BMS2-Ten-

1.4K 164 19
                                    

Baru aku sedar tak pernah sekali pun Jeon cakap dia sukakan aku....

××××××

"Eh? suka? Siapa?" Soal Jeon. Tiba2 pula seyeon menyoalnya begitu.

"Siapa siapalah. Ramai gadis berborak dengan kau masa rehat. Kau suka gadis macam diorang ke?"

"Ya, aku suka diorang! Aku suka semua orang yang baik!" Balas Jeon ceria. "Diorang kawan aku, selalu layan aku baik²!" Sambung Jeon lagi.

Seyeon memalingkan wajahnya. Tidak mahu menunjukkan perasaan yang cemburu bercampur marahnya pada Jeon.

"Bagusnya! Dahlah lawa, baik pula tu! Jadi..." seyeon membawa telapak tangannya yang sejuk kebibir dan ditiupnya. Mahu menghangatkan tangan yang sejuk. "Uhmmm... macam mana dengan aku? Kau suka aku tak?" Seyeon tidak langsung memandang wajah Jeon.

Jeon menoleh kearah langit yang kebiruan apabila telingannya menangkap bunyi kapal terbang.

"Ah!! Tengok tu, seyeon!!!" Jerit Jeon sambil tangan ditunjukkan kelangit.

"Eh! Apa?!" Seyeon terkejut lalu mata dihalakan pada telunjuk Jeon.

"Kapal terbang!!! Kapal terbang lah!!" Kata Jeon bersemangat sambil kedua dua tangan melambai lambai kapal terbang yang sedang meluncur dilangit biru pada musim sejuk.

"Hei! Hei!"

Seyeon juga mengikut telatah Jeon yang melambai lambai.

Selepas kapal terbang memasuki dan menghilang kecelah celah awan putih Jeon berhenti dari melambai dan mengusap dahinya.

"Fuh, Best nya kapal terbang! Ah... kita cakap pasal apa tadi?"

"Tak... tak ada apa apalah." Seyeon membetulkan beg yang sudah terlondeh dari bahunya. 'Dia ni betul² macam budak². Nampak comel pulak' kata seyeon dalam hati. Dia masih meniup tangannya yang sejuk.

Jeon tersenyum memandang seyeon, lalu dia menarik tangan seyeon.

"Tangan kau sejuk ke, seyeon? Meh sini." Jeon pula meniup tangan seyeon lalu digenggam nya tangan seyeon.

Jantung seyeon sudah melakukan kerja nya iaitu mengepam darah untuk dibahagikan pada setiap saluran. Dan begitu juga dengan dugupan jantung nya yang laju bagai baru diserang oleh seekor harimau bintang.

"Hangatnya tangan kau Jeon."

"Ehehe.. yakah? Ianya hangat sebab aku bersama kau, seyeon. Aku gembira bila bersama dengan kau. Kaulah yang paling baik, yang paling hebat, seyeon." Ucap Jeon. Lalu dibawa seyeon kedalam pelukan nya yang hangat.

Tangan yang besar. Suara yang lembut. Lengan yang gagah. Kekuatan dan kelemahannya hanya aku yang tahu. Aku suka semuanya.

Pelik betul, bila dilamun cinta. Walaupun aku rasa bahagia. Tapi aku rasa risau dan pentingkan diri sendiri juga bertambah.

Contohnya, aku rasa risau sebab dia tak pernah cakap dia suka aku.

_____________

"Nak yang sama dengan Jeon la"

"Jom kita pergi karaoke sama² lain kali!"

"Jeon mendapat sambutan lagi. Tapi aku tak kisah." Seyeon menoleh kearah Jeon yang sedang membeli makanan. Dan seperti biasa dia selalu dikerumuni oleh gadis2 yang menyakitkan matanya. Ditenung Jeon dari jauh dengan pandangan mata yang tajam seperti pandangan Jeon. "Lagipun aku suka tengok dia mudah bergaul dengan orang lain"

"Jangan lah tipu, seyeon. Muka kau jelas tunjukkan. Kau nampak lagi menakutkan dari Jeon sebenarnya." Kata mika yang berada dihadapan seyeon.

Hanna juga sudah kecut perut melihat perubahan wajah seyeon yang terlalu menakutkan.

Seyeon menggigit batang chopsticks hingga menghasilkan bunyi.

Ah.... apasal aku kecik hati sangat ni? Benda kecik macam tu pun aku nak marah..

"Sedap nampak bekal kau. Kau masak sendiri?"

Tiba² muncul seseorang betul² dihadapan muka seyeon dan dia menghalang pandangan seyeon.

"Ya, sekarang tepi sikit, mengganggu je! Aku takleh nampak Jeon." Jawab seyeon selamba lalu menolak kasar wajah budak sesat tu yang sudah menghalang pandangannya.

"Tanyalah siapa aku dan apa aku nak dari kau!!!"

Seyeon melepaskan tangannya dari terus menolak wajah budak lelaki sesat tu. Lalu budak sesat tu mendekati seyeon semula. Dia meletakkan tangannya pada penyandar kerusi seyeon.

Seyeon pula terpaksa mendongak memandang budak tu. Bukan pendek cuma malas nak bangun dari duduknya.

"Aku kwangsoo dari kelas A. Apa kata kita keluar sama, Kim Seyeon. Ada benda aku nak bincang." Kwangsoo memperkenalkan dirinya tanpa ditanya oleh seyeon.

"Tapi aku tak kenal kau. Ni kali pertama kali kita jumpa."

"Jumpa kat atas bumbung lepas sekolah nanti tau." Selepas itu kwangsoo terus berlalu begitu sahaja dan lengannya dipaut oleh seorang pelajar gadis. Agaknya gadis tu buta kot

"Siapa lelaki tu..." soal seyeon.

"Kau tak kenal dia? Dia playboy, popular jugaklah kat sekolah kita. Walaupun hodoh. Dia bukan ajak kau keluar ke?" Terang mika.

"Hmm rupa dia macam Toki." Seyeon memandang bayang kwangsoo yang sudah hilang sambil mulut penuh dengan makanan.

"Tak minat lah tu."

"Sori, aku lambat. Korang sembang pasal apa tadi?" Jeon meletakkan dulang makanan nya diatas meja lalu melabuhkan punggungnya disebelah seyeon.

"Kami sembang pasal betapa feymesnya Jeon sampai ada orang tu risau. Seyeon la tu orangnya." Kata mika selamba badak je minah ni tanpa persaan bersalah pula tu.

"MANA ADA KITA CAKAP PASAL TU!!! DIAM!" Seyeon sudah menghentak meja hingga terbalik bekas makanan seyeon. Memang nak kena si mika ni.

"Eh? Feymes?" Jeon memandang dungu pada mika yang tersengih sengih kerang busuk.

"Dia cakap dia rasa gusar sebab kau tak pernah beritahu dia kau suka kan dia. Tak baik tau, camtu. Beritahulah dia sekarang ~ perempuan sensitif tau pasal benda macam ni."

"Eh..." Jeon sudah kepelikan.

"Apa tunggu lagi? Cakaplah 'aku suka kau'. Bukannya susah sangat pun." Mika semakin suka pula mengusik seyeon.

Seyeon pula sudah bangun dan mendekati mika yang mulutnya dari tadi dok pot pet pot pet tidak boleh berhenti.

"SUDAH LAH TU!!! DIAM!!" Wajah seyeon sudah kemerahan.

"Tak mahu! Aku tak mahu cakap!" Kata Jeon menghentikan kata kata mika dan tindakan seyeon dari menghentak kepala mika ke meja.

Mereka bertiga yang mendengar sendiri luahan Jeon itu masing² terdiam dan terkaku.

Lalu Jeon pergi meninggalkan mereka. "Aku lupa bawa sudu, biar aku pergi ambil sekarang." Bebel Jeon.

Selepas itu seyeon kembali ketempatnya.

"Err, sorilah... nampaknya aku dah salah taktik. Aku cuba nak bergurau gurau serius dengan dia tapi..tak sangka dia akan menolak." Ucap mika yang sudah mengaku kesalahannya.

"Haha! Lupakan jelah." Gelak yang dibuat buat seyeon

"Janganlah terasa seyeon. Mesti dia tak nak cakap sebab aku suruh."

"Taklah, aku tak terasa. Sungguh" seyeon tersenyum yang jelas menampakan dia cuba mencover dirinya.

"Betul? Nasib baik!" Mika menghela nafas leganya.

Okey, aku mengaku aku tipu. Aku betul² terasa.

Dia kata, 'aku tak mahu cakap!'



[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now