Selepas waktu sesi persekolah tamat keadaan kelas menjadi bising dan riuh. Begitula keadaannya selepas tamatnya sesi pembelajaran. Mereka semua sedang membersihkan kelas.
"Boleh tak kau tolong buang sampah ni Jeon?" Seyeon memberikan sebakul tong sampah yg sudah penuh dgn kertas2, tin minuman dan macam2 lagi. Pelajar yg lain terkejut kerana seyeon berani dan selamba sahaja bercakap dgn Jeon yg bagi mereka terlalu bengis wajahnya kalau dilihat.
"Tempat sampah kat belakang gim. Kau tahu kat mana gim, kan?"
Terangguk angguk Jeon mendengar arahan seyeon. Seperti burung belatuk dia mengangguk. Patuh sahaja.
Selepas Jeon berlalu meninggalkan kelas Hyun, SeokGi dan rakan yg lain mendekati seyeon.
"Seyeon! Hebatnya kau! Camne kau jinakkan si buas tu?!" SeokGi menarik bahu belah kanan seyeon.
"Mesti kau gunakan kelemahan dia, kan?! Cakaplah apa dia!" Hyun pula menarik bahu belah kiri seyeon.
"Berapa kali aku nak cakap? Korang dah salah sangkalah.. Dia lelaki yang sangat baik kalau nak dibandingkan dengan korang semua ni" seyeon melepaskan pegangan tangan SeokGi dan hyun yg sudah memberatkan bahu seyeon. Dia melangkah kearah tingkap untuk membuang habuk kapur pada pemadam papan hitam. "Ah lantaklah! Nanti korang akan tau juga sikap dia yang sebenar."
"Seyeon memang berani!" Puji SeokGi.
"Tapi... tapi aku dengar dia terlibat dalam pergaduhan semalam! Sekumpulan samseng dibelasah teruk.. " cerita Hyun.
"Apa? Eh, dari mana korang dapat maklumat camtu?" Seyeon terkejut dan hampir terlepas pemadam papan hitam ditangannya.
Tapi..
..masa aku jumpa dia semalam, badannya memang berlumuran darah.
Takkanlah dia..."Weh ketua geng tengah cari dia sekarang." Kata Jei pada Hyun dan SeokGi.
"Yakah?"
"Nampaknya mereka nak balas dendam." Sambung Jei lagi.
Seyeon tersentak mendengarnya dan berlari keluar dari kelas.
______
"Hei!"
Jeon tersedar ada seseorang memanggilnya.
"Weh kau orangnya kan? Pelajar pertukaran..." Ray membetulkan spect hitam nya. Joon dan Yon berdiri dibelakang Ray.
Jeon menoleh memandang Ray dgn mata tajam nya.
"Heh...berani kau pandang aku macam tu?" Ray menghampiri Jeon. "Mari sini, kitaorang ada benda nak bincang dengan kau." Sambung Ray.
Seyeon berlari pergi kearah belakang gim. Harap Jeon tidak diapa apakan.
"Jeon.. " mata seyeon membulat memandang...
"eh!"
"Weh turunlah dulu kalau ya pun!" Kata Yon. Mereka bertiga memandang kearah sebatang pokok.
"Aku ada cakap benda yang buat kau marah ke?" Jerit Ray.
"Kalau kau tak nak bincang, cakap jelah. Takyahlah sorok." Sambung Joon pula.
"Jangan takut, kau boleh turun sekarang!" Seyeon menghampiri pokok yg didapati ada seseorang diatasnya. "Kau kena cakap terus terang. Mereka akan faham.. " sambung seyeon.
"Ah! Kim!" Jeon mengeluarkan kepalanya dari daun2 pokok yg lebat.
"Wahhh! Itu pun dia!" Ray terkejut kerana tiba2 Jeon sudah turun dari pokok itu apabila terlihat seyeon.
![](https://img.wattpad.com/cover/51901433-288-k53951.jpg)
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.