Ok semua fanfic ni diambil dari komik asalnya BEAST MASTER karya dari pelukis fav author MOTOMI KYOUSUKE >o<.
_______________________________________
Aku tidak menakutkan.
Jadi janganlah lari.
Mari ke sini....
"Puss, puss, puss... Mari kesini kucing comel. Meow..." kucing itu yg diberi nama blackie menjilat tangan seyeon.
Nama aku kim se yeon. Pelajar tahun dua di sekolah tinggi. Aku takde boyfriend. Dan aku sangat suka kan binatang.
"Jangan takut, aku takkan apa2 kan kau.. " blackie mengesel gesel kan kepala nya di pergelangan se yeon.
Aku mengagumi 'seton Animal chronicle(sebuah rancangan jepun mengenai binatang) dan national geography.
"Marilah kesini... marilah..."
Kesimpulannya, aku amat menyukai binatang, tetapi....
"BERJAYA!!" Jerit se yeon dan menerkam kearah blackie. Dia memegang badan blackie dan menggeselkan tubuh nya pada badan blackie yg berbulu hitam lebat tu. Menjerit blackie minta dilepaskan. "Si comel blackie.. apasal kau lari! Buat aku risau je! Nakal nya kau ni." Makin ligat pula se yeon menggesel tubuh blackie. Blackie yg sudah terasa rimas minta dilepaskan mengiau dgn kuat sambil menolak muka se yeon dari mencium cium nya.
"Jom kita balik rumah.. " belum sempat se yeon menghabiskan ayat nya blackie mencakar muka se yeon.
"MIAW!!(AKU TAK SUKA KAU)." Blackie yg ketakutan kerana dipeluk dan dicium se yeon dgn rakus melompat dari pelukan se yeon dan segera memanjat pokok di depannya.
....binatang AMAT MEMBENCI AKU....
(sebab dia terlalu suka akan binatang sampai menakutkan mereka.)"Bahayalah panjat pokok! Marilah turun! Cepatlah! Janganlah takut! Sayang dia!" Se yeon cuba memanjat pokok untuk mengambil blackie tetapi tidak berjaya kerana se yeon memakai pakaian seragam sekolah. Jadi pergerakan nya terbatas. Se yeon hanya mampu memanggil blackie dari bawah. Dipujuk pujuk blackie agar turun dari pokok itu.
"Miaw! Miaw!(JANGAN DEKAT!)" Blackie memberi amaran. Se yeon ingat blackie sedang ketakutan kerana berada di tempat tinggi.
"Lompat la, aku sambut! Jangan takut."
Masa ni se yeon sedang berusaha untuk pujuk kucing kesangannya pulang. Ia berlaku di suatu malam di penghujung musim panas... Tiba2 phone nya berbunyi. Se yeon mengambil phone nya di poket bajunya. Dan dia menjawab panggilan itu.
"helo? Appa? Maaflah. Si blackie panjat pokok, tak mahu turun!"
"Eh! Sebab saya kejar dia...? Bukanlah..." se yeon terpaksa menipu tentang perkara yg sebenar. Dan itullah sebenarnya yg berlaku seyeon mengejar blackie. Tiba2 hujan turun rintik2 dan membasahi seluruh tubuh seyeon. "Dia nampak burung jadi dia panjat pokok untuk cuba tangkap... " selepas dibebel oleh appa nya seyeon segera mematikan talian. Tiba2 guruh berdentum dgn kuat. Dan blackie diatas pokok pula makin kuat mengiau. "Hujan pun dah makin lebat.. aku patut balik. " seyeon memandang ke langit yg sudah gelap gelita dan kilat sambung menyambung.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Novela Juvenil+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.