Sesampainya di kafe, mereka duduk di meja berdekatan dengan tingkap. Seorang waiter datang untuk mengambil pesanan. Scoups memberitahu apa yang dia nak makan. Tiba tiba waiter itu berkata "girlfriend awak tak nak pesan apa apa ka?" Scoups dan Hyona terkejut. "belum lagi." kata Scoups sambil tersenyum. Dia memandang Hyona. Hyona hanya menjeling Scoups. "uhmmm... Mianhe.. Saya tak tau.." kata Waiter itu lagi. Hyona menunjukkan salah satu aiskrim yang ada didalam menu. Waiter itu hanya mengangguk dan pergi. "bukan ka awak kata awak tak nak makan?" tanya Scoups kepada Hyona. "mana ada... Saya kata dah kenyang tapi bukan tak nak makan. Tapi ni awak belanja tau..." kata Hyona. Scoups hanya tersenyum.
Tak lama selepas itu, mereka mendengar pintu ditolak dan ramai yeoja menyerbu di situ. Kafe menjadi riuh rendah. Scoups memanggil waiter yang berdekatan. "waeyo? Kenapa tiba tiba bising?" tanya Scoups berbisik. "ada artis terkenal datang sini.. GD." kata waiter itu lalu beredar. Hyona hanya buat tak tau. Yang peliknya kenapa kalau ada artis lain riuh rendah tapi aku ngan Scoups masuk tadi tak bising pon.. Mungkin sebab kitorang still baru kot. Tapi siapa artis tu? "oppa.... Sapa artis tu?" tanya Hyona ingin tau. "GD.." kata Scoups. "tapi dia dengan sorang perempuan." tambah Scoups lagi. Hyona terkejut. "oppa... Hyona nak gi toilet jap tau." kata Hyona lalu berlalu pergi. Dia bernasib baik sebab GD tak nampak dia disebabkan fan yeojanya menutup pandangannya.
Di toilet..
"sapa pompuan tu... Tapi betul ke yang GD datang kafe ni dengan sorang perempuan? Bukan kowt. Mungkin oppa silap tengok kot..." kata Hyona menyedapkan hatinya. Dia mengeluarkan mafla berwarna merah dan melilitnya di lehernya. Lalu dia memakai sunglasses. Dia berharap agar GD tak perasan kehadirannya di situ. Tak lama selepas itu.. Dia kembali ke tempat duduknya. Sesampainya dia di situ dia terkejut kerana GD duduk belakang mejanya. Mereka membelakangi sesama sendiri. Tak lama selepas itu makanan mereka sampai. Hyona cuba memasang telinga. Dia memanggil waiter itu dan berbisik "tolong ambil gambar mereka berdua kalau ada tanda tanda yang mereka itu couple." waiter itu hanya mengangguk.Tiba tiba Scoups berdiri. Dia menuju ke meja GD dengan marah. Dia menarik tangan yeoja itu dan keluar. GD mengejar dari belakang. Hyona hanya mengintai dari jauh. Kelihatan Scoups sedang memarahi yeoja itu. 'yes.. Padan muka kau.. Sapa suruh rampai BF aku?' kata Hyona dalam hati. Tiba tiba GD meluru kearah Scoups dan menumbuk Scoups kuat. Hyona terkejut. Yeoja itu hanya senyum sinis. Scoups dan GD bergaduh. Hyona meluru kearah mereka berdua. Dia cuba untuk menghentikan mereka tetapi sebaliknya dia yang menjadi mangsa. Sia ditumbuk kuat oleh GD di pipi kiri. Ianya menyebabkan mulut Hyona berdarah teruk. Hyona lari dari situ. Scoups mengejarnya dari belakang. Tetapi sebelum dia beredar dia sempat berkata "perempuan tak guna!" lalu menunjukkan jarinya kearah yeoja itu.
-Hyona P.O.V-
Aku nampak tandas perempuan jadi aku meluru masuk. Aku berkumur. Oh my... Banyaknya darah.. Ouch.. Sakitnya... Apa yang jadi ni.. "ahhhh..." aku menjerit. "Hyona waeyo?" tanya Scoups risau.

YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
De Todo4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁