BMS2-Eleven-

1.5K 159 14
                                    

Seperti biasa selepas waktu persekolahan berakhir seyeon menjalankan tugasnya membuang sampah. Dia berjalan di koridor kelas selepas selesai membuang sampah dan ditangannya memegang bakul sampah yang sudah kosong.

'Ah, ya! Aku disuruh pergi atas bumbung, kan? Oleh budak yang rupa macam toki tu. Apa yang dia nak bincangkan agaknya... lagipun tadi aku tak terfikir nak menolak" gumam seyeon dalam hatinya.

Masuk sahaja seyeon kedalam kelas Jeon menegurnya.

"Selamat pulang! Ah, seyeon! Kau dah habis bertugas, belum?" Tegur Jeon dengan cerianya.

Didepan pintu seyeon memandang wajah ceria Jeon. Seyeon pula bermuka masam.

"Tak, aku ada benda lagi nak kene buat..."

"Hei! Tengok ni, seyeon!" Jeon memintas ayat seyeon. Dia menunjukkan sesuatu pada seyeon. "Gadis yang baik dengan aku tu pinjamkan aku CD dia! Dia suruh aku cuba nyanyi lagu ni masa karaoke nanti. Kau minat tak dengan group ni, seyeon?" Jeon menunjukkan album group yang terbaru pada seyeon.

Seyeon menghalakan kakinya pada papan hitam lalu mengambil duster dan menuju ke tingkap untuk membuang sisa habuk pada duster itu. Kelas pula sudah kosong kerana ramai pelajar sudah pulang kerumah. Seyeon langsung tidak memandang kearah Jeon. Perasaan nya masih sakit tentang kejadian masa rehat tadi.

"Hmm. Baguslah dia pinjamkan" seyeon bersuara sinis. "Gadis hari tu ye? Yang kau cakap kau suka tu." Seyeon memukul duster itu dengan kasar.

"Ya, yang tulah. Baik kan dia tu?" Jeon memuji pula gadis tu. Ceria sahaja dari mendengar nada suaranya.

Hati seyeon bagai dirobek robek oleh seekor harimau bintang. Sakit telingannya, tetapi sakit lagi hatinya.

"Malangnya aku tak minat group tu." Luah seyeon. Diketuk ketuk duster itu di tingkap.

"Ya- yakah?"

"Teruknya citarasa dia."

"Ke- kenapa ni? Kau tak pernah kutuk orang lain. Kau tak macam biasalah, seyeon."

Seyeon menahan perasaanya. Ditahan air matanya yang hampir menitis.

Betul katanya. Aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Sejak bila perangai aku jadi teruk macam ni.

"Kau baliklah dulu, Jeon." Seyeon menundukkan wajahnya dan berpusing lalu melangkah ke depan kelas mahu meletakkan kembali duster itu ditempatnya.

"Eh, kenapa?" Soal Jeon naif.

"Aku kena jumpa seseorang lepas ni."

Dia cuma belum cakap yang dia suka aku.

Itu saja, jadi...

"Biar aku tunggu kau, okey? Seyeon..."

"Tak payahlah! Kan kau boleh balik dengan gadis yang kau 'suka' tu.." suara seyeon sudah tergetar getar.

Kenapa aku rasa macam nak menangis?

"Seyeon.. kau marah dekat aku ke..?

"Tak.. tak adalah! Aku cuma bad mood sikit hari ni" seyeon memegang pemegang pintu kelasnya. Air mata diseka menggunakan tangan sebelah lagi. "Jadi kau balik jelah dulu. Aku mungkin akan lama."

"Sorilah, seyeon. Tapi aku akan tunggu kau disini." Jeon tersenyum walaupun tidak dilihat oleh seyeon.

Walaupun aku tak pandang dia, aku tahu. Dia pasti kelihatan amat sedih sekarang.

×××××

[Rooftop]

Entah kenapa seyeon menjejakkan kaki di bumbung sekolah untuk berjumpa kwangsoo.

"Kenapa ni, seyeon? Kau tak sihat ke?" Soal kwangsoo prihatin. Didekatkan tubuhnya menghampiri seyeon yang sedang menyandarkan tubuhnya pada pagar besi.

Seyeon seperti seorang yang baru putus cinta dan akan mati kering disitu kerana mengeluarkan air mata yang terlalu banyak.

"Lebih tepat lagi kalau kata otak aku tak berapa sihat. Fu fu fu fu.." seyeon seperti manusia yang bakal bertukar menjadi zombie.

"Err kau okey ke tak ni?" Kwangsoo pula sudah berasa pelik dengan seyeon.

"Aku rasa benci sangat pada diri aku sekarang sebab aku bersikap camni.." kata seyeon sendirian.

Kwangsoo tersenyum sinis

"Kau ni lembut hatilah ,seyeon. Aku ajak kau keluar tiba², tapi kau setuju jugak." Kwangsoo dengan beraninya meletakkan tangannya dibahu seyeon. "Pelajar pertukaran yang ganas tu mesti dah banyak menyusahkan kau, tapi kau masih lagi..."

Seyeon memotong kata² kwangsoo.

"Hei! Walaupun rupa dia nampak menakutkan, tapi dia sebenarnya..."

"Aku suka kau. Gadis macam kau ni comeeel sangat. Sesuai dengan aku." Kwangsoo memegang dagu seyeon agar memandangnya. Wajahnya pula dikacakkan sehabis boleh.

Seyeon termanggu

"Suka"?

Tadi dia cakap suka aku ke?

Dia kata suka aku.

"Hei, apa pendapat kau tentang aku?" Kwangsoo bersuara lagi.

"AH HA HA HA!" Seyeon tergelak dan tangannya laju mencubit tangan kwangsoo yang masih sesedap hati diletakkan memeluk bahunya. "JANGAN TIPU! Dan jangan sentuh aku!"

"Apa kau cakap ni? Aku tak-"

"Dah, dah, dah. Aku tahu kau merepek je tadi. Aku tak rasa pape pun bila kau cakap camtu. Terima kasih jelah. Aku tak suka orang yang pandai cakap manis." Seyeon menolak tubuh kwangsoo yang berada dekat dengannya.

Bodoh betul aku ni. Dia sering tunjukkan aku perasaannya tanpa perlu ucapkan kata² manis macam tu, tapi...

Seyeon tersenyum kembali. Terus dia teringatkan Jeon. Perasannya bersalah pula membiarkan Jeon menunggunya keseorangan dikelas.

Seyeon bangkit dari duduknya. Lalu membersihkan bahagian punggungnya yang berhabuk.

"Itu je ke yang kau nak bincang dengan aku? Kalau gitu aku pergi dulu lah. Aku kena minta maaf dengan Jeon." Kata seyeon siap diangkat tangan sebelah nya.

"Tunggu!!" Jerit kwangsoo menghentikan langkah seyeon.

Kwangsoo juga bangkit dari duduknya lalu dia mendekati seyeon. Seyeon mendongakkan kepalanya kerana kwangsoo terlalu dekat dengannya.

'Kenapalah aku selalu dikelilingi lelaki lelaki yang pelik' gumam hati seyeon.

"Pelik betullah kau ni. Tak pernah ada gadis tolak aku"

"Kau tu yang pelik."

"Ah, biarlah lagipun ni semua cuma pembuka kata je. Haha." Kwangsoo ketawa sinis dan dia merenggangkan lengannya.

Dengan kasarnya kwangsoo menjengkam kedua dua bahu seyeon.

"Baik aku terus terang sekarang. Toksahlah kita nak buang masa lagi."

Seyeon terkejut dengan perubahan kwangsoo yang tiba².

"Maaf, tapi aku takkan lepaskan kau pergi sehinggalah kau setuju."kwangsoo menarik nafas dalam dan kemudian menghembusnya. "PINJAMKAN AKU DUIT. 2 ribu je." Kata kwangsoo dan seyeon membuat poker face.

Seyeon tidak tahu apa yang patut dia rasa sekarang. Dipandang wajah kwangsoo yang seperti sedang mengancamnya.




[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now