Jeon Kook... Dia kembali semula ke bandar ni. Matanya sangat tajam...
Dan rupanya seperti harimau bintang.
HYUUU ~
Jeon bertenggek diatas pagar besi diatas jambatan. Matanya yang tajam memerhatikan sekitarnya. Dia seperti sedang menantikan seseorang.
"Hei... apa dia buat?" Bisik seseorang dibelakang Jeon.
"Biarkan dia. Jangan pandang!" Kawan nya pula memberi amaran dengan berbisik juga.
Semua orang yang nampak dia mesti rasa takut.
Jeon memandang ke satu arah setelah mangsa yang dicari sudah dijumpainya.
Yang dia cari adalah.....
"Ah.." Seyeon mendongak pada bayangan seseorang diatas jambatan.
Setelah Jeon memastikan yang dia sudah memastikan dialah mangsanya Jeon segera melompat dari atas jambatan itu
"Wahh!!" Dua orang yang dibelakangnya tadi turut terkejut. Lalu mereka melihat dibawah jambatan itu. Mereka sangka Jeon terjatuh dari situ.
Jeon mendarat dengan selamat diatas jalan dan dihadapan seyeon.
Jeon terus menerpa kearah seyeon.
"Seyeon, selamat pagi!" Jeon memeluk bahu seyeon. Pipi pula sudah melekat dengan pipi seyeon. Berbunga bunga wajahnya apabila berjumpa dengan seyeon semula.
Aku. Dia sangat rapat dengan aku.
Rupanya mungkin menakutkan, tapi dia sangat baik dan berhati suci. Seperti kanak² yang tak tahu apa² tentang dunia sebenar. Dia adalah budak liar yang dibesarkan di hutan. Sebab itulah dia seperti binatang buas.
"Hentikan. Kau buat orang yang tengok takut!
"Aku bangun awal, tunggu kau dari pagi tau. Buatlah 'cayang dia cayang dia' kat aku."
Jeon sudah memeluk pinggang seyeon dan dia pula menyandarkan kepalanya diperut seyeon.
Seyeon mengusap kepala Jeon dan menyebut 'cayang dia cayang dia'. Sambil membuat muka -_-. Layankan jelah seyeon.
___________
Ding dong~
"Macam mana aku boleh takut dengan rupa dia dulu. Comelnya." SeokGi juga sudah berani mendekati Jeon dan tangannya mengusap usap rambut Jeon yang sememangnya serabut.
"Tak ramai orang yang takut dengan dia lagi. Sebab personalitinya."
Dari jauh mika dan jim sedang berborak borak mengenai Jeon. Mereka berdua dok bergosip di meja seyeon.
Seyeon pula tersenyum gembira melihat perubahan rakan sekelasnya yang sudah mula menerima Jeon.
"Dia cakap kena pindah luar negara, tapi dia balik semula. Masalahnya yang berkaitan dengan harta warisan tu dah selesai?" Kata jim kepala ditoleh melihat Jeon yang sedang dikerumuni rakan2 sekelas lelaki dan juga perempuan.
Sebenarnya dia sangat kaya. Walaupun tak nampak cam kaya. Dia warisi harta berjumlah 120 juta dari datuknya. Sebab tulah dia selalu berdepan dengan situasi bahaya. Sepatutnya dia pindah semula ke luar negara, tapi.....
"Jadi dia pertaruhkan nyawa untuk bersama dengan seyeon ya!"
"Semata mata demi kau? Kuatnya cinta dia."
Jim dan mika sudah memandang seyeon dengan wajah gatal mereka. Seyeon pula tertoleh toleh kepalanya memandang silih berganti jim dan mika yang berada dihadapannya.
"Tak bukan macam tu.." sangkal seyeon.
"Merah padam muka dia. Kau dah dilamun cinta ya?" Usik mika.
"Ya.." kata seyeon perlahan. Dia menundukkan wajahnya kerana malu.
Sebenarnya inilah kali pertama aku jatuh cinta pada seseorang. Aku pun tak tahu apa yang patut aku buat.
"Tapi sekarang dia dah popular di kalangan gadis kan?"
"Yalah, dia kan baik, kaya pula tu. Sebagai girlfriend dia, kau tak bimbang ke? Perempuan tu selalu target lelaki kaya." Mika semakin suka pula mengusik seyeon.
"Hmph!" Seyeon menongkat dagu. Bibir di muncungkan kehadapan. "Mana ada." Tipu seyeon sambil matanya menjeling kearah Jeon. Sebenarnya dia sangat lah bimbang.
"Betul juga, takde sebab untuk kau bimbang. Jeon suka kau sorang je, seyeon. Mesti dia beritahu kau hari² yang dia cintakan kau, kan?" Duga mika.
Seyeon terkesima. Dia terperasankan sesuatu. Dia menegakkan tubuhnya.
"Dia tak pernah cakap pun.." kata seyeon dungu.
"Ek....." mika terdiam dan saling berpandangan dengan jim.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Novela Juvenil+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.