Mereka berdua kembali ke wad Aerin. Alangkah terkejutnya Minra melihat Seventeen. "apa yang oppa semua buat kat sini?" tanya Minra. "saja tengok video ni..." kata Scoup lalu membuat 'tumbs up' kepada Minggyu. Minggyu membalas 'thumbs up' Scoup dan berpaling kearah Aerin. Aerin hanya tersenyum dan menaikkan ibu jarinya juga. Minra berasa hairan. Dia melihat Hyona berharap akan mendapat jawapan. Hyona hanya menunjukkan Televisyen itu. Minra masih tak faham. The8 mengambil alat kawalan dan kebelakangkan tape itu. Alangkah terkejutnya Minra apabila video itu memainkan suasana mereka di rooftop tadi. Minra mengerling kearah Minggyu. Minggyu menggeleng memaksudkan bukan dia yang rakam. Di akhir video itu kelihatan muka Jimin tersenyum sambil buat peace.
Jimin sudah pun bangun dan sedia untuk melarikan dirinya. Minra mengejarnya. Jimin masuk ke dalam sebuah bilik di hospital itu. Dan menyembunyikan dirinya. Tak lama selepas itu baru dia perasan yang bilik itu sungguh gelap. Dia cuba cari suis lampu. Tapi tak dijumpai. Dia cuba cari pintu keluar tapi tak jumpa kerana bilik itu sungguh gelap. Dia perasan dalam bilik itu ada banyak katil dan ada orang atas katil tu. "yeoboseyo? Ada orang tak kat sini? Takkan lha dah tidur dah" kata Jimin. Dia hendak memastikan bahawa ada atau tidak orang di bilik itu tapi hasratnya tak tercapai. Tiada satu suara pon yang menyahut.
Pada masa yang sama...
Minra sudah beralah untuk nencari Jimin. Dia teringat yang dia ada di hospital. Dia balik ke wad. Alangkah terkejutnya dia Jimin tiada di situ. "oppa... Jimin ada datang sini tak?" Minra menanyakan Minggyu. Minggyu menggeleng. "kenapa?" tanya Minggyu pula. "Jimin hilang.." kata Minra. Mereka semua terkejut. "tak hilang kot... Mustahil lha hilang.. Mungkin dia menyorok dari kau kot." kata Aerin untuk menenangkan hatinya. Mereka tunggu selama 15 minit tapi Jimin tetap tak muncul. "apa kata kita cari dia?" kata Jeonghan yang sudah tak senang duduk. "jom" mereka semua berdiri. "aku macam mana? Aku pon nak ikut juga. Aku tak mau duduk kat sini sorang sorang. Lagipun Jimin tu pon member aku jugak." kata Aerin. "kau nak jalan macam mana? Doktor pon tak bagi kau jalan ataupun gerak lagi. Tongkat pon doktor tak bagi lagi." kata Hyona mengingatkan Aerin. "tak mau aku tetap nak ikut. Aku dah boleh jalan lha." Aerin tetap berdegil. "boleh jalan apanya kau ni? Kaki dengan simen sikit punya tebal" kata Minra pula. "korang boleh papah aku kan." cadang Aerin. "tak nak lha. Aku papah kau. Sakit bahu tau tak?" kata Hyona pula. Sebenarnya bukan dia tak nak bawak Aerin tapi kaki Aerin akan lebih teruk. Aerin baring dan berpaling dari mereka semua. Tanda merajuk. "Aerin dah dah lha tu merajuk. Nanti kaki kau jadi lagi teruk." kata Minra. Aerin tetap tidak beralih. "aku tetap nak ikut. Kalau kaorang tak nak tolong aku boleh ikhtiar sendiri tapi aku tetap nak pergi." kata Aerin masih berdegil. "kau nak jalan macam mana?" tanya Minra lagi. Seventeen tidak menyampuk. Mereka hanya mendengar. "aku still ada lagi satu kaki. Aku boleh.... Boleh... Lompat ke heret ke... Apa ka.. Aku still kuat lha." kata Aerin berdegil lagi. "kau tengok lha girlfriend kau ni DK. Ketegaq. Kau tolong lha bagi nasihat sikit dekat dia" kata Hyona pula. "Aerin...." belum sempat DK menghabiskan kata katanya.. Aerin telah pon memotong. "Aerin tetap nak ikut." kata Aerin lalu cuba berdiri. Tapi malangnya dia terjatuh. Mereka semua terkejut dan menjerit "Aerin!".
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
Random4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁
