BMS2-Seven-

1.4K 172 12
                                    

Seyeon mengambil kotak hadiah diatas meja belajarnya.

"Aku lupa kasi Jeon mafela ni! Hadiah hari jadi dia. Banyak sangat perkara berlaku sejak akhir² ni. Bila masa yang sesuai untuk aku kasi dia ya?" Seyeon memegang kotak hadiah yang berwarna hitam dan merah. Dia juga tidak tahu kenapa dia memilih warna sebegitu.

PINGG~

Tiba2 interkom dibilik seyeon berbunyi.

"Seyeon."

Seyeon mendekati interkom itu dan menekan butang hijau.

"Ada apa, ayah?" Jawab seyeon.

"Mari keluar sekejap, toki dan.." belum sempat ayah seyeon mahu menghabiskan kata katanya sudah keluar dari biliknya. Kakinya dihalakan ke ruang tamu dimana Toki dan ayah berada.

"Ah, seyeon. Jeon ada telefon awak tak?" Toki menyoal seyeon. Riak wajahnya tersangat lah risau.

"Eh? Jeon?"

"Tadi dia keluar rumah, tak balik².." kata toki.

"Eh, dah malam ni. Nakal betul." Seyeon pula baru balik dari rumah Jeon. Setahunya Jeon memang berada di rumah.

"Kenapa dia keluar? Beli ubat ke?" Tanya appa seyeon.

"Err.. maaf situasi ni agak rumit." Nada toki menunjukkan yang dia benar² risau akan Jeon ketika ini.

Tiba2 pak Jeon muncul dibelakang Toki.

"Lebih baik beritahu diorang perkara sebenarnya. Tadi pakcik cakap dengan Jeon. Pakcik beritahu dia kami kena pindah ke luar negara semula supaya kami dapat hidup dengan selamat tanpa ancaman sesiapa."

Seyeon termanggu mendengar apa yang telah diberitahu pak Jeon. Tidak tahu apa yang perlu dirasakan seyeon ketika ini. Otak nya kosong. Dan yang pasti seyeon terkejut.

_________________

meow~

Jeon duduk diatas gelungsor. Ditatap wajah Blackie yang sedang menggesel kan tubuh nya pada Jeon. Wajah nya sedang sedih kerana tidak lama lagi dia akan meninggalkan korea. Meninggalkan kawan² yang baru sahaja mahu mendekatinya. Dan yang paling dia sangat sedih dia terpaksa berpisah dengan seyeon.

"Jumpa pun kau, Jeon! Ah, kucing aku!" Tegur seyeon yang sengaja menceriakan suaranya. "Kau buat apa kat sini?" Seyeon berdiri dibelakang Jeon.

Jeon terkejut mendengar suara seyeon. Tidak berani dia mahu memandang wajah seyeon ketika ini. Dia takut dia tidak dapat mengawal perasaan sedihnya.

"Aku rasa... salji akan turun tak lama lagi." Beritahu Jeon.

Seyeon memandang Jeon yang tiada tanda² mahu memusingkan tubuhnya. Lalu seyeon duduk membelakangi Jeon. Terasa belakang tubuh seyeon bersentuhan dengan belakang badan Jeon.

"Bukan tu sebabnya kau keluar kan.. ayah kau dah beritahu aku. Kau akan ke luar negara lagi ya? Agak tiba²....."

Jeon memotong ayat seyeon. "Apa patut aku buat? Kalau aku tinggal kat sini, aku mungkin ditimpa bahaya lagi. Tapi......"

Seyeon teringat kata² pak Jeon tadi dirumahnya.

"Hingga kini, setiap kali nyawanya diancam, kami akan pindah ke tempat lain. Kami terpaksa buat camtu demi melindungi Jeon. Jeon tak pernah membantah ,tapi kali ni dia nampak berat hati. Nampaknya awak sangat istimewa bagi Jeon. Dia pasti akan dengar cakap kau. Sila nasihatkan dia. Beritahulah dia apa awak rasa."

[C] BEAST MASTERWhere stories live. Discover now