"Awak adalah kim seyeon, bukan? Tolong jangan buat bising. Saya dah lama tunggu peluang untuk awak bersendirian..."
"TIDAKKKKK!!!!" jerit seyeon. Jeon yang kebetulan masuk ke simpang itu juga turut terkejut.
"Tidak! Tidak!! Tidak!!! Seyeon memijak lelaki yang cuba mengganggu nya itu.
"Apa?" Jeon terperanjat dengan tindakan seyeon yang agak ganas.
"Aku bunuh kau kalau kau cuba rogol aku!!!" Seyeon masih lagi memijak dengan kejam. Tiada belas kasihan.
"Se...seyeon. kau tak apa2? Rupa kau macam aku bila aku tengah mengganas." Jeon cuba menenangkan seyeon.
"Jeon! Tepat pada masanya! Tolong aku belasah dia!"
Jeon memandang pada lelaki yang sudah lunyai dipijak oleh seyeon. Matanya membulat memandang lelaki itu.
"Toki!" Meluru Jeon kearah penjaga nya. "Toki, awak tak apa2?"
"Eh? Toki?"
Chirp chirp (bunyi burung)
________
"Maafkan saya kerana salah faham yang berlaku tadi." Sambil duduk bersimpuh toki menundukkan tubuhnya dihadapan seyeon. Jeon pula setia dibelakang toki.
"Nama saya Klye Tokizaburou Rosenburg. Saya adalah penjaga Jeon." Toki memperkenal kan dirinya pada seyeon yang pertama kali berjumpa dengannya.
"Heh... ini ke toki? Rupa dia biasa biasa je..." seyeon memalingkan wajahnya sambil menggaru pipi. Tak gagah pun.
Toki seorang yang berambut panjang paras leher dan sudah agak berusia.
"Ken... kenapa tunjukkan reaksi hampa pulak?!" Kata toki sambil air mata meleleh.
"Kalau dia tak cedera, rupanya lebih berkelelakian!" Kata Jeon dengan semangatnya.
"Terima kasih Jeon.. awak memang baik hati seperti bidadari." Toki memeluk erat Jeon seperti memeluk anak patung. "Demi awak, Toki sanggup korbankan nyawa sendiri."
"Toki... janganlah begini, malulah..." mereka berdua sudah mula membuat drama sendiri.
"Apa kena diaorang ni?" Kata seyeon.
"Toki tiba2 rasa haus pulak." Toki memegang bahu Jeon.
Jeon mengangguk. "Ah! Kalau macam tu biar saya pergi beli air! Ada air yang berbuih tau!"
Sambil berlari kepintu Jeon menjerit "saya akan balik secepat mungkin!"
Selepas menghalau Jeon tiba2 raut wajah toki berubah kepada lebih serius.
"Itu taktik yang keji untuk buat dia pergi dari sini." Kata seyeon sinis.
"Mari kita bincang sekarang, seyeon.."
"Tentang apa?" Balas seyeon.
"Saya rasa awak dah tahu rahsia Jeon."
Seyeon terkesima. Oh tentang ini.
"Tentang dia jadi ganas bila nampak darah..? Balas seyeon.
"Tepat sekali." Toki mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Sila simpan alat ini. Saya harap seyeon boleh gunakannya untuk melindungi Jeon." Toki menghulur Sebuah alat seperti sumpit. Dihujungnya berbentuk bibir. Buruk betul alat tu.
"Apa benda ni? Peliknya... adakah wisel?" Seyeon memegang alat yang buruk itu.
"Bentuknya dah diubahsuai sesuai dengan gadis remaja. Ini adalah alat sumpitan berkelajuan tinggi. Jarumnya mengandungi ubat bius yang boleh membuat seekor singa tidur dalam 2 saat." Terang toki.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Подростковая литература+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.