Pintu utama itu akhirnya terbuka. Bukan dengan izin, tetapi dengan kekuatan.
Langkah kami masuk ke dalam bangunan utama istana bukan lagi langkah seorang putera yang mencari ruang...tetapi langkah seseorang yang sudah bersedia untuk menamatkan semuanya.
Namun sebelum kami sempat sampai ke dewan persidangan, kami telah disapa. Sapaan kasar dari pengawal-pengawal yang setia kepad Tengku Muhammad. Dan kali ini mereka tidak berundur.
Pertembungan dan kekerasan tidak dapat dielak lagi. Gerakan-gerakan pantas, tangkas dan keras. Tidak lagi seperti tadi yang penuh kawalan. Kini, tiada siapa yang mahu mengalah.
Aku berhenti seketika. Memandang sekeliling. Bunyi besi bertembung. Jeritan. Dengusan. Langkah yang berlari. Keadaan cemas dan huru-hara.
Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku melihat darah tertumpah di dalam istana ini. Istana yang selama ini dijaga dengan adat. Dengan maruah. Dengan batas yang tidak pernah dilangkaui.
Hari ini, semuanya pecah. Aku mengetap rahang.
Perit.
Bukan kerana takut. Tetapi kerana sedih. Ini...seakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Namun aku tahu, jika aku berhenti sekarang, semua ini akan menjadi sia-sia.
"Indera!" Suara Kanda Rezuan menarik aku kembali ke realiti. Aku pandang kerahnya sebelum aku angguk faham dengan isyaratnya.
Dan kami terus mara.
~~~~~~~~~~~~~~
Pintu Dewan Persidangan Diraja di hadapan kami.
Tertutup rapat.
"Sekarang," kata Dato' Rahim. Satu isyarat. Dan pintu itu dirempuh oleh anggota polis dan pengawal istana yang tadi bersama kami.
Dentuman kuat bergema.
Pintu kayu tebal itu terbuka, memecah masuk ke dalam ruang yang selama ini dianggap suci.
Kami masuk.
Aku, Kanda Rezuan, Dato' Rahim, ASP Haris dan pasukan di belakang kami.
Sunyi. Sesaat. Masing-masing diam tiada suara, cuba proses apa yang sedang berlaku. Baik yang di dalam, mahupun yang baru masuk.
Kemudian, kekecohan memecah suasan. Ahli-ahli dewan bangkit, terkejut, marah.
"Apa ini?!"
"Berani kamu ganggu sidang Dewan Diraja!"
"Ini penderhakaan!"
Suara-suara itu datang bertubi-tubi.
Namun aku tidak memandang mereka.
Pandangan aku terus ke hadapan.
Ke hujung meja panjang itu.
Dan di situ, Tengku Muhammad. Duduk di kerusinya.
Tenang. Namun matanya, tajam.
Membakar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.