BMS2-Five-

1.4K 160 2
                                    


Kali pertama aku jumpa kau..
Badan kau lencun dan penuh dengan luka².

Kau pandang aku dengan mata seperti haiwan liar yang ketakutan.

Hari tu juga hujan....

Sama seperti hari ni.

"Seyeon biar aku pegang payung tu. Lagipun ia payung aku. Dan aku lagi tinggi." Dipandang seyeon yang separas dengan bahunya. Gaya percakapan Jeon pula seperti budak 5tahun.

"Tak apalah, kau kan baru keluar hospital. Luka kau belum baik betul kan?" Kata seyeon. Nasib la payung yang dibawa Jeon ini besar saiz nya dan muat lah untuk seyeon dan Jeon.

Masa ni Jeon dan seyeon sedang berjalan pulang dari sekolah.

"Eh... tapi..tapi"

"Kalau kau tak nak aku pegang, takpelah. Biar aku lari balik rumah je." Seyeon membuat muka selamba pada Jeon.

"Jangan! Aku nak kongsi payung dengan kau, seyeon!" Jeon memeluk leher seyeon tiba².

"Okey, okey. Sorilah. Kau buat aku jengkel tadi." Hampir terlepas payung dari tangan seyeon. Sudah lah Jeon lebih tua setahun darinya. Ingatkan Jeon sebaya dengannya. "Tapi tak sangka kau rajin bawak payung, Jeon. Ramalan cuaca kata hari ni sepatutnya cerah."

"Aku dah jangka hari ni akan hujan melalui bau angin." Kata Jeon naif.

"Heh! Bau angin ye." Seyeon layan sahaja Jeon. "Aku harap salji akan turun. Sejuknya." Seyeon memandang ke langit sambil sebelah tangan nya ditiup bagi menghangatkan tangannya yang sejuk.

"Kau suka salji? Aku boleh jangka juga bila salji akan turun! Biar aku jadi orang pertama yang beritahu kau bila salji akan turun!" Jeon tersenyum menunjukkan eyesmile nya.

Dia terlalu naif sampai tahap menyusahkan. Dia senyum seperti kanak² yang ceria tanpa masalah.

Tapi beberapa hari lepas, di depan mata aku sendiri, dia hampir terbunuh. Rupa² nya hidup dia sentiasa diburu dan diancam kerana harta yang diwarisinya.

Keadaan berbahaya seperti itulah yang membangkitkan kebuasan dalam dirinya.

"Sesiapa pun mesti rasa takut. Aku pun takut dengan diri sendiri"

Setiap kali dia sakiti orang lain, dia akan salahkan diri sendiri.

Hidupnya penuh dengan ketakutan dan rasa bersalah.

Seyeon tiba2 terdiam dan wajahnya ditundukkan.

"Kenapa, seyeon?" Tegur Jeon melihat seyeon tiba² mendiamkan diri.

"Tak... tak ada apa². Aku cuma fikir betapa seronoknya kalau salji turun..."

VROOOMMM ~

Seyeon yang masih lagi trauma akan kejadian Jeon dilanggar itu segera menolak Jeon ketepi.

"Jeon, jaga².." seyeon menolak tubuh Jeon kebahagian tepi jalan.

"Oo... oh, teksi biasa je rupanya. Sori lepas kemalangan hari tu, aku paranoid sikit." Seyeon sudah malu. Merah sudah pipinya. "Aku ingat tu percubaan untuk membunuh kau lagi."

Jeon memandang wajah seyeon. Kemudian tangannya memegang bahu seyeon. Tangan seyeon pula masih didada Jeon.

"Kau ni baik betullah, seyeon. Selalu fikirkan aku. Kau pegang payung untuk pastikan aku tak basah, ya? Kau tak perlu buat camtu. Tengok lencun baju kau." Jeon menyelak rambut seyeon. Nada suara Jeon pula sudah bertukar romantic >o<. Dihelus lembut rambut seyeon. Wajah seyeon sudah kemerah merahan. Kemudian Jeon memeluk seyeon.
"Badan kau pun sejuk..."

SREEETTT ~

Bunyi dencitan tayar kereta mengejutkan seyeon dari terus hanyut didalam dakapan Jeon yang hangat.

"ITU SEBAB PAYUNG TU TAK CUKUP BESAR UNTUK DUA ORANG!" Seyeon menolak tubuh Jeon. "TAPI BADAN AKU SIHAT DAN KUAT, JADI JANGANLAH RISAU!" Seyeon mencover dirinya yang sedang malu. "Baik kau jaga kesihatan diri sendiri!" Seyeon mengambil payung yang telah tercampak tadi. Dikibas payung itu. "Luka kau belum sembuh betul kan?!"
Jeon sudah pelik dengan seyeon yang kelam kabut.

Jantung seyeon kini mula aktif mengepam darah dan membuatkan jantung nya berdegup kencang seperti sedang berlari.

"La-lagipun mungkin sedara kau masih tak nak lepaskan kau." Seyeon memalingkan wajahnya dari memandang Jeon.

Tiba² datang seorang lelaki yang dijumpai seyeon di mall dan tempat dia diculik. Lelaki itu masih lagi memakai pakaian nya yang comot. Dia memandang Jeon.

Jeon juga terasa dirinya diperhatikan menoleh kebelakang. Lelaki itu menanggalkan spek hitam nya. Jeon terkejut memandang lelaki itu begitu juga dengan seyeon.

"Alamak... cepat lari, Jeon!!! Aku nampak lelaki tu hari tu! Aku tak tahu siapa dia tapi dia amat mencurigakan.. "

Jeon dan lelaki itu saling berbalas renungan. Kemudian lelaki itu berlari menghampiri Jeon.

Jeon juga berlari menghampiri lelaki itu. Apabila semakin dekat Jeon melompat keatas badan lelaki itu.

"Jangan, Jeon!! Kau tak boleh....."

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now