Jeon dan lelaki itu saling berbalas renungan. Kemudian lelaki itu berlari menghampiri Jeon.
Jeon juga berlari menghampiri lelaki itu. Apabila semakin dekat Jeon melompat keatas badan lelaki itu.
"Jangan, Jeon!! Kau tak boleh....."
Seyeon menutup matanya. Tidak sanggup pula mahu melihat."ANAKKU!!" Pak Jeon memeluk Jeon.
"AYAHH!!" Jeon juga berpelukan dengan ayah nya. Kakinya sudah memeluk pinggang ayah nya.
Seyeon pula terkebil kebil melihat drama kekeluargaan dihadapannya.
"Saya betul² risau... Toki kata ayah dah mati tapi saya tak percaya."
"Si lembap tu! Tak mungkin ayah boleh mati selagi anak kesayangan ayah ni masih hidup!"
"Ayah... dan anak?" Seyeon membuat riak -_-.
"Dah besar anak appa ni!" Pak Jeon melambung lambung Jeon keatas (macam timang baby tu xD)
"Tinggi lagi! Tinggi lagi!" Pinta Jeon. Tangan didepakan.
_________
"Apa khabar? Pakcik lah ayah Jeon. Sama kan rupa kami?" Ayah Jeon mengusap rambut Jeon. " pakcik dah lama terpisah dari diorang."
"Rupa tak sama sangat tapi rambut sama² selekeh. Tapi kenapa Toki tak beritahu pakcik dah balik.."
Jeon menolong toki meletakkan cawan diatas meja yang dibawa oleh toki.
"Saya pun baru jumpa dia beberapa hari lepas." Toki datang bersama dulang. "Tak sangka dia masih hidup, sedihnya... errr maksud saya, gembiranya saya. Hmph!" Toki memalingkan wajahnya sambil membuat riak meluat campur marah. Nada suara nya pula seperti tidak ikhlasxD.
"Hei, kenapa nada macam tu! Cara kau cakap macam aku ni pengganggu je!!! Malah kau berani beritahu Jeon yang aku dah mati!" Marah pak Jeon.
Mereka ni memang suka bergaduh manja². Tidak payah dirisaukan.
"Salah siapa aku kena lari sembunyikan diri dari pemiutang² tu semua?" Suara pak Jeon sudah meninnggi.
"Bergaduh?" Sekali lagi seyeon membuat riak -_-.
"Ah, pedulikan dia. Jom kita mandi sesama hari ni Jeon♡. Ayah pasti anak ayah dah membesar serba serbi." pak Jeon memeluk bahu Jeon yang sedang memegang cawan. Mukanya pula seperti seorang miang.
"CELUPARNYA!! Serba serbi apa?!" Toki pula sudah marah. Jarinya menunjuk pada pak Jeon. "SAYA, TOKI TAKKAN MEMAAFKAN KECELUPARAN SEBEGITU!!!" Dihampiri pak Jeon yang semakin erat memeluk Jeon.
"Saya dah sediakan mandian ros untuk Jeon. Saya akan tolong gosok belakangnya." Toki sedang memegang sebakul bunga ros yang entah dari mana datangnya. Kakinya menendang pak Jeon dan tangannya pula menolak kepala pak Jeon.
"Itu je? Aku akan cuci rambut dia dengan syampu yang tak pedihkan mata!" Pak Jeon juga membalas nya dengan menendang perut Toki dan ditolak kasar muka toki. Mereka sudah bergaduh.
"Saya nak mandi sendiri!!" Jerit Jeon bagi menghentikan pergaduhan mereka.
Seyeon hanya melihat sahaja drama kedua kekeluargaan ini. Dalam hati dia terfikir 'Aku dah faham sekarang. Sebab orang² tua yang camnilah Jeon bersikap kebudak budakan.'
Selepas perang antara Toki dan pak Jeon tamat toki dan Jeon menuju kedapur. Jeon menolong Toki membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan.
Pak Jeon memandang seyeon yang mendiamkan diri. Kemudian dia tersenyum.
"Seyeon bukan? Sori sebab libatkan awak hari tu. Pakcik dengar banyak tentang awak dari Toki." Pak Jeon memetik mancis ditangannya.
Seyeon terkejut namanya disebut. "Tak, saya pun kurang sopan. Tapi saya gembira Jeon dapat jumpa Ayah nya semula. Pakcik takkan tinggalkan dia lagi kan?" Seyeon mengusap belakang kepalanya.
Dari dapur suara Toki kedengaran. "Ayah awak boleh makan berus dawai ni."
"Kejam nya Toki."
Pak Jeon memegang misainya dan diusap lembut. "Ya pakcik rasa bersalah pada Jeon. Pakcik tak dapat besarkan dia dalam suasana normal. Perangai dia camtu, tapi dia sebenarnya dah 18 tahun. Terkejut tak? Awak mesti dah lalui banyak kesusahan kerana dia kan? Pakcik cuma ajar dia cara untuk hidup."
"Sebenarnya saya tak rasa dia menyusahkan.. Memanglah dia tak tahu banyak pasal kehidupan di bandar dan dia selalu bersikap kebudak budakkan. Tapi saya rasa gembira dapat bersama dia. Hanya dengan berada di sisinya.. hanya dengan melihat dia senyum, saya dah cukup gembira." Seyeon tersenyum tanpa sedar.
Pak Jeon pula terkesima dengan ungkapan seyeon.
"Heh♡... begitu.. Hmm.." Pak Jeon meletakkan tangan didagu sambil tersenyum senget kearah seyeon.
"Tapi kami tak pernah buat lebih², maksud saya.. uhmm... KAMI TAK PERNAH BUAT TU!!!" seyeon sudah gelabah dengan pandang pak Jeon yang semacam. "Ah! Dah lewat ni! Saya balik dululah!" Seyeon pura² melihat jam yang memang tiada pun di pergelangan tangannya. "Saya takde masa nak borak dengan orang tua gatal! Gatal part yang tak betul pula tu." Seyeon segera bangun dari tempat duduknya. Lalu dicapai beg yang berada disebelah tempat duduknya tadi. Kakinya cepat2 menghala ke pintu.
"Eh? Kau dah nak balik?" Tegur Jeon yang sudah selesai membasuh pinggan mangkuk.
Seyeon membuka pintu dan sempat menyapa Jeon. "Jumpa lagi!"
"Tunggu biar aku teman kau." Kata Jeon.
"Jeon" panggil pak Jeon.
Seyeon pula sudah keluar dari rumahnya. Jeon mencapai baju sejuknya dan memberhentikan langkahnya apabila namanya dipanggil.
"Mari sini. Ayah ada sesuatu nak cakap."
Toki pula hanya mendiamkan diri di dapur. Tidak mahu masuk campur perbincangan anak beranak itu.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.