"Ya, jangan bimbang. Dia nampak sihat. Rasanya dia tak makan apa2 yang merbahayakan." Kata dokter merangkap appa seyeon.
"Terima kasih banyak!" Ucap Hanna.
"Aku tak tahu rumah kau sebenarnya klinik haiwan." Jeon duduk dikerusi yang boleh berpusing tetapi menghadap seyeon.
"Ya!"
"Kamu ni Jeon, kan? Anak ahjussi selalu cerita pasal kamu. Betullah rupa kamu ni unik." Appa seyeon tersenyum memandang Jeon.
Jeon yang terkejut tiba2 nama nya disebut berdiri tegak dihadapan appa seyeon. "Se.. selamat berkenalan!" Jeon menundukkan kepala tanda hormat.
Seyeon pula mengangkat tangan menunjukkan thumb up.
"Nampaknya ayah seyeon pun tak takut pada dia juga." Kata Hanna.
_____
"Eh? Seekor anjing liar tiba2 muncul dan menyerang korang semua? Bahayanya." Appa seyeon menunjukkan riak risau. Dibetulkan kaca matanya yang senget.
"Ya, ia adalah anjing Shepard yang besar. Jeon baling batu kat dia, pastu kami larilah." Cerita seyeon sambil tangannya juga turut bercerita.
"Anjing tu.. mungkin ia anjing jiran kami dulu. Setengah tahun dulu ia masih kecil dan ia berkawan baik dengan maron.. tapi jiran kami terpaksa berpindah dan dia tak dapat bawa anjing tu bersama." Kata Hanna sambil diusap usap kepala Maron.
"Hmm.. tapi mungkin juga ia anjing lain yang dibuang. Ada pemilik anjing yang ikat dan buang anjing mereka di hutan.. kalaupun anjing itu selamat, ai akan menjadi liar dan ganas." Terang appa seyeon. Sebelah tanganya diletakkan dibawah dagu. "Nasib anjing camtu memanglah menyedihkan, tapi kalau ia merbahayakan manusia ia terpaksa ditembak. Pusat perlindungan haiwan pun takkan menerimanya."
Tiba2 maron yang berada dipelukan Hanna ketakutan. "Kenapa ni, maron? Adakah kau bimbang tentang anjing tu?" Hanna memeluk erat tubuh maron bagi menghilangkan ketakutannya. "Maaflah tapi takde apa yang boleh aku lakukan.
Seyeon hanya menunduk memikirkan nasib anjing itu.
Selepas hanna pulang bersama maron, seyeon keluar senyap2 dari rumahnya. Belum sampai selangkah dia mahu keluar dari kawasan rumahnya tiba2 Jeon menegurnya.
"Seyeon, kau nak pergi mana? Kau nak cari anjing tu kan?"
"Hehe, tekaan yang tepat." Seyeon menggaru belakang kepalanya. "Tapi rasanya aku tak boleh serahkan ia pada pusat perlindungan haiwan."
"Jadi kau nak bela ia di rumah kau." Balas Jeon. Nada nya kelihatan serius. "Mustahil kau boleh buat camtu seyeon."
"Ke... kenapa? Apa salahnya!" Marah seyeon.
"Anjing tu sangat besar dan ganas. Ia boleh cederakan kau"
"Layak ke kau cakap pasal keganasan?! Kau pun...."
"Aku tahu aku mungkin lagi ganas darinya tapi... kau takkan dapat kawal dia sebagaimana kau kawal aku. Ia adalah binatang liar yang tidak lagi jinak. Ia takkan dengar arahan dari manusia." Kata Jeon dan wajahnya memang sedang serius. "Kau silap besar kalau kau ingat kau boleh jinakkan dia dengan kasih sayang dan kebaikan."
Seyeon memandang Jeon dengan perasaan marah campur terkejut.
"Kau... " tubuh seyeon menggigil menahan marah. "Kau adalah Jeon, kan?! Berani kau menasihatkan aku?!" Seyeon menarik kuat kedua belah pipi Jeon.
"Aku tak nak layan kau baik2 lagi! Jangan cuba ikut aku! Tak guna, Jeon! Benci kau! Benci kau!" Dengan perasaan marahnya seyeon meninggalkan Jeon yang sedang menahan kesakitan dicubit pipinya.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.