"oppa... Aerin lapar lha." kata Aerin selepas tenang. "lapar? Ok oppa turun pergi beli makanan. Tapi Aerin nak duduk dengan siapa dalam bilik ni? Takkan lha nak duduk dalam bilik ni sorang sorang." kata Seo ryong. "tak apa lha... Aerin boleh jaga diri." kata Aerin lagi. "oppa tak nak Aerin duduk sorang sorang dalam bilik ni.. Bahaya." kata Seo ryong ambil berat. Aerin berasa hairan. "oppa... Kenapa oppa tiba tiba ja risau? Ada apa apa ka?" tanya Aerin tak puas hati. Seo ryong menggelengkan kepalanya lalu berkata "oppa panggil DK jaga Aerin nak tak?" cadang Seo ryong. Aerin menggeleng. "kenapa tak nak?" tanya Seo ryong hairan. Selalunya kalau pasai DK semua dia nak. "oppa dah lupa ka apa yang Aerin cerita tadi? Oppa ni cepat pelupa lha. Kalau oppa call DK sekalipun macam lha dia nak. Senang macam ni.. Kalau oppa takut Aerin duduk sorang sorang.. Apa kata Aerin ikut. Tak pon oppa tak payah beli lha." kata Aerin panjang lebar. Seo ryong bangun dari kerusinya. "oppa nak pergi mana?" tanya Aerin hairan. Kekadang dia pun tak faham dengan abangnya. "beli makanan lha." jawab Seo ryong ringkas lalu beredar.
Aerin P.O.V
"oppa ni dah kenapa? Tadi bukan main risau tapi tiba tiba ja pi macam tu ja. Haihhh... Tak paham aku." kata Aerin seorangan sambil melihat kearah teddy bearnya. "teddy.... Kau rasa kan... DK still marah kat aku ke? Aku tak tau nak luah kat sapa perasaan ni... Jadi aku luah kat kau je lha... Sebenarnya.. Aku rindu dia. Tak lama lagi Seo ryong oppa nak kena pergi China. Dia ada shooting. Jadi... Sapa nak sembang dengan aku? Miuni pun still lagi marah kat aku. Malam semalam... Satu patah pun aku tak dengar diorang cakap. Apa aku nak buat teddy.... Aku rindu DK ngan Miuni... Baru berapa hari DK bagi cincin ni... Tapi... Haihhh.." aku cakap dekat benda yang tak hidup. Benda yang tak bernyawa. Hahaha.. Aku ni dah gila ka? Haih aku pun tak paham dengan diri sendiri. Tiba tiba telefon aku berdering menandakan mesej masuk.
(Lovely oppa)
"Aerin.. Sorry oppa kena balik.. Ada shooting.. Kalau Aerin tunggu Miuni datang boleh tak? Oppa dah call diorang dah tadi."
Aku membalas...
. Oppa pergi lha.. Aerin tak apa dekat sini. By the way... Thanks... Sebab ada waktu Aerin perlukan.
Aku meletakkan phone di atas meja bersebelahan dengan katil kuat. Terasa marah. Arggghh lapar nya... Aku nak makan apa erkk. Tak apa lha biar aku beli. Lagipun aku ada tongkat dan oppa dah ajar aku nak jalan pagi tadi. Aku mengalihkan kaki ku perlahan lahan. Tiba tiba ada mesej masuk.
(Lovely oppa)
"Aerin.. Oppa nak cakap yang
Aerin jangan cuba bangun pulak.. Oppa tau yang oppa dah ajar Aerin cara nak jalan tapi Aerin kena jalan dalam pengawasan orang lain. Paham. Oppa nak bagitau yang Miuni lambat sikit sebab diorang kena pergi JYG.. Ada apa entah. Bye.. Oppa nak sambung buat keja ni.
Aku tak balas mesej tersebut. "JYG ada apa? Bukan nak ajak. Pengawasan? Takkan lha aku nak pergi beli makan pun kena ada pengawasan? Oppa ni kenapa risau sangat entah. Pelik." aku mengangkat kaki ku lalu duduk semula diatas katil. Lapar lha. Aku memegang telefon. Nak call ke tak nak call ke tak? Tapi aku lapar tahap raksasa ni... Call je lha. Aku mencari nama DK. Maklum lha.. Seventeen number DK ja yang aku ada... Aku call lima kali tapi tak angkat. "kenapa DK tak jawab phone? Aku perlukan dia sekarang ni... Mungkin dia still marah kot"
-END P.O.V-
Ahli seventeen yang lain melihat kearah DK. DK mengeluarkan phonenya dari poket tepi. Rupa rupanya telefonnya mati. Disebabkan kelam kabut sangat pagi tadi.. Abis lupa nak charged fon. Mereka menyuruh DK keluar. DK hanya mengangguk.
DK keluar perlahan lahan dari kawasan gelap itu. Alangkah terkejutnya Aerin. DK berjalan menghampiri katil Aerin dan duduk di kerusi. "oppa macam... Macam mana oppa.... Oppa boleh... Ada kat sini?" tanya Aerin tak percaya. DK hanya mendiamkan diri. Aerin faham yang DK masih marahkannya. "oppa... Mianhe.. Aerin tak bermaksud nak bagi oppa marah... Atau jeles.." kata Aerin perlahan. "oppa tak marah.. Tapi oppa pelik.. Kenapa selama ni Aerin tak cakap kat kitorang yang Aerin ada abang?" tanya DK lembut. Aerin berasa keliru. "kitorang? Maksud oppa..." DK mengangguk. Lalu berkata "seventeen ja .. Miuni tak ada" selepas itu Seventeen keluar dari situ seorang demi seorang. Tiba tiba pintu diketuk.. "sapa kata Miuni tak ada?" sapa Hyona. Aerin berasa terkejut dan gembira. "tadi bukan korang kata korang pergi JYG ke? Macam mana boleh ada kat sini?" tanya Aerin. "mana ada kitorang pergi JYG.. Saja nak mohong..." kata Minra. "Aerin... Kau lapar kan... Nah.. Aku bawak kat kau makanan. Aku tau yang hari tu kau tak makan. Kau bagi nurse kan.." kata Jimin pula sambil memberikan bekas makanan kepada Aerin. Aerin hanya tersenyum.
"wahhh... Sedap nya..." kata Aerin apabila membuka bekas makanan itu. "makan lha dulu baru tau sedap ka tak.. Mai aku tolong suap." Kata Jimin. Aerin memberikan bekas makanan itu kepada Jimin. Jimin menyuap Aerin. Bila sudah masuk ke dalam mulut Aerin, mereka bertiga ketawa. Seventeen berasa hairan. Aerin sudah gelabah minta air. DK memberikan air yang ada di atas meja. Aerin minum air itu sepantas mungkin lalu mengipas mukanya menggunakan tangan. "Aerin.. Gwenchana?" tanya DK. Seventeen masih tak faham apa yang berlaku. "jahat. TATABALATU!" kata Aerin lalu mengalihkan mukanya kearah lain. "alaaa... Gigit cili hijau ja pon. Pedas sikit ja pon nak marah. Tatabalatu lha sangat. Sorry lha..." kata Jimin memujuk. "tatabalatu? Apa kebenda tu? Aerin kau memang tak tahan pedas erkk." tanya Jeonghan pula. Aerin memggelengkan kepalanya perlahan. "tatabalatu tu... Maksud dia 'I HATE U' dalam bahasa Minion." terang Minra lalu mereka semua ketawa terbahak bahak. "weyh korang.. Kalau nak gelak pon bagi lha aku makanan... Lapar ni." kata Aerin mengadu. "tak palha.. Biar aku tolong beli." kata Hyona lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
Random4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁
