BM-Six-

2.2K 195 12
                                    

Seekor anjing sedang menjilat jilat jari Jeon .

Jeon Kook .. dia amat disukai oleh haiwan.

"Ah! Comelnya anjing tu!"

"Boleh kami usap dia..?" Tegur seorang budak sekolah rendah.

Jeon mengangkat badan anjing tu dan disuakan kearah dua budak yang menegurnya itu dengan pandangan mata yang tajam.

"Sudah tentu " kata Jeon.

Budak itu terperanjat dan mengundur kebelakang. Muka mereka kelihatan pucat.

"Yahhhh! Takutnya! "

"Maafkan kami! "

Mereka berdua berlari meninggalkan Jeon yang kelihatan sedih.

Tapi ditakuti oleh manusia.

Kim seyeon.. pula mudah rapat dengan semua orang.

"Selamat pagi! "

"Hei, seyeon! "

"Selamat pagi, seyeon "

Setiap pagi seyeon akan disapa oleh seluruh warga sekolah. Famous tak hehe.

"Hei, Jeon! Kau tengah buat apa..." seyeon terkejut sambil membulatkan matanya.

Anjing yang berada ditangan Jeon juga turut terkejut dan dia dapat rasa aura yang negatif pada seyeon.

"BUKANKAH ITU ANJING?! AKU NAK PEGANG!" Jerit seyeon tiba2 dan menerkam kearah anjing itu.

"Auuuuuuf!! (Selamatkan diri)" anjing itu melarikan diri dari ditangkap seyeon.

Semasa ingin mengejar anjing itu seyeon terjatuh dan tergolek ketanah.

"Seyeon... (tak tahu apa nak buat)"

Tapi binatang bencikan nya. Sebab dia terlalu bersemangat bila nampak diaorang.

Chirp chirp ~

"Se.. seyeon! Janganlah sedih!"

"Aku tak perlukan simpati... aku memang orang yang dibenci." Seyeon menyandarkan tubuhnya pada pagar besi diatas bumbung sekolah. Air matanya laju mengalir. "Tak kira apa aku buat, sepanjang 17 tahun ni aku tetap dibenci oleh binatang.. "

"Kau bukan orang yang dibenci! Kau sangat baik dan disukai ramai!" Kata Jeon bagi menceriakan hati seyeon kembali.

"Mungkin seumur hidup aku pun takde binatang nak dekat dengan aku... " seperti mati anak pula seyeon bersedih.

"Bukan macam tu! Semua binatang sayang kat seyeon! Seyeon! Cuma seyeon...seyeon ada sedikit...berusaha keras. " kata Jeon dengan ayat yang melalutnya.

Chirp chirp. Beberapa ekor burung pipit hinggap di pagar besi. Jeon memandang burung pipit itu.

"Seyeon.. " tiba2 Jeon memeluk seyeon dari arah belakang. Posisi masih duduk. Seyeon tersentak.

"Kau.. kau buat apa?!" Marah seyeon

"Shh.. jangan bergerak." Jeon memberi isyarat dengan meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kemudian dia bersiul memanggil burung pipit itu. "Jangan takut. Mari sini.. dia kawan aku." Kata Jeon pada burung itu yang sedang memandang Jeon dan seyeon.

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now