Di taman Hospital...
Minra merentap tangannya dari pegangan Minggyu. Minra ingin pergi Minggyu menarik tangannya lalu berkata "sampai bila awak nak jual mahal dengan saya? Saya tau awak rindukan saya kan?". Minra paling menghadap Minggyu. "sapa kata saya rindukan awak? Awak siapa untuk saya ingat? U are no one in my life." kata Minra lalu pergi ke wad Aerin semula.
Minra sampai ke wad Aerin. Dia terkejut kerana tiada sesiapa di situ cuma Aerin saja. Dia ingin menanya Aerin tapi Aerin sudah jawab dulu "diorang turun pergi makan. Lapar katanya.". Minra hanya mengangguk faham. Dia duduk di sebelah Aerin. Aerin melihatnya dengan pandangan dingin. "Aerin kau kenapa tengok aku macam tu?" tanya Minra hairan. "kenapa kau buat Minggyu macam tu? Tak baik tau. Kalau kau nak tau.. Dia suka kat kau.. Dia rindu kau.. Kalau kau tak percaya.. Kau ingat tak tadi? Dia tetap tak lepaskan tangan dia walaupun kau ugut nak tendang kaki dia. Walaupun last sekali aku jadi mangsa... By the way... Dia sangat sangat suka kat kau lha. Kalau lha kau ingat kejadian kat JYG tu mesti kau..." Aerin menutup mulutnya terlepas cakap. "mesti aku apa? Suka kat dia balik? Kau tak tau apa yang aku lalui dulu... Dia pun tak tau. Ni semua salah dia.. Dan... Aku nak cakap kat kau yang aku ingat pasai malam tu. Hyona ngan Jimin pun ingat. Cuma kabur. Tak apa lha.. Aku nak pergi turun.. Kau nak pesan apa apa tak?" tanya Minra. Aerin hanya menggeleng lalu berkata "aku dah tempah awai lagi... Kalau nak tunggu kau sampai esok aku tak makan." kata Aerin. Mereka ketawa bersama sama.
Tiba tiba Minggyu masuk ke wad Aerin. "oppa... Oppa dah makan ke? Kalau oppa nak cari seventeen atau miuni diorang ada kat bawah tengah makan." kata Aerin. Minggyu hanya mengangguk dan duduk di sebelah Aerin dengan wajah yang masam. "oppa kenapa ni? Mesti Minra kan? Aerin dah cuba nasihatkan dia tadi tapi dia cakap ni semua salah oppa. Oppa salah apa sebenarnya? Aerin tak faham." tanya Aerin. Minggyu mendiamkan diri dan menggeleng perlahan. "tak apa lha kalau oppa tak mau bagitau... Aerin tak paksa. Tapi Aerin rasakan baik oppa try pujuk Minra. Hati dia lembut sebenarnya.. Cuma dia tu kasar sikit." kata Aerin. "oppa nak pujuk dia macam mana?" tanya Minggyu inginkan pendapat. Aerin berfikir sejenak. Dia mendapat idea lalu membisikkan ke telinga Minggyu. "boleh berjaya ka?" tanya Minggyu kepada Aerin. Aerin mengangguk laju.
Malam itu Miuni menemankan Aerin di hospital. Dia tak dibenarkan keluar lagi. Itu pun mereka puas memujuk Doktor Jae Hyun supaya membenarkan mereka menemankan Aerin. Selepas 30 minit memujuk akhirnya doktor Jae Hyun mengangguk. Mereka sedang berborak tiba tiba pintu diketuk dari luar. Minggyu masuk dengan memakai tuxedo. Dia pergi kearah Minra dan berharap Minra mengikutnya. Minra enggan dan melihat kearah Aerin. Aerin mengangguk dan berharap agar Minra mengikut Minggyu. Minra beralah dan mengikut Minggyu. Minggyu membawa Minra ke rooftop.
Sampainya di rooftop Minra berasa amat terkejut. Kelihatan banyak lilin dan bunga ros disana. Minra tak sangka yang Minggyu begitu romantik. Selama dia mengenali Minggyu dia tak tau yang Minggyu seorang yang romantik. Minggyu menarik kerusi dan membenarkan Minra duduk. Minra akur dan duduk. Minggyu mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Minra terkejut "rantai tu.... Macam mana boleh ada dekat awak?" tanya Minra hairan. Minggyu menceritakan segalanya. Minra mengangguk. Minggyu meminta maaf kepada Minra kerana meninggalkannya. Dan dia melamar Minra untuk menjadi girlfriendnya. Minra mengangguk.
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
De Todo4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁
