Jimin Found

67 9 0
                                        

Esoknya pagi pagi lagi mereka dah bangun dari tidur dan mencari Jimin. Kali ini Aerin duduk berseorangan di dalam wadnya. Dia cuba untuk bangun. 'Satu kaki dah jejak tanah. Jadi tinggal satu ja lagi.. Aerin kau boleh buat.. Kuat..' kata Aerin dalam hatinya. Dia cuba bangun. Akhirnya berjaya. Tapi tak lama. Selepas lima saat dia terjatuh. Kakinya menghempap lantai kuat. Aerin cuba tahan rasa sakitnya. Dia panjat semula keatas katil. Dia mengerang kesakitan.

Di sudut yang lagi satu...
Mereka sedaya upaya mencari Jimin. Tapi kali ini mereka masuk kedalam wad satu persatu dan mencari. Ianya sudah mengambil masa dekat dua jam mencari Jimin. Cuma satu bilik saja yang mereka tak masuk lagi iaitu bilik mayat. "nak masuk ke? Hyona rasa Jimin tak ada kat sini lha." kata Hyona. Minra mengiakan kata kata Hyona dan mengangguk laju. "abis.. Kita nak cari kat mana lagi? Dah satu hospital kita cari cuma kat sini ja yang tak cari lagi." kata Jun pula. Mereka semua mengangguk setuju. "kalau korang tak mau masuk tak apa. Biar kami ja yang masuk. Lagipun tak boleh masuk ramai ramai. Jadi biar Oppa, Jeonghan hyung dan Scoup hyung ja yang masuk. Korang tunggu kat luar." kata Minggyu. Mereka mengangguk faham. Tak lama kemudian mereka keluar. Alangkah terkejutnya mereka melihat Jeonghan mengangkat Jimin keluar. Mereka semua rasa sungguh risau. Minggyu meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. Dia menyuruh semua orang diam. Kerana Jimin masih lagi tidur. Mereka semua mengangguk. Dalam hati masing masing berasa sungguh lega. Mereka pergi ke wad Aerin. Mereka nak masuk tapi di halang oleh seorang jururawat. "kenapa nurse? Aerin tak apa apa ke? Apa jadi kat Aerin?" tanya DK bertubi tubi. Dia berasa sungguh risau pada waktu ini. Nurse itu hanya menggeleng lalu berkata "dia tak apa apa cuma kaki dia... Apa kata korang semua balik dulu?" kata Nurse itu lembut. Tak lama kemudian.. Jimin pun bangun dari tidurnya yang nyenyak. Dia berasa sungguh terkejut kerana Jeonghan masih mengangkatnya. Dia berpura pura tidur. Rasa selesa dan selamat berada dekat dengan Jeonghan. Tiba tiba Minra berkata "Jimin dah lha tu.. Aku tau kau dah bangun dah. Tak payah lha buat buat tidur balik. Kesian dekat Jeonghan nak kena bawak kau merata." Mereka semua mengalihkan muka kearah Jimin. Jimin buka mata perlahan. Dia berasa malu kerana semua orang pandang kearahnya. Dia turun dari pangkuan Jeonghan. Lalu bertanya "macam mana kau orang boleh jumpa aku? Susah tau tak nak sembunyi." Jimin bertanya. Niatnya hanya ingin membuat lawak tapi muka semua orang pandang kearahnya. Dia hanya menundukkan kepalanya. Nurse itu hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum. "awak semua boleh balik dan mandi dulu lepastu tunggu panggilan dari hospital." kata nurse itu sekali lagi. Mereka semua mengangguk dan balik ke dorm masing masing.

4 special girls (malay ff)Stories to obsess over. Discover now