BMS2-One-

1.8K 184 5
                                    

Di dalam dirinya tersembunyi sikap liar binatang. Sikap liar yang dibangunkan oleh bau darah dan suasana bahaya..

Malah dia mengaku dia takut dengan dirinya sendiri.

"Muka kau! Comotnya! Comotnya! Penuh sos!" Jeon sedang menggigit burger ayam yang dipesannya. "Apsal kau makan cam budak2 ni?" Seyeon mengeluarkan sehelai kain dari poket bajunya dan mengelap tepi bibir dan pipi Jeon yang terkena sos. Jeon pula makan dengan perasaan gembiranya.

"Sebab sedap sangat! Pertama kali aku makan benda ni. Terima kasih jim kerana belanja kami!" Ucap Jeon.

"Lupakanlah kalau korang dapat maafkan semua dosa aku kat korang dulu.. aku yang patut berterima kasih." Balas jim sambil menghirup air ditangannya.

"Kat sini pun ada, kau ni." Seyeon meletakkan burger nya dimeja dan mengalihkan tumpuannya pada Jeon. Seyeon memegang wajah Jeon dan mengelap pipi Jeon. Jim pula hanya perhatikan sahaja mereka berdua dengan perasaan tertanya tanya.

Sambil tangan kiri diletakkan dibawah dagu tangan kanan pula memegang air. "Sejak bila korang couple ni?" Soal jim selamba.

"EH?! Apa maksud kau 'sejak bila'?! Kami bukan berpasanganlah!" Sangkal seyeon.

"Bukan? Tapi korang selalu bersama, nampak mesra je.." kata jim lagi.

"ITU SEBAB DIA TAK PANDAI JAGA DIRI SENDIRI, JADI AKU KENALAH JAGA DIA!" Seyeon meninggikan suaranya sehingga pelanggan berdekatan memandang mereka. "Kalau nak bercinta dengan dia ni, lagi sepuluh tahun baru boleh! Luaran cam remaja, tapi kat dalam dia cam budak2 je! Entah2 terkucil lagi kat tempat tidur!" Jari telunjuk seyeon tepat mengenai hidung Jeon.

Jeon menepis jari seyeon yang menghalang pandangannya. "Mana... mana ada aku cam bebudak! Aku tak kucil kat katil pun!" Balas Jeon mempertahankan diri. "Lagipun aku sebenarnya tua sikit dari korang. Tak lama lagi besday aku ke-18." Terang Jeon. Nadanya sudah seperti mahu merajuk. Kemudian dia mengembungkan pipinya tanda protes.

Jim dan seyeon terkejut dengan pengakuan Jeon yang dia lebih tua setahun dari mereka berdua.

"18...? Kau pernah ulang tingkatan ke? Ah, ya kau baru balik dari luar negara kan."

"Eh, kejap! Masa kat luar negara dulu, kau pergi sekolah tak?"

Soal mereka berdua yang masih berumur 17 tahun.

"Kadang2... biasanya Toki yang ajar aku. Aku pun tak tahu kenapa aku dimasukkan ke tahun 2 sekolah tinggi." Balas Jeon.

___________

Selepas kenyang mereka meninggal kan jim di restaurant makanan segera itu seorang diri. Kesian.

"Kau kata tak lama lagi... bila?" Soal seyeon tentang hari jadinya.

"Lagi 2 hari." Balas Jeon dingin.

"Betul ke?! Cepatnya!"

Jeon mendiamkan diri tidak membalas kata2 seyeon tadi. Seyeon yang terasa kurang selesa dengan Jeon kerana mendiamkan diri menegur.

"Hei, kenapa muncung je ni?" Seyeon menoleh kearah Jeon yang langsung tidak memandangnya.

"Mana ada! Aku bukan budak2 nak merajuk!" Balas Jeom. Mukanya kelihatan masam selepas seyeon mengatakannya seperti budak2. Tangannya diseluk didalam poket baju sejuknya.

Seyeon terdiam. 'Adakah dia terasa.' Bisik hati seyeon.

Sejak akhir akhir ni dia amat sensitif.
Cepat masam dan merajuk.

"Sorilah aku dah salah cakap. Janganlah marah lagi. Meh aku celebrate besday kau. Kau maafkan aku ya?" Kata seyeon menebus kesalahannya. Salah seyeon juga kerana sesedap mulut sahaja mengata Jeon seperti bebudak. Seyeon menepuk bahu Jeon. Baru kini seyeon perasan yang ketinggiannya dengan Jeon amatlah berbeza. Seyeon hanya separas dada Jeon sahaja. Patutlah lehernya asyik sakit ketika memandang Jeon jika Jeon berada dekat dengannya.

"Celebrate?" Soal Jeon dungu.

"Hmm! Belikan kau kek, tiup belon dan macam2 lagilah! Kau tak pernah raikan besday kau ya? Aku boleh adakan parti. Aku kena cepat2 buat persiapan dan beli hadiah untuk kau." Kata seyeon dengan gembira nya. "Hei Jeon.. kau nak hadiah apa?" Tanya seyeon.

Jeon hanya menunduk. Dia tersenyum kecil. "Aku tak nak apa2." Balas Jeon dan membuatkan seyeon terkejut.

"Eh! Kenapa? Kau marah lagi?" Resah seyeon selepas apa yang berlaku tadi.

Dan kata katanya selalu buat aku salah faham...

Tiba-tiba...

"Asalkan kau ada, aku tak perlukan apa2 lagi, seyeon. Kau cakap aku tak menakutkan." Jeon mendekatkan bibirnya pada telinga seyeon berbisik lembut. Dibawa seyeon kedalam pelukannya. "Kau baik sangat dengan aku. Jadi selagi ada kau. Aku tak perlukan apa2 lagi."

Suaranya yang lembut..

Buat aku berdebar debar.

TBC ~

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now