Hyona past out

74 5 0
                                    

Dari sudut yang lagi satu..
Jimin berlari mencari Hyona. Akhirnya Hyona dijumpai. Hyona berada di taman dibawah sebuah pokok yang rendang. Hyona masih menutup mukanya. "Hyon... Kau okay tak?" tanya Jimin kepada Leadernya. Hyona hanya mengangguk. Tangannya masih menutup mukanya. "kau kenapa? Buka lha muka tu.. " kata Jimin harap Hyona membuka mukanya. Hyona membuka tangannya perlahan lahan. "weyh.. Muka kau.. Hahaha" Jimin terkejut dan ketawakan Hyona. "kenapa kau gelak kat aku?" kata Hyona sedikit marah. "muka kau.. Muka kau.. Hahahaha." ketawa Jimin lagi. "ni semua salah Scoups lha.. Sakit dahi aku tau tak." kata Hyona sambil memegang dahinya. Hyona mencebik. "apa yang jadi kat kau sebenarnya ni? Cuba citer.. Aku pun nak tau jugak." kata Jimin cuba memujuk Hyona. Hyona mengangguk dan mula bercerita.

-FLASHBACK-
Selepas Hyona menutup mukanya dan berlari keluar, dia memusingkan mukanya kebelakang. Hasratnya untuk melihat Scoups menjadi Romeo dan mengejarnya. Tapi hasratnya terbantut. Scoups tak keluar langsung. Semasa dia sedang berlari dia mengalihkan mukanya ke hadapan semula. Tiba tiba dia tak perasan yang didepannya ada tiang. Lalu dia terhantuk tiang. Dahinya benjol. Dia mencari tempat yang tidak ada orang. Terasa malu kalau ada orang tengok. Disebabkan itu dia keluar dan duduk di bawah pokok besar itu. Dia tak perasan yang hari sudah pon malam. Disebabkan itu dia duduk di luar hospital. Kalau tak..
-END OF FLASHBACK-
Jimin ketawa terbahak bahak mendengar cerita dari leadernya, Hyona. "asal kau gelak? Aku serius lha... By the way.. Kenapa kau yang kejar aku? Kenapa bukan Scoups?" tanya Hyona lagi. Dia masih tak faham akan apa yang berlaku. "saja.. Tadi memang Scoups nak kejar kau pon... Tapi aku halang. Ye lha... Takut jadi satu drama pulak. By the way.. Kau tak takut ke duduk kat luar ni malam malam? Sorang sorang pulak tu." terang Jimin lalu menanyakan soalan kepada Hyona. "apa? Malam?" Hyona terkejut. Dia melihat ke langit. Hanya ada bulan purnama. Jimin pelik dengan kelakuan Hyona. Lalu dia pun lihat ke langit. Mereka berdua terasa seram sejuk.

"Jim, kau pernah dengar tak apa orang tua tua cakap pasal bulan purnama?" tanya Hyona kepada Jimin ketakutan. "pernah... Bila bulan purnama semua roh keluar cari makanan. And halmunni aku kata.. Sapa yang duduk kat luar lha mangsa dia." jawab Jimin terketar ketar. "Jim... Jom masuk dalam hospital balik..." ajak Hyona. Jimin mengangguk lalu berkata "kau jangan tinggal aku pulak.." suaranya seperti berbisik. Hyona mengangguk. Mereka berdua berjalan perlahan lahan masuk ke hospital. Dalam perjalanan.. Tiba tiba mereka terdengar bunyi serigala. Kaki mereka terketar ketar. Hyona memejamkan matanya. Jimin menguatkan dirinya dan berlari masuk meninggalkan Hyona yang sedang terkaku.

-Hyona P.O.V-
"Jim.. K...a.. Kau.. De... Dengar ...t.. A....tak ...t...tu?" aku tanya kepada Jimin. Jimin tak menyahut. "Jim... Ke..na...pa.. Kau.. Di...am?" aku cuba tanya lagi. Tapi kali ini tetap tiada sahutan. Aku memberanikan diri untuk buka mata. Alangkah terkejutnya Jimin tak ada kat sebelah aku. Aku nak panggil nama Jimin tapi suara tak terkeluar. Tiba tiba ada seseorang memegang bahuku. Aku berpaling ke belakang perlahan lahan. Aku nampak ada lembaga hitam yang lebih tinggi dari aku. Tiba tiba suasana jadi gelap.
-END OF P.O.V-

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now