Hari yang cerah, hari yang sesuai untuk membeli belah. Pakaian seyeon ringkas sahaja. Pada hari itu dia keluar ke bandar mahu mencari hadiah untuk Jeon .
"Seyeon!"
Seyeon menoleh kebelakang memandang suara yang cukup dikenalinya itu.
"Awak beli hadiah untuk Jeon ke? Saya pun sama." Ditangan toki sahaja sudah terdapat beberapa beg dijinjitnya, mengalahkan perempuan yang bershoping pula toki ni.
"Setelah berfikir fikir, saya ambil keputusan untuk belikan dia mafela. Harap dia suka." Seyeon menunjukkan hadiah yang dibelinya untuk Jeon pada toki. "Toki sanggup berhabis habisan untuk Jeon, kan? Saya dah jangka. "
Tiba2 toki menangis dikhayalak ramai. "Betul tu! Esok Jeon akan mencapai umur 18 tahun.." berjurai jurai air matanya mengalir.
"Dia mula lagi..." kata seyeon separuh berbisik. Hanya dia sahaja yang dengar.
"Dah lama saya, selaku penjaganya, menanti nanti detik ini." Toki masih lagi menangis.
"Toki, awak ni memang suka berdrama laa."
"Eh, eh.. saya bukan berdrama. Kini Jeon bolehlah...."
Tiba2 muncul seorang lelaki berhoodie kusut masai memakai kaca mata hitam berlalu dibelakang toki sambil mulutnya sedang mengatakan sesuatu dibelakang toki. Dan kemudian toki menoleh lelaki itu dengan pandangan yang tajam. Lelaki itu sudah pergi jauh.
"Seyeon, maafkan saya. Awak baliklah dulu ya." Kata toki dan mengejar lelaki itu tadi.
"Eh... okey..(kotornya baju dia..)"
Dilihat toki sedang berbual dengan lelaki itu. Seyeon hanya memerhati dari jauh.
Siapa lelaki itu...
Selepas puas berjalan jalan seyeon keluar dari mall itu. Dia menghala ke tepi jalan mahu melintas jalan ditempat yang sudah disediakan bagi penjalan kaki yang mahu melintas jalan. Seyeon menunggu sehingga lampu merah bagi penjalan kaki bertukar hijau.
"Seyeon! Seyeon!!!" Dari seberang jalan Jeon melambai seyeon. Teruja dia berjumpa dengan seyeon.
"Oh, Jeon bukan kau kena jaga rumah ke?" Balas seyeon pula.
"Tapi toki cakap dia nak keluar membeli belah dengan kau. Mana boleh!" Jerit Jeon. Tidak sabar2 pula dia mahu berbual dengan seyeon.
"Haha.. dia tak patut beritahu..." kata seyeon sendirian.
Ting ~
Lampu isyarat bagi penjalan kaki sudah bertukar hijau.
"Tunggu, seyeon! Biar aku pergi sana..." Jeon berlari kearah seyeon yang berdiri ditepi jalan. "Hei kau beli apa? Mana toki?"
"Tak payahlah lari.." tegur seyeon.
VRRRROOOM ~
Tiba2 muncul sebuah kereta dengan agak laju menghala ke arah Jeon dan merempuh badan Jeon. Tubuh Jeon yang dilanggar terkulai jatuh ke jalan raya. Basah jalan raya disebabkan darah yang keluar dari tubuh Jeon. Selepas dilanggar Jeon kereta itu terus memejut laju meninggalkan kawasan itu.
"Huaaa..! Sesiapa.."
"Kereta tu langgar lampu isyarat dan... ada kemalanganlah! Budak lelaki tu kena langgar!!!"
Tak mungkin....
Seyeon menutup mulutnya kerana terkejut. Air matanya jatuh mengalir. Dia melihat sendiri kereta itu sengaja melanggar Jeon. Dan Jeon dilanggar didepan matanya.
"Cepat! Telefon ambulans!"
"Mana kereta tu? Langgar lari ke ni?!"
Orang ramai mengerumuni Jeon. Jalan raya pula sesak. Seyeon ingin menghampiri Jeon.
"Je- Jeon! Jeon!" Seyeon berlari kearah Jeon tetapi dihalang oleh seorang pakcik.
"Jangan sentuh dia! Awak tak nampak ke? Dia cedera parah."
Tidak Jeon.....
"Dia hidup lagi ke? Tak bergerak langsung."
Jeon terbaring di jalan raya. Kepala dan hidungnya mengalir darah.
"Jangan sentuh dia sebelum ambulans tiba! Nanti kecederaannya lebih parah..."
Tidak...
Aku tak boleh menangis...
•••••
![](https://img.wattpad.com/cover/51901433-288-k53951.jpg)
YOU ARE READING
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.