-Di Sungai Han.-
Hyona duduk diatas rumput sambil berfikir sesuatu. Dia termenung jauh. Suasana di Sungai Han memang dapat menenangkan fikirannya. Tambahan pula dengan airnya yang biru, angin yang sepoi sepoi bahasa dan tak lupa juga bunga yang mekar menghiasi tempat yang indah itu. Bunga yang berwarna Unggu itu mengingatkannya pada luka yang disebabkan oleh teman lelakinya yang main kayu tiga dibelakangnya. Dia berasa marah apabila mengenangkan peristiwa itu. Dia melihat kesekeliling. Pandangannya terhenti pada jambatan di sebelah kanannya. Disitulah dia dan Jimin kenal dengan Aerin dan Minra. Dia ketawa keseorangan apabila teringatkan peristiwa itu.
-Flashback-
(Di dalam kelas.)Loceng berbunyi tanda sesi persekolahan sudah tamat. "Jim.. Jom kita lepak kat sungai Han kejap. Stress lha... Banyak sangat homework yang cikgu bagi." kata Hyona mengajak kawan karibnya Jimin supaya menyertainya ke sungai Han. "sungai Han? Tak nak lah.. Boring lah. Lagipun.. Kau kan tau yang aku tak suka keluar lepas sekolah." tolak Jimin. Dia bukan tak nak pergi ke sungai Han bersama Hyona.. Tapi dah kebiasaannya dia terus pulang ke rumah selepas sekolah. "please..." rayu Hyona sambil membuat aegyo. Dia juga tau yang Jimin seorang yang suka menghadap buku 24 jam. Bukan seperti orang lain yang suka bersuka ria. "kau nak pergi sungai Han tu... Nak buat apa?" tanya Jimin masih enggan nak turut serta. "ermm... Ermm.. Buku teks matematik aku tertinggal kat sana." Kata Hyona cuba memberi alasan. Punya lha susah dia nak fikirkan alasan itu. Sampai kering kontang otaknya dibuatnya. Alasan sebenarnya hanya lha nak bersiar siar. "iyee ke? Macam tak percaya je? Macam mana buku kau boleh tinggal kat sana?" tanya Jimin tak percaya. "semalam aku date dengan GD... guna buku tu?" kata Hyona merapu.
Tiba tiba ada orang mengejutkan mereka dari belakang. Mereka berdua terkejut. Jimin sudah melatah. Apa yang dikatanya panjang berjela pon tak tau. Hyona sudah bangun dan membuka 'kekuda'.
"you.. Apa ni? Nak silat I ka?" kata lelaki itu. Dia dan kawannya ketawa terbahak bahak. "apa gelak gelak? Kenapa you ada kat sini? I ingat you dah balik tadi." kata Hyona kepada GD. Teman lelakinya. "saja.. I datang sini nak ajak you and your friend pergi makan kat kafe. Nak tak?" tanya GD. Hyona melihat kearah Jimin. Jimin hanya mendiamkan dirinya dan mengemas barangnya. Malas nak layan pasangan bahagia itu. "tak apa lha you.. Nanti nanti je lha. Sebab hari ni I dah janji dengan Jimin nak pergi sungai Han." kata Hyona manja. Lalu menjeling kearah Jimin. Jimin buat tak tau. "ooo... Tak apa lha kalau macam tu.. I ajak You pon sebab T.O.P nak belanja. Tapi dah you ada hal.. Nak buat macam mana..." kata GD gaya orang merajuk. "alaaa.. Janganlha rajuk.. Tak apa.. Malam ni I promise yang I akan dinner dengan you. Boleh?" pujuk Hyona. GD mengangguk laju. Mereka membuat 'pinky swear'. GD berjalan keluar dari kelas. Sampai di pintu Hyona memanggil GD. "oppa~". GD memalingkan mukanya. Hyona membuat 'flying kiss' kepada GD. GD tersenyum dan menyambutnya. Mereka seperti orang yang sedang hangat bercinta.Tak lama selepas itu kelibat GD dan rakan rakannya yang lain pon hilang. "Jim.. Jom lha.." ajak Hyona. Dia masih tak mengalah. Jimin bangun dari tempat duduknya. "okay lha.. Jom.." kata Jimin. Menyerah. Hyona berasa gembira. Mereka keluar dari sekolah bersama sama dan menuju ke Sungai Han.
-Di atas jambatan di Sungai Han-
"wah.. Cantiknya.. Lama tak datang sini." kata Hyona sambil mendepakan tangannya. "lama? Bukan semalam kau date kat sini ke?" tanya Jimin hairan. Hyona hanya tersengih. Tiba tiba ada seorang yeoja menegur mereka. "ermm.. Boleh tak kau tolong tepi sikit. Tak nampak ke aku tengah ambil gambar ni?" kata Yeoja itu sedikit marah. Hyona dan Jimin bergerak ke tepi. "kalau ya pon.. Cakap lha elok elok.. Tak payah lha marah marah." kata Hyona kepada yeoja itu. Yeoja itu berhenti mengambil gambar dan menuju kearah Hyona. "apa kau kata? Kau nak cari gaduh ke?" kata yeoja itu lagi. "apa pulak aku? Memang betul pun apa aku cakap. Sapa mula dulu?" kata Hyona agak marah. Kata kata Hyona membuatkan Yeoja itu naik angin. Mereka berdua sudah mula nak bergaduh. Jimin cuba menenangkan Hyona. Tiba tiba datang seorang lagi yeoja. Yeoja itu cuba menenangkan rakannya. "Min.. Dah lha tu.. Kita ada tugasan kan.. Kau nak ka keluar dengan 'mamat' tu?" kata yeoja yang baru sampai itu. Jimin dan Hyona tertanya tanya. Mamat? Apa yang diorang kata ni?. Yeoja itu menarik nafas panjang dan pergi dari situ. Kawannya meminta maaf kepada Hyona dan Jimin dan sambung mengambil gambar. Jimin mengajak Hyona pergi ke kafe yang berdekatan dengan situ. Hyona mengangguk. Mereka berdua pergi ke kafe itu.

YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
De Todo4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁