.......

71 9 2
                                        

"korang jangan risau lha.. Aku boleh bangun sendiri." Aerin cuba untuk berdiri tetapi gagal. Mereka cuba untuk membantu tetapi dihalang oleh Aerin. Aerin cuba untuk bangun dia berjaya dan terus berpaut pada besi yang terletak di tepi katilnya. Dia cuba menahan kesakitan dan menahan dirinya agar tidak jatuh. "tengok... Kan aku kata aku boleh berdiri." kata Aerin dengan suara yang mengeletar. Pada masa ini kakinya berasa sungguh sakit. "jom lha tunggu apa lagi?" kata Aerin lagi. "Aerin sudah lha tu.. Jangan paksa diri." kata Hyona dengan suara agak lembut. Harap Aerin faham. Aerin tetap berdegil. Tiba tiba Vernon menghampiri Aerin. "duduk!" arah Vernon sedikit kasar. Aerin tetap berdegil. "tak mau!" jawab Aerin. "duduk lha. Sekarang ni kita nak cari Jimin. Jangan lha buat hal." kata Vernon lagi. Aerin duduk semula ke atas katil dan menundukkan kepala dan berkata "sudah... Korang pergi lha. Dah.. Aerin dah duduk." kata Aerin beralah. Dia masih bertekad mahu mencari Jimin. Dia berhasrat mahu cuba bangun bila mereka semua pergi. "boleh tak kalau DK nak tunggu dekat sini? Takut jadi apa apa pulak kat Aerin nanti" kata DK. "tak payah lha... Aerin boleh duduk sorang sorang lha." kata Aerin. Kalau DK menemaninya dia tidak dapat menjalankan rancangannya. "Aerin... Kau tak boleh duduk sorang sorang nanti kau akan cuba untuk bangun jugak. DK tak boleh teman Aerin. Nanti DK tolong Aerin berjalan. Jadi Vernon lah orang yang sesuai. Boleh tak? Lagipun kalau Vernon marah Aerin mesti dia dah tak berani nak buat." kata Hyona lagi. Mereka akhirnya bersetuju. Maka tinggallah Vernon memerhatikan Aerin.

"oppa~ Aerin nak pergi cari Jimin jugak... Jebal~" kata Aerin cuba memujuk sambil membuat muka comel. "tak boleh.." kata Vernon tegas. "pleasee~" pujuk Aerin lagi. Vernon tak pedulikan Aerin. "Aerin boleh jadi gila tau duduk kat sini. Lagipun Aerin boring lha."kata Aerin lagi. Namun kata kata nya tidak memberi kesan kepada Vernon. "apa kata Aerin tidur? Banyak cakap lha dia ni..." kata Vernon. "tak nak" kata Aerin sambil menjelirkan lidahnya kepada Vernon. Vernon buat tak tau. Aerin yang sedang berbaring mengubah posisinya dan duduk. Dia melihat sekeliling. Dia berasa sungguh bosan. 'apa aku nak buat? Aku nak cari Jimin' kata Aerin dalam hati. "oppa... Oppa boleh tolong Aerin tak?" tanya Aerin. "tak" jawab Vernon sepatah. "kenapa pulak? Oppa tetap kena tolong Aerin." kata Aerin lagi. "tak nak." kata Vernon pula. "tak nak sudah. Aerin nak bangun jugak." Aerin cuba untuk berdiri tapi dihalang oleh Vernon. Vernon mula naik angin. "oppa kata jangan... Jangan." Vernon mula berdiri dan bercekak pinggang. Aerin baring semula. Vernon duduk semula. Dalam hati Vernon 'tau takut.'

-Di bahagian lagi satu-
Mereka mencari Jimin. "Jimin...Jimin... Kau kat mana?" kata Minra. Mereka tak boleh menjerit kerana mereka berada di dalam hospital.

-Jimin P.O.V-
Tu bukan suara Minra ke? "Minra aku kat sini... Wey tolong aku... Aku tak jumpa pintu keluar" jerit Jimin kuat. Tiba tiba dia tersadung pada besi katil lalu terjatuh. Dia cuba bangun tapi gagal. "Minra... Hyona... Aerin... Tolong aku... Aku kat sini... Jeonghan oppa.." Jerit Jimin. Dia berharap agar ada orang yang akan dengar. 'kenapa dengan suara aku ni?'

-Jeonghan P.O.V-
'tu macam suara Jimin.' aku cuba cari tapi tak jumpa. Baik aku tanya diorang. "Hyung... Hyung dengar tak tadi? Dengar macam suara Jimin lha." Scoup berhenti berjalan. Dia memanggil semua orang. Mereka semua memasang telinga dan cuba untuk dengar. Tapi malangnya suara itu hilang. "Jeonghan... Mana ada.. Tak dengar apa pon.." kata Scoup kepada Jeonghan. Mereka semua teruskan pencarian.

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now