"Pinjamkan aku duit!" Ulang kwangsoo. Lalu dia memeluk pinggang seyeon."Tolonglah! Setiap hari semua ex girlfriend aku telefon untuk minta balik duit diaorang, siap dengan faedah sekali." Rayu kwangsoo dengan air matanya laju mengalir.
"Lepaskan aku!! Apa kau merepek ni!! Aku mana ada duit banyak tu nak pinjamkan orang. Duit belanja aku cuma 200 je sebulan." Seyeon menolak wajah kwangsoo yang sudah tidak kacak lagi kerana menangis.
"Jangan tipu! Diorang kata pelajar pertukaran tu kaya! Kalau kau minta mesti dia akan kasi, kan? Ertinya kau ada banyak duit lah!" Kata kwangsoo selamba.
Seyeon memandang wajah kwangsoo yang sesuka hati je nak suruh dia minta duit pada Jeon dan beri pada dia. Tidak masuk akal.
"Apa! Jangan merepek lagi! Aku tak pernah... Adoi!" Seyeon terjatuh kerana kwangsoo menjatuhkannya.
"Weh, weh! Apa kau cuba buat? Aku dah naik marah ni!!" Seyeon sudah terbaring dan kwangsoo sedang mencengkam kolar bajunya.
Seyeon sedaya upaya menolak wajah kwangsoo jauh darinya.
"FUHAHAHAHA! Kan aku dah cakap aku takkan lepaskan kau pergi. Aku pun terdesak jugak!"
"Tolong!"
"Tak guna kau minta tolong. Aku dah kunci pintu bumbung."
"Jangan! Lepaskan aku. Aku betul² takde duit."
Kwangsoo sudah mengikat kedua tangan seyeon. Dan sebelah tangan lagi kwangsoo memegang dagu seyeon.
"Kau yang paksa aku guna keganasan. Kalau kau tak nak diapa apakan, baik kau dengar cakap aku. HAHAHA!" Kwangsoo sudah tergelak jahat. Lalu didekatkan wajahnya pada seyeon.
Seyeon sudah menutup matanya.
"Lepaskan..."
Ah, ah! Macam mana ni. Sorilah toki sebab aku fikir rupa dia macam kau!
Sesiapa tolonglah selamatkan aku.
Selamatkan aku...
"Kan dia suruh kau lepaskan dia. Lepaskan dia!"
Kwangsoo dan seyeon memandang serentak pada suara itu yang berada dia belakang kwangsoo.
Jeon sedang bertenggek diatas pagar besi. Memandang tajam kearah kwangsoo.
Seyeon sudah tersenyum kerana penyelamatnya sudah tiba.
"Jeon..!
"Macam mana kau boleh sampai sini?! Aku dah kunci..." kwangsoo berdiri kerana terlampau terkejut. Mukanya jelas tunjukkan yang dia benar² terkejut dengan keberadaan Jeon di bumbung sekolah itu.
"Aku panjat dari tingkap tingkat empat. Sebab aku dengar suara seyeon." Kata Jeon. Gayanya seperti seekor harimau bintang sedang menunggu makanannya.
Seyeon menunjukkan thumb up kepada Jeon. 'Bagus budak hutan!"
"Heh kau bukan boleh buat apa² pun. Aku dengar muka kau je yang menakutkan tapi sebenarnya..." kwangsoo sudah menggepal penumboknya.
"Eh? Taklah. Dia pernah bunuh seekor harimau bintang masa tengah marah." Terang seyeon.
Wajah kwangsoo sudah berubah kerana terkejut.
"Hei! Seyeon. Kalau aku serang dia, adakah kau akan halang aku?" Jungkook berdiri berdepan dengan seyeon dan mata memandang kwangsoo dengan pandangannya yang tidak boleh diubah.
Lalu seyeon berdiri dihadapan Jeon sambil bercekak pinggang. Dan kwangsoo terpaksa mengakuinya bahawa Jeon memang akan mengganas. Kwangsoo memohon maaf sambil bersujud(?) dihadapan seyeon dan Jeon.
Masalah selesai.
_____________
Mereka berdua kembali semula ke kelas mahu mengambil beg dan baju sejuk yang tertinggal.
"Kau tak apa², seyeon?" Soal Jeon.
"Ya, terima kasih sebab selamatkan aku. Dan sori sebab marah kau dan buat kau risau tadi. Kolar kau senget. " ucap seyeon dan membetulkan kolar leher Jeon.
Jeon membuat muka naif tercomelnya.
"Aku selalu risaukan perkara remeh temeh. Hanya sebab kau tak pernah cakap kau sukakan aku. Ianya tak pentingka? Sebab aku aku tahu camne perasaan kau."seyeon menundukkan wajahnya.
Jeon memerhatikan sahaja seyeon.
"Oh, tingkap terbuka rupanya. Padanlah angin kuat semacam. Dah lewat betul kita ni. Matahari pun dah nak terbenam." Seyeon menutup tingkap kelas yang terbuka. Jeon menghampiri seyeon. "Baik kita balik rumah cepat...." kata² seyeon terhenti.
Jeon sudah berada dibelakang seyeong dan dia boleh rasa tubuh Jeon dibelakangnya. Jeon memegang tangan seyeon yang masih dicermin tingkap."Seyeon."
Jantung seyeon sudah berdegup kencang. Dapat dia rasakan hembusan nafas Jeon ditepi telingannya.
"Aku sukakan kau." Ucap Jeon lembut ditelinga seyeon.
"Ah.. err Jeon .." pipi seyeon sudah merah menandakan dia malu sangat. Seyeon cuba merenggangkan pelukan Jeon.
"Ah! Jangan pusing belakang!" Jeon mengetatkan lagi pelukannya. "Malunya aku!" Wajah Jeon juga sudah merah.
Jeon sedaya upaya untuk menjadi cool tetapi tidak berjaya kerana dia tidak pernah merasa perasaan begini.
"Bukan senang aku nak cakap. Lagipun aku tak nak orang lain dengar kata² istimewa tu. 'Suka' aku pada kau lain dari 'suka' aku pada orang lain. Aku rasa macam tengah tunjukkan pada kau perkara yang paling aku segan." Luah Jeon yang tidak berani memandang wajah seyeon.
Bunyi degupan jantungnya bergema di belakangku.
"Hei, Jeon. Aku nak tengok juga muka kau. Boleh tak?" Seyeon mencuba lagi merenggangkan pelukan Jeon.
"Kenapa pulak? Tak boleh! Malunya aku... " wajah Jeon bertambah merah.
"Tolonglah. Aku nak tengok rupa kau yang comel bila malu." Seyeon berjaya melepaskan pelukan Jeon dan tangannya memegang pipi Jeon.
"Okey.. tapi aku tak jamin apa aku akan buat." Jeon memusingkan tubuh seyeon agar menghadapnya dan memeluk seyeon yang sudah memandangnya.
Perlahan lahan Jeon mendekatkan bibirnya ke bibir seyeon. Chu ~
Aku tipu bila aku cakap ianya tak penting. Kata² kau adalah kata² yang berbahaya. Kata² yang menarik hati aku perlahan lahan.
Kau adalah binatang yang paling aku sayangi. Kebuasan dan taring kau adalah milik aku seorang.
-TAMAT-
√√√√√√√
Eherm eherm. Betulkan kotak suara dulu. Eherm YEAHHHHHHH!!!! MANSAE!!!! BEAST MASTER akhirnya dah habis. Author nak ucapkan trimas pada readers yang membaca hingga kepenghujung. Vote hingga habis chapter dan juga yang komen² author suka baca komen korang. Love u readers. Yang menjadi silent readers tu pun trimas. Walaupun korang jadi silent readers tapi korang baca gak kan FF author ni. Hekhek.
THANKS AGAIN ~
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.