Luka di muka Scoups tak la seteruk luka di muka GD. Muka Scoups hanya berdarah sedikit di mulut. Tetapi GD sebaliknya. Hampir jadi capati GD dibelasah oleh Scoups. GD tak tau yang Scoups 'tali pinggang hitam'. Hyona pon tak tau sebenarnya dia kesian kat siapa? Boyfriend yang tikam belakang dia atau mamat yang tiba tiba kata dia adalah girlfriendnya. Muka Scoups tak cedera parah jadi doktor hanya mengeluarkan kapas yang dibubuh iodin. Doktor nak mengelap luka dimulut Scoups tapi dihalang oleh Scoups sendiri. "ermmm... Doktor, boleh tak kalau saya buat sendiri?" tanya Scoups. Dia tak selesa kalau ada perempuan yang rapat dengan mukanya yang hensem lagi segak itu. Doktor mengangguk dan memberi kapas itu kepada Scoups. Scoups mengambil kapas itu dan memberikannya kepada Hyona. Hyona memandang kapas itu pelik. Dia mengangkat sebelah keningnya keatas. Scoups hanya menyuakan kapas itu tanpa berkata apa apa. Hyona akur. Dia mengambil kapas itu.
Tiba tiba Scoups mendekatkan mukanya kepada Hyona. Hyona hanya terkaku. Hanya beberapa sentimeter saja lagi nak bertembung. "cepat lha..." kata Scoups dengan suara yang lembut dan manja. Suaranya boleh mencairkan kuali yang keras. Hyona masih tak faham apa yang Scoups mahukan. Tiba tiba muka Hyona bertukar menjadi merah. Scoups memegang tangan Hyona dan mengangkatnya berdekatan dengan mulutnya. 'apa lha yang mamat ni nak buat?' kata Hyona dalam hati. Jantungnya sudah berdegup kencang. Hyona menarik tangannya laju. Scoups tersenyum nakal. "saya nak awak tolong lap kan bukan nak..." belum sempat Scoups menghabiskan kata katanya Hyona dah menekan mulut Scoups dengan kapas itu kuat sehingga menyebabkan Scoups menjerit. Doktor hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Muka Hyona bertambah merah. Dia berasa malu dan geram terhadap Scoups.
Selepas selesai di ubati, mereka pergi ke hospital untuk melawat Aerin. Dalam perjalanan ke wad Aerin Hyona terserempak dengan Woobin. 'mamat ni lagi.. Tak ada orang lain ka?' Hyona terus berjalan dan naik ke wad Aerin.
Di wad Aerin, SVT dan MIUNI sedang bersembang rancak. Tiba tiba Scoups dan Hyona masuk ke dalam wad. Mereka terkejut dengan apa yang terjadi kepada Hyona dan Scoups. "Hyona... Kenapa dengan muka kau? Tiba tiba berkapas bagai." tanya Jimin hairan. "kalau nak kata halloween lambat lagi.." cuit Minra. Mereka semua ketawa. "banyak lha kau punya halloween... Ermmm... Boleh tak kalau Hyona nak sembang dengan Miuni ja?" tanya Hyona lembut. Dia bukan nak halau SVT. Tapi dia tak nak mereka tau hal sebenar. Svt beredar dari wad Aerin.
-Cerita Hyona-
"tak... Tadi waktu aku balik dari JYG ent. Aku ngn Scoups singgah makan. Pastu tiba tiba GD masuk dalam kafe tu tapi dia bukan masuk sorang tapi berdua. Dia masuk dengan...." belum sempat Hyona beritahu Aerin menyampuk "T.O.P" "ishh kau ni lha... Biar lha aku cita sampai abis dulu.." kata Hyona sambil meluku kepala Aerin. Aerin menyapu kepalanya perlahan. "dah sambunglha... Tak payah layan Aerin tu." kata Minra. Hyona sambung bercerita. "dia dengan seorang yeoja.. Pastu tiba tiba Scoups tarik tangan yeoja tu keluar. Aku intai ja lha.. Tiba tiba Scoups kena pukul dengan GD. Aku seronok tengok. Sebab setiap kali GD nak tumbuk Scoups mesti tak kena. Pastu tiba tiba tumbukan GD kena tepat kat mulut Scoups. Scoups jadi panas baran. Dia belasah GD habis habisan. Aku nampak kesian kat GD jadi aku pun halang lha. Tiba tiba satu tumbukan kuat hinggap kat muka aku yang cantik ni.. Huhuhu sakit tau tak. Aku nampak darah jadi aku lari lha masuk toilet. Yang sedihnya... Gigi aku... HUAHh... Gigi apa patah." kata Hyona sambil melagakkan gaya baby menangis. Hahahaha... Miuni gelak terbahak bahak. "weyh.. Jahat.. Korang gelak kat aku? Sakit tau tak...?" kata Hyona. "mana tengok sikit gigi kau tu.." kata Jimin dengan saki baki tawanya. Hyona menunjukkan giginya. "ala... Belakang... Tak leh nak ejek." kata Minra bergurau. Mereka ketawa sekali lagi.
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
Aléatoire4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁