Pada kedinginan petang semasa perjalanan mahu ke airport keadaan jalan tiba² menjadi sesak.
Toki duduk disebelah pemandu dan pak Jeon dan Jeon duduk di bahagian penumpang sebelah belakang. Pak Jeon sedang sedap menguyah coklat sambil tangan kanannya diletakkan diatas kerusi sofa itu.
"Dah lewat ni, tersangkut kat traffic jam pulak." Kata Toki yang sedang memandang ke beberapa deretan kereta.
"Tak apalah, kita pun dah nak sampai." Balas pak Jeon. "Ah, kau nak rasa coklat ni Toki? Budak pakai cermin mata tu kasi(hanna)." Sempat pula appa mempelawa pada Toki.
"Kenapa awak dah dalam mood bercuti?! Kita masih dalam teksi lagi ni!!" Marah Toki.
"Ayah, seyeon mesti tengah menangis sekarang... Walaupun dia cuba untuk terus senyum..." Jeon bersuara selepas 2 jam meninggalkan seyeon dan yang lain.
Pak Jeon Memandang Jeon melalui ekor matanya. Kemudian dia membuang pandangannya keluar tingkap. Mulut asyik mengunyah dari tadi.
"Apa nak buat. Kau yang buat keputusan untuk pergi kan?"
"Bukan macam tu..." Jeon menundukkan wajahnya. "Saya takut nak buat keputusan jadi saya bergantung pada pendapat seyeon. Tapi seyeon tengok sendiri camne saya dilanggar. Dia tak mungkin nak saya tinggal di tempat di mana nyawa saya mungkin terancam lagi."
"Apa yang kau cuba katakan? Kita dah nak sampai kat airport ni."
Jeon terdiam. Wajah nya sedih.
"Eh, peliknya. Di luar agak gelap." Kata pemandu teksi itu.
"Ya, agak awal untuk matahari terbenam tapi.."
Jeon memandang keluar dan segera membuka tingkap kereta yang sedang bergerak.
"Jeon, janganlah buka tingkap! Sejuklah!" Tegur Toki. Orang tua yang tidak tahan sejuk.
Jeon memandang ke langit yang sudah gelap seperti mahu hujan.
"Salji..... akan turun." Kata Jeon sendiri.
Manik² putih akhirnya turun dari langit.
_______________
"Seyeon, blackie hilang lagi. Boleh tak kamu tolong cari."
"Baik!"
Seyeon memakai pakaian sejuknya dan melilit mafela berwarna purple ke lehernya. Dan berlalu keluar dari rumah untuk mencari blackie.
Seyeon menuju ke taman yang dia menemui Jeon pada hari sebelum Jeon mahu berpindah. Dia juga tidak tahu kenapa kakinya melangkah kesana.
Meow~
"Itu pun kau blackie. Jom ikut aku balik." Seyeon mendekati blackie yang berada diatas tangga papan gelongsor. "Ala la.. la. Meh la sini. Jangan takut." Seyeon memanjat tangga dan dihulur kedua dua tangannya kearah blackie.
Blackie menaikkan bulu dan badannya sambil mengeluarkan bunyi marahnya. Blackie memberi amaran agar seyeon tidak mendekatinya.
"Nampaknya ni misi mustahil. Kau ni kejam betul! Susah payah aku cari kau walaupun tengah bersalji."
Meow~
"Kau tunggu siapa kat sini? Jeon dah pergi. Toksahlah tunggu dia lagi." Seyeon menjatuhkan tanggannya takut dicakar oleh blackie. "Aku patut berterima kasih, sebab kaulah aku dapat jumpa dia. Aku takkan kejar kau macam dulu lagi." Seyeon memusingkan tubuhnya dan melabuhkan punggungnya di tangga gelongsor itu. "Mesti kau pun suka dia sejak kali pertama jumpa." Seyeon memeluk lutut. Dia tersenyum kecil.
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Fiksi Remaja+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.