......

72 7 2
                                        

Jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Mereka tetap tidak beralah. Minra dan Hyona sudah pun menguap buat kali ke 5. "dah kali ke berapa?" tanya Minggyu kepada Minra. Minra membuka tangannya menunjukkan lima kali. "kalau dah mengantuk sangat pergi lha tidur. Biar kami sambung cari." kata Minggyu prihatin. Minra menggeleng. Dia masih mahu mencari Jimin. Hyona berjalan dengan mata yang tertutup. Dia sudah tak boleh tahan. Tiba tiba dia terlanggar Scoup dari belakang. Hyona terjatuh tapi tak bangun bangun. Scoup berasa risau. Dia cuba mengejutkan Hyona tetapi Hyona tak bangun. Dia panggil ahli yang lain. Mereka berkumpul dan cuba kejutkan Hyona sekali lagi. Tapi tiada respon dari Hyona. Tiba tiba mereka terdengar Hyona berdengkur perlahan. Mereka ketawa terbahak bahak. Scoup mengangkat Hyona pergi ke wad semula. Mereka menyusul dari belakang. Minra juga sudah tak boleh tahan matanya. Dia sudah jalan tak tentu arah. Tunggu masa saja nak jadi macam Hyona. Minggyu menarik tangan Minra. "kalau dah mengantuk sangat tu jangan lha sampai lelong jalan tu. Dah mai sini oppa tolong dukung." Minra hanya mengangguk. Minggyu mendukung Minra ke wad. Pada masa ini, Jeonghan lha yang paling risau.

Sesampainya di wad....
"korang... Jimin mana? Jumpa tak? Ni kenapa sampai kena dukung ni?" tanya Aerin bertubi tubi. DK mendekati katil Aerin dan duduk di kerusi di sebelah katil itu lalu meletakkan kepalanya di atas katil. Tak lama kemudian terdengar dengkuran kecil. Aerin hanya tersenyum. Dia mengalihkan mukanya kearah Scoup yang sedang meletakkan Minra keatas sofa yang berdekatan begitu juga dengan Minggyu. Scoup hanya menggeleng. "kami dah tak tau nak cari kat mana lagi... Dah puas kami pusing hospital ni.. Tapi tak jumpa jugak." tambah Scoup lagi. "apa kata kita cari dia esok ja? Lagipun dah malam sangat ni." kata Wonwoo memberi pendapat. "mana boleh.. Kita kena cari dia sekarang jugak.. Macam mana kalau dia dalam masaalah? Ahhhh.... Jimin awak kat mana?" kata Jeonghan pula. Dia risau jika mereka tak dapat jumpa Jimin. "oppa.. Sabar lha.. Ada betul jugak kata Wonwoo oppa tadi. Lagipun kita nak cari kat mana lagi? Apa kata malam ni oppa semua tidur dulu.. Esok bila dah ada tenaga boleh lha pergi cari. Lagipun Aerin rasa Jimin tak apa apa." kata Aerin dan cuba menenangkan Jeonghan. Jeonghan hanya mengangguk perlahan. Mereka semua tidur dengan nyenyak kecuali Aerin. Dia tak dapat tidur. Dia rasa hairan dimanakah Jimin? Kenapa tak balik balik lagi? Dia tak apa apa ka? Dan perkara yang bermain di fikirannya adalah 'macam mana depa boleh tidur dalam hospital ni? Dengan nyenyak pulak tu. Tak bau ubat ke?' Aerin tiba tiba terdengar Jeonghan mengigau 'Jimin... Jimin... Jimin kat mana? Jangan tinggalkan oppa'. Aerin hanya tersenyum. Dia cuba untuk tidur tapi tak boleh.

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now