak?  pulang rumah mommy ya sayang? Kita uruskan semuanya disini.. mommy sayang Aryann.

Aryann terkesima. Dia terus mencampakkan telefon pintarnya ke lantai. Berderai? Hancur? dia sudah tidak peduli.

Kemalangan? tak mungkin.

Isteri dan anak-anaknya.. sudah tiada?

Aryann masih tidak percaya perkara yang amat di takuti sudah pun berlaku. Isteri kesayangannya sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Tanpa diduga air mata lelaki itu mengalir deras.

" Ma-maafkan abang sebab gagal jadi suami. Abang gagal jaga sayang dan anak-anak kita yang akan lahir.. maafkan abang sayang"

"Abang leka.. abang terlalu sibuk dengan hal kerja.. ssk ssk"

"Abang minta maaf sayang.."

Perlahan-lahan Aryann memasuki ruang tidur mereka berdua dengan longlai. Dia masih mengharapkan isterinya berada di dalam bilik itu dengan segaris senyuman seperti selalu.

Sunyi. 

Tiada lagi bidadari yang menceriakan hari-harinya. Tiada lagi senyuman yang mewarnai hidupnya. Tiada lagi isteri pujaan hatinya, Areesa Jannah.

Aryann menghela nafas perlahan. Dia harus kuat walaupun batinnya tersiksa atas kehilangan seorang isteri. Dia harus teruskan hidup dan mencari punca kemalangan itu berlaku. Siapakah dalang disebalik semua ini? Mereka harus diberi pengajaran, Itu janji Aryann Firdaus.

"Abang akan cari siapa orang tu.. abang janji sayang" kata Aryann dengan wajah penuh dendam. Segaris senyuman kelihatan di bibir Aryann. Bukan senyuman manis, tetapi satu senyuman yang penuh maksud tersirat !

--

2 bulan telah berlalu..

Selepas ketiaadan Areesa, Dia lebih gemar menghabiskan waktu lapang di rumah ibunya untuk membaca jurnal-jurnal yang di tulis oleh arwah isterinya. Buku berwarna merah jambu dan bercorak bunga-bunga kecil berwarna putih itu ditatap lama. Perlahan-lahan Aryann membuka dan membaca isi kandungan buku itu.

~

Teruntuk Suamiku Tersayang, Aryann Firdaus.

Sejak abang hadir dalam hidup Reesa, segalanya seakan terasa diwarnai. Hidup Reesa yang dulu serba hitam putih, tiada satu pun cahaya bersinar. Tapi bila abang ada, semuanya bertukar jadi warna-warni dan abang lah cahaya tu ! 'cringe' kan abang? hahaha tapi itulah yang isteri abang ni rasa. Reesa bersyukur sangat dapat jumpa abang di Grocery dulu ! hehe. Abang dah lah hensem.. baik.. banyak duit pulak tu ! hahahaha gurau je abang..untungnya Reesa dapat suami macam abang !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIDADARI TUAN ARYANN [OG]Where stories live. Discover now