BMS2-FOUR-

1.6K 168 28
                                    

"Siapa korang ni? Makcik ni ke sedara jauh Jeon." Seyeon memandang seorang wanita dalam lingkungan 30an yang duduk lagak seperti orang kaya belagak dihadapan seyeon.

Disekeliling seyeon penuh dengan lelaki yang diagaknya orang upahan wanita itu.

"Ingat sikit, kerana mulut badan binasa. Baik awak duduk je kat situ diam²." Wanita itu berambut pendek paras leher dan diwarnakan blonde. Dia memandang angkuh kearah seyeon. Kaki pula disilangkan. "Kami cuma tahan awak supaya budak Reo tu sign dokumen. Lepaskan semua harta warisannya. Dokumen ni akan sah mulai esok. Kami takde niat nak cederakan awak jadi toksahlah susah payah lepaskan diri. Sia² je kalau awak cuba pun. Sekeliling awak penuh dengan orang kuat² yang saya upah." Wanita itu membebel sendiri. Seyeon pula sudah panas telinga mendengarnya. Dasar makcik tak matang.

"Kenapa susah payah buat camni?! Apa kata tanya je pendapat Jeon tentang warisannya? Ingat mudah ke nak takutkan saya?!" Seyeon sudah mula berasa marah. "Lagi satu dia cedera, tengah berehat! Ingat dia akan datang sini ke?! Kalau nak sign pergi jumpa dia sendiri larh!!!" Seyeon mula meninggikan suaranya. Tak guna punya orang tua.

"Saya tak peduli dia cedera ke, nazak ke. Kalau dia tak datang, nahas awak nanti. Lagipun budak tu ganas dan buas. Bagus jugak dia cedera." Kata wanita itu bersahaja.

"Apa makcik cakap?!!" Seyeon sudah ingin mengamuk hingga dia bangun dari kerusinya. Tiba2 bahunya disentuh seseorang. Seyeon menoleh memandang lelaki yang memakai spek mata hitam, baju kelabu berhoodie dan wajahnya dibiarkan tidak bercukur. Serabai sahaja penampilannya. Dia lelaki yang sama yang ditemuinya di mall (BMS2-two).

Ini lelaki yang aku nampak hari tu...
Masih kotor lagi..

"Tak guna! Memang orang jahat rupanya!" Seyeon duduk semula dan menoleh memandang lelaki itu.

"Kuat betul budak tu. Dah kena langgar pun hidup lagi. Kalau dia mati kan senang, takyah kita susah susah²." Kata wanita itu selamba.

Seyeon terkesima. Matanya dibulatkan. Perasaannya marahnya semakin membuak buak. Jika dia dia ada taring nak digigit wanita tua dihadapannya yang sungguh berlagak.

"Jadi betullah korang yang rancang kemalangan tu.."

GTAKKKK~

Pintu dibuka seseorang. Dia memasuki bilik itu dalam keadaan termengah mengah. Dibuka segala balutan dikepala dan pipinya yang masih luka. Dipandang setiap wajah yang sedang memandang tepat kearahnya.

"Jeon!" Seyeon bangun. "Kau.. kenapa kau datang? Kau kan cedera.."

"Ah! Selamat datang." Wanita itu juga menoleh kearah Jeon. Dia memang sudah lama menunggu kedatangan Jeon.

Kenapa dia...

"Lepaskan seyeon... Dia takde kaitan dalam perkara ni. Saya akan buat apa saja yang korang suruh jadi..." Jeon memegang bahunya. Nafasnya ditarik keras. Pandangan matanya jatuh pada seyeon.

Seyeon pula memandang Jeon dengan perasaan yang kesian.

Tiba² seyeon merampas fail diatas meja yang mengandungi dokumen mengenai harta Jeon.

"Ah! Dokumen tu..!" Wanita itu terkejut dengan tindakan pantas dan berani seyeon.

Tubuh seyeon ditangkap lelaki yang memakai kot hitam dan berambot blonde.

"Seyeon!" Jerit Jeon.

"Jangan ikut cakap diaorang!" Seyeon meronta ronta. Kakinya cuba menendang seorang lagi lelaki yang menghampirinya.

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now