Pagi itu Seventeen terus ke hospital untuk melawat Aerin. Mereka terserempak Miuni. Miuni nak balik dan bersiap. Tapi sebelum mereka beredar, Miuni sempat berkata yang Seo ryong dah sampai. Seventeen hanya mengangguk dan terus menuju ke wad Aerin. Tapi setibanya mereka di wad Aerin, Aerin tiada. "mana Aerin?" tanya Wonwoo. Mereka tengok di sekeliling tempat tapi tetap tak nampak Aerin. Tongkat Aerin pon tiada. Seo ryong pon tak ada. Mereka duduk di atas sofa itu semula. Keadaan di sofa itu agak gelap. Tiada lampu yang terpasang berdekatan sofa itu. Jadi kalau ada orang masuk memang tak perasan yang ada orang di sofa itu.
Tak lama kemudian, Aerin masuk dan diekori oleh Seo ryong. "tengok, kan oppa dah kata buah hati oppa ni pasti boleh buat." kata Seo ryong sambil mengusap rambut Aerin. "thanks oppa sebab tolong Aerin." kata Aerin pula lalu memeluk Seo ryong erat. Seventeen hanya memerhati. Seo ryong hanya mengangguk. Aerin melepaskan pelukannya. Seo ryong ternampak Aerin memakai cincin berwarna silver di jari manisnya. "wahh, cantik cincin. Dah ada someone special ke?" tanya Seo ryong. Aerin mengangguk. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan cincin itu kepada Seo ryong lalu berkata "cantikkan. Aerin sayang cincin ni." kata Aerin lalu mencium cincin itu. "aik.. Cincin ja sayang? Tuan punya badan yang bagi cincin tu tak sayang?" tanya Seo ryong. "sayang... Tapi Aerin rindu lha kat DK. Rindu sangat." jawab Aerin ringkas. "ooo... Jadi lelaki tu nama DK lha yerr? Kenapa tak pernah cerita pun pasai dia sebelum ni?" tanya Seo ryong lagi. Mereka masih tak perasan kehadiran Seventeen dalam bilik itu. "macam mana nak bagitau? Oppa entah hilang ke mana... Oppa pergi mana sebenarnya sebelum ni?" tanya Aerin kepada Seo ryong. Seo ryong hanya mendiamkan dirinya. Dia tau yang dia dah lama tak jumpa adiknya. "kalau oppa tak nak cerita tak apa. Aerin tak paksa. Yang penting sekarang oppa dah ada dekat sisi Aerin. Thanks oppa." kata Aerin. Dia tak mau melihat abangnya muram. "macam mana Aerin boleh jumpa number oppa? Siap boleh call lagi tu." tanya Seo ryong. Dia tak pernah beritahu adiknya number telefonnya. Malah dia sudah tukar number baru. "ada lha~ Aerin stalk oppa dekat internet, twitter dengan instagram. Hehehe" jawab Aerin sambil tersengih. Seo ryong menggelengkan kepalanya sambil berkata "nakal lha adik kesayangan oppa ni." katanya sambil mengusap kepala Aerin lembut. "oppa... Sampai bila kita nak berlakon depan Miuni dengan Seventeen ni? Lagipun Aerin rasa DK dah jeles lha oppa." kata Aerin pula. "Aerin rindu DK kan? Aerin rindu senyuman dia kan? Aerin rindu nak dengar suara dia kan? Dan Aerin nak peluk dia kan. Macam mana Aerin peluk teddy bear tu kan." teka Seo ryong. Aerin terkejut. "oppa macam mana oppa tau?" tanya Aerin lalu menunduk malu. "mesti lha oppa tau Aerin kan adik oppa." kata Seo ryong. "Aerin nak tak peluk DK sekarang? Nak tak dengar suara DK sekarang?" tanya Seo ryong lagi. "nak lha. Tapi kalau ya pun DK datang sini... Nak ka dia cakap dengan Aerin? Apatah lagi peluk Aerin. Aerin rasa DK masih marah dekat Aerin lha. Aerin tak nak tengok muka DK waktu dia marah." mengaku Aerin. Seo ryong kesian melihat adiknya. "Aerin tau tak kenapa DK marah dekat Aerin?" tanya Seo ryong. Aerin mengangguk lalu berkata "tau... DK marah Aerin sebab Aerin cuba untuk jalan. Aerin pon tau yang DK marah tu sebab DK sayang. Dia tak mahu Aerin tercedera." kata Aerin. "abis tu.. Kalau dah tau kenapa buat jugak?" tanya Seo ryong lembut. "sebab Aerin takut.... Aerin takut yang DK akan tinggalkan Aerin sebab Aerin tak boleh jalan." jawab Aerin lalu air matanya menitis satu persatu. Seo ryong mengesat air mata Aerin dengan lembut lalu memeluk adiknya.
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
Diversos4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁
