BM-four-

2.3K 224 22
                                    

Kehidupan aku telah berubah semuanya kerana dia...


_________

Bokkk ~

Sebiji bola betul2 disepak seseorang dan melantun terkena belakang kepala Jeon.

"Sori! Sori! Kau okey ke?" Tanya SeokGi. "Dia yang tendang. Maaflah!" Tidak sangka pula bola yang ditendang Hyun terlalu kuat hingga terkena orang. Hyun hanya menyegih disebelah SeokGi.

"Ermm,boleh tak bagi balik bola tu kat kami." SeokGi melihat manusia yang terkena bola itu. Dia menghadap kebelakang. Tidak dapat pula mengecam siapakah dia.

Jeon memegang bola itu dan memalingkan wajah memandang mereka dengan pandangan yang tajam yang akan menggerunkan sesiapa yang memandangnya.

SeokGi dan Hyun yang sudah berasa takut kerana Jeon bangun dan berlari kearah mereka melarikan diri selaju mungkin.

"UWAAAH! HABISLAH DIA DAH MARAH!" jerit SeokGi.

"LARI CEPAT KALAU TAK NAK MATI!!!" Bukan setakat mereka berdua sahaja berlari tetapi seluruh pelajar di padang itu melarikan diri.

"Hei, Jeon!" Panggil seyeon dan menyebabkan Jeon memberhentikan lariannya. "Kau tengah buat apa tu? Meh sini!" Seyeon memanggil Jeon. Beg pula disilangkan kebelakang

"Wah, kim seyeon la!"

"Kim seyeon!"

Suara2 pelajar yang terasa kim seyeon sangat hebat. Memang semua pelajar mengenali seyeon yang ramah.

Namanya Jeon Kook dan dia...

"Tinggalkan je bola tu kat situ! Kalau kau lambat, aku tinggal kau nanti" kata seyeon separuh menjerit. Kemudian Jeon meletakkan bola ditanah dan mengikuti seyeon.

...seperti binatang buas yang ganas dan menakutkan.

Itulah pandangan orang lain terhadapnya.

"Nyaris nyaris je lagi... aku ingat ajal aku dah sampai dah..." Hyun memegang dadanya.

"Nasib baik ada si beast master kim.. Terima kasih! Dia memang hebat!" Hampir menangis SeokGi kerana terlalu takut. Dia mengucapkan terima kasih pada seyeon walaupun seyeon sudah tiada disitu.

Tapi sebenarnya......

Degang ~~

"Diaorang suruh aku bagi balik bola tu tapi... bila aku nak kasi diaorang lari pula.." Jeon duduk dikerusi panjang sambil memeluk lutut nya. Muram sahaja wajah nya ingin menangis. "Tsk tsk.. kenapa takde orang nak kawan dengan aku?"

"Tak semua orang nak kawan dengan kita. Biasalah tu.." seyeon mengambil botol minuman di dalam mesin minuman itu.

"Bertenanglah. Nah minum ni..." seyeon memberikan botol air minuman berperisa coke. Seyeon memerhatikan sahaja Reo meneguk air itu dengan laju. Sambil tangan memegang dagu.

"Wah, seyeon! Air ni berbuih laa dalam mulut aku! Kau punya berbuih jugak ke?!" Jeon teruja kerana tidak pernah dia minum air yang sebegitu.

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now