Selepas Jeon dibawa kehospital bergegas seyeon juga ke hospital.
"Toki! Jeon..?" soal seyeon cemas.
"Seyeon.. harap awak bertenang." Toki sudah mengalirkan air matanya. Dipandang seyeon dengan perasaan sedih yang tidak dapat dibendung lagi. "Dengar cakap saya baik2.. Jeon..." dipegang bahu seyeon untuk menenangkan seyeon. Seyeon mendongak memandang toki. Dia sangat takut jika apa2 perkara buruk terjadi pada Jeon.
"Dia dilanggar di bahagian bahu sehingga kulitnya terkelar di beberapa bahagian. Dia juga mengalami calar calar.." toki memeluk seyeon. "Dia dibenarkan keluar lima hari lagi."
"Eh... apa... itu je?" Seyeon sudah menolak badan toki dan meluru masuk ke bilik wad Jeon.
"Dia mungkin cuba lompat ketika dia dilanggar, jadi kecederaannya tak begitu teruk." Toki juga masuk dan duduk dikerusi plastik.
"Apa maksud awak, dia lompat. Kalaupun dia ada naluri binatang. Tak mungkin dia dapat lakukannya." Seyeon melihat Jeon terbaring dengan kepalanya berbalut dan dikedua dua belah pipinya sudah bertampal. "Tapi saya gembira dia tak apa2.
"Salah saya sebab tak jaga dia betul2. Saya terlalu naif. Saya tak sangka mereka akan dapat kesan dia." Toki bersuara serius. Dia menggenggam penumbuk dihadapan wajahnya.
Seyeon menoleh kearah toki. "Apa.. apa maksud awak? Awak rasa kemalangan ni dirancang ke? Tapi kenapa Jeon?! Ah, sebab tu ke dia terpaksa tinggal di hutan belantara dulu?" Soal seyeon. Tapi toki hanya mendiamkan diri. "Beritahulah kenapa.. "
"Dulu saya pernah janji untuk beritahu awak segala persoalan tentang Jeon dan kehidupannya bukan. Sekarang saya dah bersedia untuk memberi penjelasan." Tiba2 muncul sebuah buku besar tidak tahu dari arah mana. "KISAH EPIK INI BERJAYA SAYA SEDIAKAN SETELAH TIDAK TIDUR SEMALAMAN! HARAP AWAK ADA TISU ATAU SAPU TANGAN!" Toki mengeluarkan sebuah buku bertajuk 'kucupan air mata sang bidadari takdir Jeon yang dikasihi.
"Takkanlah awak tak nak jawab soalan saya dulu sebab awak nak sediakan benda ni." Seyeon mengerutkan dahinya. Pelik betul sikap toki ni.
"Dah bermula, dah bermula!" Toki menyelak buku itu dengan kasar. "Lapan belas tahun dulu, sepasang suami isteri yang sukakan alam semula jadi telah dirahmati dengan seorang anak lelaki. Ya. Itulah kelahiran bidadari rimba kami, Jeon.
"Kenapa lukisan ibu dan ayah dia jauh berbeza?" Seyeon lihat lukisan pada wajah omma Jeon cantik seperti model manakala appa nya pula hanya dilukis bulatan untuk muka dan rambut garis garis. Seperti malas mahu melukis.
"Ketika dia berumur lapan tahun, ommanya meninggal dunia. Kesian Jeon."
"TUNGGU, TUNGGU, TUNGGU!!" sampuk seyeon. "TAK MUNGKIN RUPA DIA MACAM TU. Muka tu terlalu suci untuk dia. Dan tak mungkin dia ada sayap jugak!"
Di buku itu tergambar seorang budak kecil berusia lingkungan 5tahun yang sangat comel sambil matanya bercahaya dan terdapat juga sayap ditubuhnya.
"Apa maksud awak? Begitulah rupanya di mata saya. Pada majlis pengebumian ommanya, Jeon bertemu datuknya buat pertama kali. Dulu datuknya putuskan semua pertalian dengan ibunya sebab ibunya lari dari rumah. Tapi Jeon berjaya mengetuk hati orang tua yang keras kepala tu. Saya, yang ketika itu merupakan setiausaha datuknya, turut sama terpikat..."
"Kenapa rupa awak dari dulu sampai sekarang tak berubah?"
"Tak lama kemudian, datuknya pula meninggal dunia. Tetapi kematiannya membawa kejutan. Sebab dia dah tulis satu wasiat rahsia yang saya sendiri tak tahu. 'Apabila cucu tunggal saya, Jeon mencapai umur 18tahun, kesemua harta saya yang bernilai 120juta akan menjadi miliknya.' Toki membacakan juga wasiat datuk Jeon.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.