BM-Eight-

2.1K 173 9
                                    

Aku nampak dia lakukan sesuatu yang sukar dipercayai.

Seyeon terkejut kerana Jeon sedang mengacukan pisau jenis 'rembo' pada....

Jeon sangat pandai memasak.

"Kau pandai siang ikan?" Seyeon menunjukkan riak terkejut. Cara Jeon menyiang ikan sangat cermat dan isi ikan nya cantik sahaja dipotong macam dikedai2.

"Ya, boleh tahanlah." Jeon menunjukkan hasil potongannya pada seyeon yang masih dalam keadaan keterujaan.

"Tapi kenapa kau guna pisau tu?" Seyeon mengambil isi ikam yang sudah dipotong dan diletakkan di atas meja.

"Ah, aku dah biasa dengan pisau ni." Jeon beralih pula pada ikan yang seterusnya.

Appa seyeon dan Toki sedang berbual bual mesra. Ehem macam kenal dah lama je.

"Maaflah, ini cuma ikan yang saya tangkap kat sungai berhampiran." Appa seyeon menunjukkan hasil tangkapan nya.

"Ah, tak apa. Kami sangat berbesar hati kerana dijemput ke sini." Balas toki.

Hari ini kami jemput Jeon dan toki datang ke rumah. Jeon membantu menyediakan makan malam.

Seyeon mensendukkan sup pada Jeon "Nah kau punya panas tau!" Dihulur sup itu dengan berhati hati.

"Terima kasih seyeon!" Diambil mangkuk yang sudah berisi itu dari tangan seyeon.

"Oh, sedapnya soju ni." Appa seyeon sudah mabuk.

"Minumlah lagi." Toki mengajak lagi.

"Sedapnya seyeon! Betul2 sedap." Jeon menyuap makanan kemulutnya.

"Ah! Jeon... butang baju kau dah nak tercabutlah. Nak aku tolong jahit?" Seyeon memegang butang baju yang sudah hampir tertanggal dari baju Jeon.

"Oh, sebab gagal siang ikan, kamu cuba nak tunjuk kehebatan kamu menjahit ya, seyeon? Takut takde orang nak kahwin dengan kamu ke.. " bebel appa seyeon yang sudah mabuk.

"Bukanlah! lagipun saya tahu siang ikan juga! Cuma bila saya siang isi ikan tu hancur!" Bantah seyeon. Mukanya sudah kemerahan. Manakala Jeon pula sudah menanggalkan bajunya yang akan dijahit oleh seyeon. Seyeon mengambil baju ditangan  Jeon dan memulakan sesi menjahitnya

"Wah, pandainya kau jahit seyeon." Jeon duduk betul2 dibelakang seyeon sehinggakan seyeon dapat merasa hembusan nafas Jeon ditelingannya.

Seyeon menoleh kearah Jeon yang sudah hampir dengannya. "Kau tak patut separuh bogel camtu..."

"Hmm? Tak apa. Aku tak sejuk." Balas Jeon naif.

"Bukan tu maksud aku.." degupan jantung seyeon memulakan acara mengepam darah 'siapa paling laju'.

"Rumah kau kan ada alat pemanas." Balas Jeon lagi sambil tersenyum manis.

Ini mengingatkan aku bahawa dia adalah seorang yang liar.

Seyeon sempat menilik tubuh badan Jeon. 'Mungkin dia dah biasa tak pakai baju masa duduk di hutan dulu. Banyaknya parut.’

Badan Jeon dipenuhi banyak parut kerana mungkin dia banyak bertarung dengan banyak binatang. Barangkali.

"Hei, kau sentiasa pakai kedua dua rantai ni kan? Aku tak pernah nampak kau bukak. Mesti rantai ni penting bagi kau!" Seyeon memegang rantai yang terletak kemas di leher Jeon.

"Ini taring harimau bintang yang aku bunuh." Jeon mengambil lagi satu rantai. "Ini pulak barang aku yang paling penting. Benda kedua penting selepas nyawa aku. Ia adalah barang peninggalan omma aku yang ayah aku bagi kat aku. Selagi aku ada benda ni, aku akan selalu ingat omma aku. Dan juga semua benda yang appa aku pernah ajar." Kata Jeon yang membuatkan seyeon terdiam.

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now