Ai need uuu

49 1 0
                                        

Selesai ketawa Wonwoo melihat DK hairan. 'dah kenapa dia ni?' fikir Wonwoo sendiri. Wonwoo membuat keputusan untuk bertanya. Hatinya juga rasa mula tak sedap. "Dokyeom.... Macam mana dengan Aerin? Doktor kata apa? Dia ok ok ja kan.." Wonwoo mula rasa tak sedap. "Do.... Dok... Doktor kata.... Aerin o....ok..." kata DK sedikit gagap. Wonwoo menghembus nafas lega. "Habis tu? Kenapa kau tak masuk?" tanya Wonwoo lagi hairan. "aku takut lha.... Macam mana kalau dia lupa kita ni sapa? Macam mana kalau dia sama macam Hyona? Aku tak sanggup..." kata DK agak mendatar. Wonwoo menepuk dahinya. "Ishh.... Kau ni lha.... Yang sakit tu kaki dia... Bukan kepala...." kata Wonwoo lagi. "tau lha.... Tapi macam mana kalau dia betul betul lupa?" kata DK lagi resah. "Ishh kau ni.... Dah lha... Aku nak masuk tenggok dia... Kalau kau tak nak jumpa sudah... Aku tak kisah pon... Bye." balas Wonwoo lagi. Malas nak layan perangai DK. Lalu dia masuk ke dalam wad serta diikuti oleh DK dan ahli SVT serta Minra.

Di dalam wad Aerin...

"Aerin... Awak okay tak? Doktor kata apa? Awak tak apa apa kan..." tanya DK bertubi tubi risau. Ahli yang lain hanya melihat DK hairan. "kau dah kenapa DK?" tanya Woozi pula. DK hanya menayangkan senyumannya dapat mencairkan semua gadis. Tapi sayangnya bukan Minra, Hyona dan Jimin.

"errr... Maaf ya... Tapi korang ni sapa? Kenapa masuk dalam wad saya?" tanya Aerin hairan. Ahli SVT dan Minra terkejut. "kau tak ingat kami ka? Yah... Kim Aerin..!" kata Vernon yang sudah lama berdiam. Aerin hanya menggelengkan kepalanya. "Aerin... Awak ingat oppa kan..." tanya DK mencuba nasib. Aerin mengangguk dan kemudian menggeleng.

"Aerin!! Time macam ni lha kau nak main main kan... Tak padan dengan sakit..." kata Minra dengan suara yang agak tinggi. Semua ahli SVT melihat kearah Minra dan kemudian beralih semula ke arah Aerin. Dia hanya menundukkan kepalanya. Lalu berkata "aku nak main main ja pon... Jangan lha marah.." katanya sambil membuat muncung. "banyak lha kau main main... Kau tau tak semua orang risau kat kau!!!" kata Minra berang. "hmmmphh... Kalau ya pon jangan lha marah... Oppa... Tengok Minra ni..." kata Aerin sambil memuncungkan mulutnya. "ishh... Dah dah lha tuh... Ni... Aerin okay tak?" tanya DK. "ermmm... Boleh lha..." kata Aerin serba serbi. "boleh lha? Jadi maksud dia sakit lagi lha ni?" tanya DK risau. "tak dah..." kata Aerin lagi. "habis tu?" sampuk Woozi. "hmmm... Cuma Aerin rasa bosan lha... Hari tu sekurang kurangnya boleh jalan tapi sekarang... Hmm..." kata Aerin dengan suara yang sedikit layu.

"hmmm... Aerin... Sorry lha... Sebab aku kau still tak boleh jalan... Jeongmal Mianhe..." kata Minra pulak kesal. "aik... Minra... Kau demam ka?" tanya Aerin hairan lalu meletakkan telapak tangannya ke dahi Minra. "ishh... Kau ni... Apa pulak aku demam... Kau yang sakit tak sedar diri... Aku just nak minta maaf lha... Kau maafkan aku okay?" kata Minra lagi. Terlebih paham dengan perangai kawannya yang sorang ni. Tak pernah nak ambil serius apa yang orang cakap. "Hmmm... Nak maaf ke tak erk... Hmm... Haha... Of course lha... Tapi kan... Apa salah kau?" tanya Aerin balik. Sedikit blur. "ishh.. Kau ni lha.. Memang blur.. Hmmph.. Tak payah paham lha kalau macam tu." kata Minra lalu keluar dari wad meninggalkan Aerin bersama SVT.

Belum sempat Minra keluar Minggyu lebih pantas menahan. "awak nak pergi mana? Saya nak ikut." kata Minggyu. "tak payah... Awak duduk ja kat sini... Kalau awak ikut pun.... Bukan awak boleh masuk.." kata Minra lalu melangkah. Tetapi dihalang lagi oleh Minggyu. "awak nak jumpa doktor Jae suk tu kan... Cakap ja lha... Saya tau... Tadi saya tengok awak asyik tengok doktor tu ja.." kata Minggyu sedikit merajuk. "oppa... Tolong pegang tangan Minggyu oppa kejap... Jangan bagi dia keluar dari wad ni tau... Nanti Minra belanja makan." kata Minra kepada Wonwoo. Dengan pantas Wonwoo serta ahli SVT yang lain memegang tangan Minggyu. Minggyu meronta... Tapi apakan daya...

Tak lama kemudian Minra kembali ke wad. Kelihatan semua keletihan mengawal Minggyu. "kenapa ni? Pakat letih ja?" tanya Minra selamba. "hmm... Nak buat macam mana... Dah macam pagar dengan kerbau dah aku tengok... Lari sana lari sini... Langgar sana langgar sini... Nasib kaki aku selamat..." jelas Aerin panjang lebar. "mana Minggyu oppa?" tanya Minra lagi. Aerin hanya menunjukkan di tingkap. Minra melihat hairan "mana? Tak ada pon... Takkan lha Minggyu oppa terjun bangunan... OH NO..." Minra berlari mendekati tingkap. Dia melihat sekeliling. "kau cari apa Minra? Minggyu oppa duduk dekat penjuru tu lha... Tengah merajuk..." jelas Aerin lagi selepas melihat membernya terpinga pinga.

4 special girls (malay ff)Stories to obsess over. Discover now